Jom jalan


Bulan lepas kawan diploma masa kat UiTM Melaka dulu dtg bercuti di Italy 3 hari. Hampir 9 tahun tak jumpa last2 kitorang berjumpa kat Rome akhirnya. Terharu aku orang jauh dtg menjeguk aku kat sini. Bukan senang nak jumpa kengkawan lama ni. Balik msia pun belum tentu leh jumpa. Maklumlah masing2 sibuk ngan kehidupan masing2. Ok jom jalan sambil melihat pemandagan yang da biasa korang tgk kat blog ni. Hehehehehe.....


 

 
 













Time ni kat airport tetiba rasa sedih la plak bila kawan aku sorang ni da nak balik. Lama tak jumpa kengkawan sekali jumpa mcm tak percaya pun ada. Bye Fie, panjang umur jumpa lagi kat Msia... =)
 




suka duka kehidupan

Salam semua.....

Lama sungguh aku tak menulis kat blog ni. Ramai kawan2 dan juga blogger2 lain bertanya kenapa dah lama tak update blog. Ntahlah, agak tak de perasaan sejak akhir2 ni... =) Mintak maaflah kepada semua yang hantar komen, baru tadi baca komen yang da berzaman korang hantar. Serious da lama tak jenguk kat blog sendiri. Apatah lagi blog orang lain. Sampaikan password pun da lupa. Hehehehe...

Anyway, tak banyak kisah yang nak diceritakan. Banyak cerita peribadi. Just nak share gambar2 masa musim sejuk aritu. Cerita basi la ni yang nak dikongsi bersama. Kepada friend aku kat FB confirm korang da tgk gambar2 ni kan. So layan je la lagi skali gambar2 ni yer...

Gambar2 di bawah diambil masa bulan Februari aritu. Salji turun lebat selebat2nya di Rome. Sudah lebih kurang 30 thn snow tak turun selebat ni di bumi Rome. Kalau dibahagian utara Italy, salji adalah perkara yang biasa. =) Orang Rome je la yang pelik skit tgk salji. Masa ni kitorang terperangkap selama 3 hari tak leh keluar rumah disebabkan snow yang lebat. So kitorang ambil kesempatan untuk berjalan kaki berdekatan ngan rumah kitorang untuk melihat keadaan sekeliling. Jom tgk.......

















posted under , | 6 Comments

gergasi

Gergasi tak de la sangat pun. Hahahahaha... Besar kan pokok aloe vera ni. Pokok ni aku cabut sebab aku bagi kat bapak mertua aku suh dia bela. Aku nak bela kang takut mati. Sayang la plak kan bab dia da besar dan sgt gemuk.

Bapak mertua aku mmg rajin berkebun, so maybe selamat la kot pokok aloe vera ni. Tapi kalau nak kira selama ni aku yang bela ok la kan sampai gemuk cenggini dia membesar. Sebenarnya ada banyak lagi kat belakang rumah tu. Yang lain2 tak sebesar cenggini. Cumanya sekarang ni da nak masuk musim sejuk pokok2 ni susah skit nak jaga. Silap2 mampus semuanya.... Huhuhuhuh


Sesiapa yang ada tips untuk jagaan aloe vera atau pun tips2 kebaikan aloe vera ni maybe boleh berkongsi bersama saya... Pendapat anda semua amatlah dihargai....

air terjun lagi

Tahun ni kami pergi lagi ke Marmore Falls. Kali ni kami gi beramai2. So suasana lebih meriah lagi. Kitorang gi time ni Public Holiday kat Italy, giller ramai org yang melawat air terjun ni jugak pada hari tu.



Suasana sangat panas. Kene percikan air terjun ni rasa segar dan nyaman sekali.






Kat area ni kitorang berhenti kejap. Ada jugak tempat nak shopping untuk survenir.

Selepas berhenti beberapa minit kitorang sambung perjalanan. Menuju ke puncak air terjun ini. Giller penat nak naik tangga ni. Mengah sekejap. Da la lama aku tak buat aktiviti2 fizikal ni.

Yang lain2 semua da maju ke depan. Tinggal aku ngan Mirko jer yang ketinggalan di belakang. Tak larat, dua2 pancit...

Finally, selepas hampir setengah jam berjalan dan mendaki tangga yang sempit dan penuh sesak ngan manusia, sampai jugak kitorang kat puncak bukit ni. Kat sini leh nampak air tejun ni depan mata.


Orang ramai nak mampus. Nak tangkap gambar pun payah.



Indahnya pemandangan dari sini. Saujana mata memandang =)





Ha... nampak tak gambar di bawah ni, area yang kitorang berehat tadi. Kat area jual survenir. Tinggi kan kitorang mendaki. Tinggi tak tinggi sangat la... Orang cam aku yang da lama tak bersukan ni mula la cepat penat. Tambah plak lemak da semakin berleluasa.. Hahahahahah

Selepas melepas penat dan bergambar kitorang terus turun balik. Orang terlalu ramai bersesak2. Nak relax2 pun tak leh. Tambahan plak perut da lapar. Tak sabar nak turun sebab nak gi makan plak.


Menikmati pemandangan2 yang indah kat area ni. Banyak lagi tempat yang kitorang tak abis pusing. Disebabkan terlalu lapar kitorang just ignore jer. So next year la plak kan leh gi lagi.

Older Posts
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month