darah dan anda

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institutdi Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH 'O '
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apajua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamutergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalukuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untukberehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH ' B'
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadidalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

p/s: betul ke artikel ni??? tak tau nak kata bab aku tak tau darah aku jenis apa. nk kene pi cek darah dulu. huhuhuhu.

posted under |

9 critics say:

fauzi said...

izan, xyah cek darah. tnya ayah awk darah apa. sbb slalunye anak ikut darah ayah. tp tataula kalo xsama..hehehehe

aRa said...

Farah tak tau la jenis darah ape...tak pernah ambik tau...teruk kan...nak gak p check tp nnt la...agagaga

Izan said...

to erin -

oo yeke? klu camtu tanya ayah je la. tak payah nk pi cek darah

to farah -

samala kita ok. tak penah pi cek darah pun. takut... hahahahhaha

eedany said...

ai darah O...

ada kot sikit2 yang betul.

thanks for sharing izan

axim said...

i darah O,heehe sama la plak ngan eedany,

errkkkk awat tak pi cek darah akak...mana la atau ada emergency ker apa ker senang nanti..

pi cek darah arini yek..

Izan said...

to axim -

ha ada persamaan la korang berdua ni yek...

takut ler nk pi cek darah. hehhehehe. masa uitm dulu tgk kawan derma darah akak yg nk pengsan. hahahahahaha

PHATABULOUS! said...

ini petua nak cek darah cara mengelat... masa orang buat derma darah, ko pun beratur la sekali.. bila sampai turn, dia amek darah ko utk uji, then dia tanya, "period atau ada amek ubat tak hari ini?" pastu ko jawab, "yes". gerenti dia reject ko, then bagitau ko darah jenis ape... huhuhu terer tak?

aku darah A n aku rasa sejibik la. sbb skang aku tengah wat keje sambil surf internet n baca blog pada waktu rehat...

Izan said...

to syima -

oklah next time aku wat cara ngelat ko tu. eh baru aku teringt aku rasa aku penah je cek darah sblm dtg sini. tp tak ingt la plak darah jenis apa. kecut perut aku masa nk wat chekup tu. huhuhuhuhuhu

BeMiE said...

mcm kene jer ni.. ishh

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month