Showing posts with label tahukah anda. Show all posts
Showing posts with label tahukah anda. Show all posts

terlebih kreatif


Orang Italy ni mmg sangat kreatif. Tiap2 hari nak gi kerja aku selalu ternampak signboard no entry yang telah diubahsuai ni. Nak tergelak jugak setiap kali aku tgk signboard ni. Bukan satu ni jer, da banyak tempat lain jugak aku nampak signboard no entry ni yang diubahsuai. Sabo je la kan...

posted under | 8 Comments

mencari resepi

Bulan puasa ni kekadang aku sampai tak tau la nak masak apa. Hilang idea. Silap2 masak makanan yang same jer. huhuhuhu...

Memandangkan arini ari sabtu, malas nak kemas rumah sebab tak de tenaga, so aku pun mencari2 la resepi yang best2 kat internet ni. Pastu tetiba terjumpa plak website
TryMasak ni. Ya Allah... tergugat keimanan aku di bulan puasa ni weh... Banyak makanan sedap2 belaka.

Banyak da resepi yang aku save kat bookmarks aku. Bagus kan teknologi sekarang. Tak payah susah2 nak salin resepi. =) Apa yang bestnya kat website tu siap ada video lagi tunjuk cara2 memasak. Apa lagi pi la terjah kat website tu kalau korang tak percaya. Banyak resepi yang best2 weh. Selamat mencuba. Selamat berbuka puasa semua....

mari mencuci duit

Apa khabar semua. Lama giller aku tak masuk blog sendiri. Blogwalking lagi la kan. Agak busy kat tempat kerja dan juga busy kat rumah. Kitorang tgh sibuk dengan kerja2 renovate rumah.

Kali ni aku nak share something ngan korang. Da lama da aku nak tulis kat blog ni cuma tak berkesempatan nak mengadap komputer.





Nak cerita cara2 nak bersihkan duit syiling. Aku jumpa video ni kat youtube. Banyak cara2 boleh digunakan untuk bersihkan duit syiling. Dalam banyak2 cara yang ditunjukkan, satu cara jer yang aku cuba dan sangat sangat berkesan dengan hanya beberapa saat. Macam tak percaya.

Cara yang aku gunakan ialah cuka ngan sedikit garam. Menjadi. Bekesan giller. Duit yang buruk hodoh giller serta merta menjadi berkilat2. Terus aku ambil duit merah (syiling 1 sen 2 sen dan 5 sen) yang aku kumpul untuk dibersihkan. Hahahhahah (tak de kerja)


Berkilat2 kan. Suka aku. Tapi yang penting selepas keluarkan dari bekas cuka dan garam tadi korang kene lap kering2. Kalau tidak dia akan jadi hitam balik.


Ok, selamat mencuba yer korang. Tak susah pun. Kalau da cuba sila bg tahu. Kalau ada sesiapa yang telah mencuba cara2 lain seperti dalam video tu jangan lupa bgtau aku berkesan atau tidak. =)

strawberry beracun

Ni gambar rumput kat depan rumah aku. Korang ada nampak apa2 ke kat dalam gambar kat bawah ni? Cuba tgk betul2 ok. Kalau tak nampak tu maknanya..... korang kene tambah power kat cermin mata korang. hahahahaha..

Close up skit. Da mula nampak something tak?Tak nampak jugak?

Ok. Close up lebih skit lagi. Nampak tak kelompok merah kat situ? Apa kebendanya tu weh?

Itu lah namanya strawberry liar. Strawberry ni tak boleh makan, beracun. Kalau tak nak hidup lama leh la try makan buah strawberry ni.

Strawberry yang tak leh makan ni tak payah tanam pun dia tumbuh sendiri. Naik bukan main banyak lak tu. Sebenarnya penuh kat area rumput rumah aku tu. Kalau strawberry yang jenis boleh makan punya tumbuh sendiri kan bagus.

Nampak tak? Penat aku close up. Kan rupa bentuk strawberry tu. Cuma saiznya agak kecil.

Tu la kan. Benda liar yang kita tak mau ni senang jer dia nak tumbuh. Menjadi2 lak tu. Bapak mertua aku tanam pokok strawberry betul punya ntah tahun bila la nak berbuah.

nilai sebenarnya

Inilah dia sebenarnya nilai matawang di atas.... Euro 2 = RM 10 (lebih kurang, ikut kadar pertukaran matawang asing)

Pada aku besar la jugak 2 Euro ni weh. Dengan 2 Euro boleh beli 5 botol mineral water botol kecil@ supermarket, dengan 2 Euro boleh beli 3 coklat Kinder Bueno, dengan 2 Euro boleh breakfast dengan capuccino dan cornetto dan kekadang leh ada baki lagi.

posted under | 11 Comments

mari menilai

Maafla yer.... Tak de entry tentang Artena buat sementara waktu. Gambar terlalu banyak dan aku tak sempat nak edit buat masa sekarang. Harap maklum juga yang entry tentang Artena nnt akan ada banyak gambar.

Hari ni saja nak suh korang main teka teki. Hari ahad aritu masa nak bayar lepas breakfast kat bar aku keluarkan duit syiling ni. Tetiba terasa cam pelik la plak gambar kat belakang syiling tu. Tak pernah nampak sebelum ni.

So, terasa sayang plak nak guna syiling ni. Cam lawak pun ada gak. =) Tapi duit ni bukan duit palsu yer. Ada nilai duit ni. Cuba korang teka, berapakah nilai duit syiling ini.

posted under | 9 Comments

simpan telur kotor

Untuk pengetahuan korang, bapak mertua aku bela 4 ekor ayam telur. So mmg kitorang jarang sangat beli telur. Ayam2 ni kerap bertelur. Kekadang tu sampai tak larat nak makan telur. Time tu aku terpaksa la merajinkan diri untuk membuat kek supaya tidak penuh telur ayam dalam peti ais. =)

Setiap kali mak mertua aku bagi telur ayam ni aku akan bersihkan dulu telur ni sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Sehinggalah satu hari tu mak mertua aku pesan supaya jangan basuh telur ayam kalau nak simpan dalam peti ais. Kenapa???

Menurut petua mak mertua aku, telur ayam yang masih kotor boleh mengelakkan telur tadi menyerap bau peti ais dan telur ayam akan tahan lebih lama. Yeke???? Ntahla weh. Sebelum ni tak pernah plak aku dengar petua ni. Tapi aku ikut je la kan. Baru je pun aku amalkan petua ni. Tahap kebersanannya masih belum aku pasti =)

posted under | 19 Comments

selamatkan bumi

Semalam blogwalking sambil baca entry kat blog seseorang, tetiba terpanggil untuk buat satu entry ni.

Apakah yang ada di sebalik buah strawberi ni? Hehehehe....

Apabila dibuka, inilah dia beg serbaguna... Amat sesuai di bawa ke supermaket semasa membeli belah bagi mengelakkan dari menggunakan beg plastik. Bukan apa kat sini kalau kita nak beg plastik kene bayar sebanyak 5 sen sekeping. So kalau kita beli banyak barang, banyak la beg plastik yang kita perlukan. Kat Msia plastik kan free je kan? =)

Sekarang ni pulak supermarket hanya membekalkan beg plastik yang dibuat dari barang2 kitar semula. Oleh yang demikian plastik2 tersebut hendaklah dibayar sebanyak 10 sen sekeping.

Sebagai pengguna yang berhemah... (Chewah...) aku mula membiasakan diri untuk bawa beg plastik ni setiap kali nak membeli belah. Dengan ini kita boleh menjimatkan pembaziran plastik. Selain dari itu boleh juga menjimatkan duit. Hahahahah....

p/s: marilah kita selamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik.

posted under | 17 Comments

mari uji minda


Tengah cari2 gambar dalam computer then terjumpa gambar ni, diambil oleh Mirko. Saja nak uji minda korang semua, di manakah gambar ini diambil. Mirko sangat suka tempat ni sebenarnya. =) Soalan senang je ni, mesti ramai yang dapat teka dengan mudah. Hadiah tak de yer kengkawan. Sajer sesuka...

p/s: lama tak buat giveaway. =)

posted under | 6 Comments

alkisah sebuah cinta


Anda minat membaca novel? Orang perempuan sangat sinonim dengan novel kan? Orang lelaki ada ker yang suka baca novel ha? Tak tahu la plak aku. Teringat masa sekolah2 dulu, sangat rajin baca novel. Masuk UiTM da jarang baca novel sebab asyik buat assignment. Yeke? hahahaha. Skang ni da lama sangat aku tak baca novel =)

Kepada sesiapa yang minat membaca novel, sila nantikan novel terbaru yang akan diterbitkan tidak lama lagi, bertajuk Cinta Si Kunang- kunang hasil nukilan penulis Nora Fuad. Sinopsis novel ni boleh korang baca dari Facebook Kak Nora.

Apa yang menariknya tentang novel ni? Dalam novel ni Kak Nora membawa para pembaca melancong ke tempat2 menarik seperti Kota Kinabalu, Paris dan New York dengan penuh suasana romantis. Maklumla ada watak Jejaka Italy. Menurut penulis, maklumat2 tentang jejaka italy ni beliau buat rujukan dari blog aku.

Wah, sungguh terharu blog ni dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada penulis. Berdebar pun ada. Hahaha... Apa la agaknya yang maklumat yang menjadi inspirasi kepada buku akak tu yer. Kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan penulis dengan lebih lanjut, boleh layari Blog Kak Nora.

Tahniah kepada Kak Nora. Tak sabar sebenarnya nak baca novel akak ni. Sekali lagi saya nak puji ilustrasi kulit buku akak yang sangat cantik ni. Saya sangat suka... Ceritanya mesti lagi menarik. Sama2 kita nantikan... =)

tips untuk mudah mengingat

Satu artikel yang aku baca pagi tadi berbunyi : 'Belajar kemudian tidur, membantu anda mengingat dengan lebih baik.'

Untuk memudahkan kita mengingati apa yang kita pelajari, dinasihatkan supaya belajar di waktu malam dan kemudian terus tidur. Segala apa yang dipelajari akan mudah meresap ke dalam otak =)


Kajian terhadap fakta ini telah juga dibuat. Dua kumpulan sukarelawan telah diminta untuk menghafal beberapa perkataan baru. Satu kumpulan menghafal di waktu malam manakala satu kumpulan lg menghafal di waktu petang. Keesokan harinya kumpulan yang menghafal pada waktu malam mengingati lebih banyak maklumat daripada kumpulan yang menghafal pada waktu petang.


Ahli sains juga mengatakan tidur bagus untuk ingatan. Semasa kita tidur otak akan bekerja mengingati apa yang kita pelajari sebelum tidur. Kurang tidur pula akan menyebabkan kita mudah hilang ingatan atau cepat lupa.

Oleh yang demikian para pelajar semua, sila belajar di waktu malam sebelum tidur untuk memastikan anda dapat mengingati apa yang anda pelajari pada keesokan harinya. Apa2 pun setiap org ada teknik yang tersendiri untuk belajar. Betul tak?

p/s: time belajar dulu aku mmg suka belajar last minit, esok ada paper malam tu baru la terhegeh2 nak baca buku. huhuhuhu....

posted under | 9 Comments

artverona + mogok

Masih banyak lagi kisah2 dan gambar2 kitorang di Verona. (Banyak tak banyak sgt la.. ada la skit. Hahahaha)


Harini tak leh nak update blog. Nak kene tdo awal. Esok pengangkutan awam di italy mogok. Train, bus, metro, tram dan seangkatan dengannya semua mogok. So kene kejar train awal esok. Kalau terlepas, alamatnya tak pi keje la weh. Mogok mmg kerap berlaku di Italy ni. Tambah2 mogok untuk pengangkutan awam. Tujuan mogok biasala, mintak gaji lebih. Tapi yang bagusnya bila diorang nak mogok ni diorang akan buat pengumuman tarikh bila diorang nak mogok dan juga dari jam berapa hinga jam berapa.

Kebiasaannya mogok untuk pengangkutan awam ni bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 ptg. Dalam waktu tu mmg tak de bas. Tp sebelum dan selepas waktu yang disebut, mereka akan mula bekerja.


Cerita di Verona akan aku update pada entry yang seterusnya.

petai vs asparagus

Tahukah anda, terdapat 1 persamaan antara petai dan asparagus. Kedua2 jenis sayuran ni lepas makan, bila buang air kecil bilik air anda akan jadi 'harum' semerbak. Hahahahah

Minggu lepas kitorang makan pasta asragus. Sepanjang2 hari bila buang air kecil, bau kuat giller. Da macam bau gas pun ada. Apa kata korang cuba. Belum cuba belum tahu =)


posted under | 13 Comments

petua kentang

Kali ni aku nak share salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang italy. Petua kali ni dengan menggunakan kentang.

Alkisahnya kitorang beli oven elektrik bersaiz kecil. Tujuannya ialah untuk kegunaan memanaskan lauk pauk, bukan tujuan membakar. Untuk bakar kek dsb ada oven lain. Kitorang telah bersepakat tidak mahu lagi menggunakan microwave untuk memanaskan lauk pauk. (Sebenarnya gelombang mikro adalah tidak bagus untuk kesihatan manusia)

Oven yang baru dibeli selalunya mempunyai bau yang agak busuk dan pelik apabila pertama kali digunakan. Untuk menghilangkan bau tersebut, petuanya: hendaklah dibakar kentang hingga betul2 garing, atau lebih kurang setengah jam dengan suhu yang maksimum. Bakar kentang begitu sahaja tanpa minyak dan sebagainya. Fungsi kentang2 ini akan menyerap segala bau yang tidak menyenangkan. Orang kata bau benda baru kan.


Bila kentang tadi da betul2 garing atau warnanya bertukar menjadi coklat (yang penting jangan bg hangus) Oven anda tidak lagi berbau busuk. Bau2 tadi telah diserap oleh kentang. Sebaliknya oven anda berbau harum dan boleh digunakan. Hurraayyyy!!!!

p/s: kentang yang da masak tu jangan plak dimakan. Hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Kalau korang gunakan kentang lama adalah lebih bagus sebab last2 nak kene buang jugak kan.

posted under | 13 Comments

jatuh berderai

Beberapa minggu lepas, jatuhnya beberapa kepingan marmar dari bahagian atas coloseum. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6 pagi. Nasib baik tak de orang pada waktu tu. Bayangkan kalau tetiba cebisan tu jatuh masa org ramai tengah lalu lalang. Mesti parah sapa yang kene. Coloseum ni pun da tua. Bayangkan ianya dibina lebih kurang 2 ribu tahun dahulu. (sila betulkan sekiranya aku salah. Maklumla sejarah dulu cukup makan jer. hahahahah)

posted under , | 12 Comments

tradisi malam tahun baru


Tahukah anda, tradisi org Italy pada malam tahun baru iaitu malam 31 Disember : memakai seluar dalam berwarna merah. Mereka percaya amalan ini membawa tuah kepada tahun yang akan datang.

Bertambah tuah lagi sekiranya memakai seluar dalam yang dihadiahkan oleh orang lain. Sekarang ni kalau pergi kedai pakaian dalam, banyak pakaian dalam berwarna merah di sana sini.

dasar orang italy

Orang Italy kalau bab parking kereta mmg la diorang main belasah jer. Diorang ni mmg gamble giller. Tak heran sgt pasal undang2 jalan raya. Adegan yang selalu dpt kita lihat dikawasan2 parking kereta kat Italy ni especially di Rome =)

Kat depan tu ada pokok, diorang main parking jer kete kat depan pokok tu. Tak kira la kereta diorang terkeluar smpi tengah2 jalan. Huhuhuhuhuhu


Kereta Smart kat sini lagi la. Selalu sgt parking camni. Kalau parking tu kecik mmg muat2 untuk kereta Smart. Maklumla Smart kan kecik jer. Klik untuk tgk gambar dengan lebih jelas.

p/s: bab tu la aku mmg tak berani nak bawak kereta kat Rome ni. Pemandu2 derang sgt ganas bawak kereta. Lebih dasyat dr pemandu2 di Malaysia.

posted under , | 10 Comments

kusangka tipu rupanya betul

Pagi semalam rakan sepejabat aku tunjuk video ni kat kitorang. Iklan air Evian. Aku beria2 kata video ni guna 100% animasi 3D. Zaman skang kan pernuh ngan teknologi. Macam2 pun leh wat. Cuba korang tgk video kat bawah ni.




Disebabkan perasaan ingin tahu aku pun cuba melayari youtube cari info pasal video ni. Last2 terjumpa lak the making of pasal iklan ni. Rupa2nya baby2 ni sume wujud. Aku mati2 la ingatkan baby2 ni hanya rekaan semata2.


p/s: dasyat betul penangan air Evian ni yek. Kalau korang nak anak korang pandai menari cenggini sila bg derang minum air ni =)

p/s lagi : air Evian punya la mahal. Bukan setakat kat Msia jer air ni mahal, kat sini pun sama. Mahal nak mampus. Kalau tak silap aku air ni keluaran org Perancis. Agaknya dr gunung manalah derang amek air ni smpi mahal sgt ha???

posted under , | 15 Comments

iklan gores dan menang

Iklan gores dan menang kat sini. Sabo jer la..




p/s: motto mereka.. ' ti piace vincere facile?'--->ingin menang dengan mudah?

posted under , | 11 Comments

petua orang italy hilangkan bau peti ais

Kalau kat Msia petua org2 tua untuk hilangkan bau dalam peti ais adalah dengan meletak daun pandan atau arang. Manakala cara org Italy pula agak berbeza. Mereka akan potong buah lemon dan letak di dalam peti ais.

Petua ni my mum in law la yang bgtau. Bab aku selalu nampak hirisan buah lemon kat dalam peti ais dia. Dia kata kalau peti ais penuh kekadang macam2 bau ada. Kalau letak buah lemon bau akan kurang dan lama2 akan hilang
Memandangkan kat Msia lemon agak mahal, kalau korang nak letak limau nipis (lime) pun boleh gak. Kat Msia kan berlambak2 kan. Aku pun kekadang kalau tak de lemon letak jer lime tu. Menjadi jugak. Tak berbau peti ais aku.






Selamat mencuba.. =)

Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month