Showing posts with label bunga tulip. Show all posts
Showing posts with label bunga tulip. Show all posts

indahnya alam semulajadi

Sekarang ni musim bunga mana2 pun penuh dengan warna2 alam semulajadi yang boleh menenangkan fikiran yang runsing, perasaan yang sedih dan hati yang resah gelisah. =(

Gambar atas : bunga buah ceri

Gambar bawah
: aku tak tau pokok bunga apa. Tp aku tak suka. Ntah aku pun tak tau napa aku tak suka pokok bunga ni. Tiap2 tahun aku cabut pokok ni tp dia akan tumbuh dengan senang lenangnya. Tensen la....


Pokok yang aku taknak senang lak dia tumbuh. Pokok bunga tulip aku tahun ni payah lak dia nak hidup. Ni mesti dia tau ramai sgt orang yang akan mintak bunga tulip aku. Heheheheh...

Actually tahun ni aku selalu lupa nak letak baja kat bunga tulip aku tu. Dan aku tak jaga sgt seperti tahun2 sebelum ni. Bila balik keje sampai rumah jer hari da gelap, dengan suhu yang sejuk tak kuasa lak aku nak membelek bunga aku kat luar tu. Kesian tulip aku, aku telah mengabaikan mereka =(


Setakat ni hanya dua warna ni jer yang mula berkembang. Tahun ni mmg tak semeriah bunga2 tulipku pada tahun lepas. Kepada yang mengikuti blog aku mesti korang ingtkan kat tulip2 ku yang meriah giller tahun lepas. =)

da nak start

21 hb March aritu da masuk musim bunga kat Italy ni. Tgk bunga pokok ceri da start berbunga. Pokok depan rumah aku ni baru je beberapa hari nampak bunganya... Tak lama lagi boleh la tgk bunga2 pokok ceri yang cantik kembang mekar seperti tahun2 yang lepas.

Harap2 tahun ni dapat la makan buah ceri. Tahun lepas pokok buah ceri kami mmg lebat cumanya cuaca hujan panas yang tak menentu menyebabkan buah2 ceri penuh dengan ulat. Terpaksa bagi jer kat burung yang makan buah ceri tu.

Balik keje semalam terkejut tgk pokok bunga tulip aku da berbunga. Hurrrayyy..... Baru 2 ketul jer la tapi. =) Tahun ni rasanya bunga tulip aku tak banyak cam tahun lepas. Tahun ni aku kurang tumpukan perhatian kat tulip2 aku. Letak baja pun sekali jer. Kesian tulip aku. Huhuhuhuhu....

berakhirnya bunga tulipku

Sedih..... Bunga tulip aku da mula luruh. Jangka hayat pokok bunga tulip sememangnya tidak lama. Da beberapa ari bunga2 tulip ni da start luruh. Huhuhuhuhuh. Tambah2 cuaca sekarang ni tetiba plak asyik hujan lebat. Lagi la cepat bunga2 aku ni luruh.....




Sedih plak tgk bunga2 ni da tak bermaya... Hidup segan mati tak mahu...






Bunga tulipku dalam kenangan...

Bunga tulip da tak de skang ni bunga lain plak yang tumbuh... Tunggu entry seterusnya =)

my tulips again

Bunga tulip aku semakin banyak berbunga. Kebanyakannya warna ungu dan merah. Warna kuning ada 2 kuntum sahaja setakat ini. Banyak gambar aku letak untuk tatapan korang semua. =)









Bila ada cahaya matahari, semua bunga tulip ni akan mengembang. Bila waktu malam atau bila tiada cahaya matahari bunga tulip ni akan kuncup balik seperti gambar2 di atas. =)




warna warna tulipku

Maaflah aku asyik tayang bunga tulip aku ni jer. Maklum la....excited terlebih. Hahahahaha.

Bunga tulip ni da mula kembang. Setakat ni warna2 yang da nampak ialah ungu, krim dan merah. Ada banyak lg yang masih belum kembang dan tak dpt lagi nak kenal pasti warna apakah yang akan keluar.




Cantikkan? Nanti aku tayang dari masa ke semasa perkembangan tulip2 ni. =)

bunga tulipku masuk sangkar

Pokok bunga tulip aku sudah menunjukkan tanda2 untuk berbunga tak lama lagi. Seronoknya. Da mula nampak beberapa jenis warna.


Tahun ni aku campur2 bunga tulip so pertumbuhannya agak tak sekata. Ada yang tinggi ada yang rendah. Ntahla aku pun tak paham. Padahal aku tanam semua pada hari yang sama.

Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti tahun lepas, aku terpaksa masukkan bunga tulip aku ni dalam sangkar. Tak mau la kan pisang berbuah dua kali. Huhuhuhuhu.. Sian pulak tgk bunga tulip aku ni dok dalam sangkar.

Wahai bunga.... kembangla engkau dengan mekarnya. =)

p/s: Hari2 aku menjenguk kat sini. Tak sabar nak tengok warna2 bunga tulip ni =)

bunga tulip baru




Lambatnya bunga tulip aku nak tumbuh weh.... =) Tahun lepas aku tanam bunga tulip kaler purple kan? Tahun ni aku tanam bunga tulip kaler campur2 pulak. Tak sabarnya nak tgk. =)

musim tulip kembali lagi

Musim bunga tulip sudah kembali. Td pi Leroy Merlin punya la banyak derang jual biji benih pokok bunga ni. Biji mata aku lak rambang nak pilih jenis mana satu. Macam2 kaler ada. Kalau korang ingt last year aku pernah tanam pokok bunga tulip ni. Bunga kaler ungu aku pilih tahun lepas. This year lak aku amek kaler lain. Kaler campur2 so nnt penuh la pokok bunga tulip aku. Berwarna warni gitu.





Dalam beg tu ada 30 biji benih. Harganya hanya 4 euro lebih sahaja. Meriah la pokok bunga tulip aku tahun ni. Tahun ni aku ingat nak letak baja supaya cepat skit dia akan berbunga. Tahun lepas aku tak letak baja, pastu agak lembab dia nak tumbuh bunga. Mula2 tu ingt mmg da tak mau berbunga da bab first time aku menanam pokok bunga ni. Moga2 tahun ni cuaca mengizinkan untuk pokok bunga aku tumbuh. Amin....

p/s: aku baru jer beli biji benih ni tadi. So aku belum tanam lagi. Maybe ujung minggu baru nak bercucuk tanam =)

oh bunga tulipku

Sakitnya ati aku... Da lama aku nak citer pasal hati aku yang sakit ni kat korang sume. Korang ingat lagi kan kisah bunga tulip aku ni yang aku citer kat korang bulan lepas. Tgk la apa da jadi ngan bunga2 ni...

Bulan Lepas (March)

Awal Bulan April

Minggu Lepas

Ni sapa la punya kerja ni. Abis pokok bunga aku jadi gondol. Geramnyer aku. Tp aku da tau sapa punya angkara yang sangat la kejam terhadap pokok2 bunga aku ni... Jom kita terjah.....




Ni la dia makhluk berhati binatang itu. Hahahahahahha. Siap buat muka tak bersalah tu. Tp aku tau ni mesti kerja ko kan..... Sebabnya da beberapa hari aku negok dia berkenan sgt kat bunga2 kaler purple aku tu. Da beberapa hari dia dok tenung jer bunga2 tu. So sapa lagi kalau bukan ko yang menjahanamkan bunga aku. Huhhuhuhuhu....

Actually ni anjing my parents in law. Tp memandangkan antara rumah aku ngan rumah derang tak de pagar so anjing ni mmg bebas berkeliaran kesana kemari. Derang ada 2 ekor anjing. 1 jantan 1 betina. Yang dalam gambar ni namanya Maya. Yang jantan namanya Brad. =)

bunga tulipku

Pada sesapa yang da lama mengikut perkembangan blog aku ni mesti ingat aku pernah cerita pasal bunga musim luruh ni kan??? Pada pagi ahad aritu baru aku perasan yang bunga aku da membesar. Maklum la musim sejuk ni aku jarang kuar rumah. Kuar gi kerja pastu balik dok dalam umah jer. Tambah2 plak musim sejuk ari cepat jer gelap so lagi la tak perasan bunga aku yang aku tanam dulu da menampakkan dirinya...

Pagi2 ahad aritu aku terkejut giller bila nampak pokok2 bunga tulip yang aku tanam ni da berbunga dengan cantiknya. Sungguh tak kusangka menjadi gak tangan aku tanam pokok yek. Maklum la sebelum ni mana pernah main tanam pokok bunga ni. =)




Kalau korang perasan kat tengah2 tu tak de pokok. Sebenarnya sebelum ni ada pokok bunga lain kat situ, cumanya masa musim sejuk aritu bunga tu layu dan mati bab tak tahan sejuk. Berlainan plak ngan pokok bunga tulip ni yang terus membiak ngan baiknya kerana dia tahan ngan suhu yang sejuk. Sebab tu la pokok bunga tulip ni biasanya ditanam pada awal musin luruh dan akan mengeluarkan bunganya bila tibanya musim bunga.....






p/s: merasa sungguh bangga dengan diri sendiri. =)

Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month