Aug
23
Alkisah 2 minggu lepas. Kitorang (Aku, Mirko, adik Mirko dan boyfriend dia) pergi ke bandar Terni tempat air terjun tapi tak boleh mandi.
Serba sedikit mengenai air terjun Marmore ini. Marmore bermaksud marmar kerana airnya yang putih itu bagaikan batu marmar dari jauh. Ketinggian air terjun ni ialah setinggi 165 meter. Merupanya antara air terjun yang tertinggi di Eropah. Air terjun ni adalah air terjun buatan manusia. Di buat lebih 2 ribu tahun dahulu oleh orang2 Roman. Aliran air terjun ini boleh dikawal dan berfungsi untuk menjana tenaga elektrik.
Masa nak dekat sampai tu dari jauh lagi da boleh nampak batang idung air terjun tu. Aku sungguh kagum. Tak pernah sangka kat Italy ni ada air terjun. Tu pun kawan kitorang yang bgtau kewujudan air terjun tu. Da ler aku rindu nak mandi air terjun.
Cantik kan?.jpg)

.jpg)
Kitorang sampai da tengahari. Ingt kot musim panas2 cenggini orang italy semua pi pantai. Tp ramai jugak yang dtg kat tempat air terjun ni.
Jenuh la pusing berkali2 nak cari parking. Semua tempat penuh. Hampir sejam gak la pusing pusing baru dapat parking kereta. Perkara pertama harusla pi beli tiket. Kat Msia air terjun free jer kan. Kat sini kene bayar, pastu tak leh mandi lak tu. Huhuhuhu... Tiket berharga Euro 7 setiap orang..jpg)
Banyak kedai2 suovenirs kat sini. =).jpg)
Masa nak beli tiket untuk masuk tgk air terjun, kitorang ternampak poster Steve McCurry seorang photojournalist yang terkenal membuat pameran di Galeri berdekatan. Dekat tak la dekat sangat. Sejam perjalanan dari situ. Mirko apa lagi over excited la nak pi tengok.
Apa2 pun kitorang terus pi beli tiket then plan nak pi tgk pameran Steve McCurry selepas da abis pusing kat kawasan air terjun tu.
Malangnya, masa kitorang beratur untuk beli tiket, jurujual tu kata air terjun tu akan ditutup dari pukul 1 tengahari hingga pukul 3. Nak masuk boleh tp tak de la air terjun. Da kene tutup. Cuba tgk gambar di bawah. Air da semakin berkurangan.
Muka frust... So kitorang tukar plan. Terus pergi tgk pameran Steve McCurry di bandar Perugia, then datang balik petang tu selepas pukul 3 bila air terjun di pasang semula.
** Cerita di Perugia akan menyusul kemudian dalam entry seterusnya **
Petangnya, pas abis melawat pameran dan juga melawat pekan Perugia, kitorang pun kembali ke Marmore Falls. Memandangkan kitorang sampai da petang sangat lebih kurang kul 6 petang, ramai org da mula balik.
.jpg)
Waktu da semakin petang, matahari pun tak terik sangat mcm waktu tengahari. Pemandangan sebaik sahaja masuk kat pintu masuk. Sungguh cantik...
Sebaik saja masuk di kawasan air terjun da kene pakai sweater. Bila petang suhu agak sejuk. Tambah2 lagi bila terkena percikan air terjun bila ambil gambar berdekatan air terjun.
Sila lihat pemandangan yang cantik di sekitar kawasan ni. Kitorang tak abis pusing pun bab waktu da nak gelap. Banyak lagi tempat2 yang cantik2 untuk tangkap gambar tp tak sempat nak pi. Ingat pas raya nnt nak datang lagi. Heheheheh...
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
p/s: aku ada ambil video tp tak leh nak upload. Ada masalah teknikal. Nanti da boleh upload aku letak kat entry akan datang =)
8 critics say:
as salam.. huyoo.. bukan sahaja cantik.. cantik giler.. amybe, next book, buku 4 ke 5 boleh buat citer kat italy pulak.. best!
mesti ko rindu air terjun kt mesia ekk..jenuh kan nak kene beli tiket pulak..pehtu tak bleh mandi..hii
air terjun buatan manusia...teruja tgk..nmpk nyaman...beshnyerrr...
wowww... this is beautiful.....!!! ^_^
izan...bestnye la ko dok sane.merata-rata tmpt ko g erk...neway mmg santek btul air terjun tu...plus plak sejuk2 kene tempias air dia.fuhh heaven..hahaa
cantik air terjunnya
wah cantiknye waterfalls tu! u n ur hubby look sweet n cool together!
Wah..memang cantik lah tempat ni.
Post a Comment