petua kentang
Kali ni aku nak share salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang italy. Petua kali ni dengan menggunakan kentang.
Alkisahnya kitorang beli oven elektrik bersaiz kecil. Tujuannya ialah untuk kegunaan memanaskan lauk pauk, bukan tujuan membakar. Untuk bakar kek dsb ada oven lain. Kitorang telah bersepakat tidak mahu lagi menggunakan microwave untuk memanaskan lauk pauk. (Sebenarnya gelombang mikro adalah tidak bagus untuk kesihatan manusia)
Oven yang baru dibeli selalunya mempunyai bau yang agak busuk dan pelik apabila pertama kali digunakan. Untuk menghilangkan bau tersebut, petuanya: hendaklah dibakar kentang hingga betul2 garing, atau lebih kurang setengah jam dengan suhu yang maksimum. Bakar kentang begitu sahaja tanpa minyak dan sebagainya. Fungsi kentang2 ini akan menyerap segala bau yang tidak menyenangkan. Orang kata bau benda baru kan.
Bila kentang tadi da betul2 garing atau warnanya bertukar menjadi coklat (yang penting jangan bg hangus) Oven anda tidak lagi berbau busuk. Bau2 tadi telah diserap oleh kentang. Sebaliknya oven anda berbau harum dan boleh digunakan. Hurraayyyy!!!!
p/s: kentang yang da masak tu jangan plak dimakan. Hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Kalau korang gunakan kentang lama adalah lebih bagus sebab last2 nak kene buang jugak kan.
13 critics say:
wahh petua bagus ni...mmg ada oven baru tak guna lagi...:)
hey babe...begitu ke petuanya...??? aku tak pernah dgr pun..petua yg aku rase betul2 berkesan dan menjadi adalah berkenaan dgn blender...kadang2 kan kita guna blender utk blend cili dan benda2 pedas kan..pastu kita nak guna blender yg sama utk blend katala daun pandan nak buat kuih seri muka...mak aku ckp, bg mengelakkan daun pandan yg dah diblend tu rase pedas, sebelum kita blend daun pandan tu kita blend dulu biskut mayat or cream crakcers guna blender tu...insyaAllah, rase pedas tu takde...hehehehehe
KANCILBIRU -
selamat mencuba...
MISSING CAT -
farah, bagus gak petua ko tu. tak pernah lak aku tau. petua kentang ni mak mertua aku yang bgtau. mmg berkesan. kalau ko beli oven baru sila try ok. =)
oooh bagusnye petua ni...thanks for sharing izan!
bagus betul petua ni..boleh la amal time beli oven baru nanti..kniedaz takde oven lagi.. :(
ini petua byk bagus la sis...
thx for sharing...
ooo gitu. yg aku tau kalau beli peti ais baru n nak hilangkan bau kurang enak letak arang..menyerap bau gak gitu
Waaahh.. Izan.. peli oven baru... mesti rajin nk baking nih :D
Petua nk ilangkan masin dlm kuah/lauk pun leh gune kentang gak.. ;)
oo gitu caranyer ehhh kalau apply this way to microwave leh ker weh...kang letup letup lak kentang tu dlm tu kang
Good info ni. Thanks :D.
seb baik ada foot note kt bwh tu
aku dh nk tnya apa sudahnya kentang tu
boleh di mkn or buang aje?
hehehe...
btw, nnt aku try
microwave pon aku takde lagi
heheh
bagus ekk petua ni..tp kalo beli oven baru nanti tah2 dh lupa..tkpe,boleh refer sini kan..
i pun tak suka guna microwave
bukan apa, i menda2 electrik mcm ni sangatlah phobia... takut meletup...ha ha h...
Post a Comment