koma 17 tahun

Setelah bertahun2 lamanya seorang gadis yang berusia 22 tahun pada satu ketika dahulu tidak sedarkan diri dan berada di dalam keadaan koma selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1992. Pada hari ini usianya telah meningkat 39 tahun dan masih lagi dalam keadaan koma. Namun begitu setelah sekian lamanya keluarga kepada gadis ini mengambil keputusan untuk memadamkan alat bantuan pernafasan yang membantu anak mereka dari terus hidup. Ini adalah kerana mereka tidak lagi nampak harapan yang anak mereka akan sedar semula selepas 17 tahun terlantar koma di hospital.

Walaubagaimanpun keputusan keluarga gadis ini banyak mendapat halangan dari kerajaan dan juga pihak gereja kerana mereka membantah dan menekankan bahawa gadis ini berhak untuk hidup. Kalau da koma 17 tahun lamanya dan mmg tak nampak harapan yang cerah, mungkin hidup dari alat bantuan pernafasan sama je macam perumpamaan hidup segan mati tak mahu. Namun begitu pada hari ini alat bantuan pernafasan yang membantu gadis ini untuk bernafas telah dimatikan dan dengan itu gadis yang koma selama 17 tahun ini telah pun meninggal dunia pada waktu pagi waktu di Rome.
Namun begitu pihak gereja menentang habis2an keputusan keluarga gadis ini dan menyifatkan ini adalah dosa besar yang telah dilakukan oleh mereka kepada anak mereka. Pada pendapat aku mana kita tau sama ada gadis ini menderita atau tidak selama 17 tahun koma dan terlantar di hospital. Aku tertanya2 jugak apa pandangan agama kita terhadap kes seperti ini. Apa pendapat korang pasal ni???

posted under , |

9 critics say:

Anonymous said...

izan, makcik belah hubby aku pon ade anak dier yg koma. Aku rase dah lama giler gak..lebeh2 kurang cam kes entry ko ni. Tp dier still koma smpi skang. Ari tuh aku pi visit, mata dier terbuka tp kesian sgt kurus giler. Dr badan berisi smpi kurus giler..aku rasa kesian sgt tgk dier.

Tp family syg dier lagi.. aku rase ade 2 beradek je kot. Tp aku tak pasan plak dier pakai alat bantuan pernafasan ke tak?

Yerla...ikot jugak keputusan family tuh. Kesiankan anak terseksa, better lepaskan. Klu dh lama sgt tuh... mungkin kita kena redha utk lepaskan dia.

RiEz said...

aku nyer pendapat elok laaa sebab nak seksa orang wat aper...betul gak family tu punye keputusan...

Anonymous said...

tak arif...
tapi rasanya pun tak patut nak matikan alat tu... mana lah tahu kalo Allah takdirkan dia idup normal pada tahun ke 18 dia koma...wallahualam

Anonymous said...

lamanya dia koma! besar pengorbanan family dia jaga dia all this while..

hmm..taktaulah nak ckp pasal dari segi agama..tapi rasanya baik biar dia pergi dgn tenang..bersemadi dgn aman..gitu..

Erin Rashid said...

sedihnye cerita tuh
bertahun lamanya dia terlantar koma
dan bertahun lamanye keluarga dia dok jaga dia
erin nk ckp dr segi agama pon tatau la
tak tahu la cara begitu 'membunuh' ke namanye
mgkin keluarga tuh dh hbs berharap
dan takut bile si gadis tuh sedar
dia akan mengalamai kecacatan urat saraf dan terus menderita
jadi mgkin ada baiknye biarkan dia mati dlm tidur
sedihla rasanye..

~ Lady ell ~ said...

nk beri pendapat,tp bukanlh org yg arif..

rasanya islam tdk menetapkan hukum2 trtentu bg kes sprt nih.krn dlm islam kematian itu adalah apabila terhenti jantung dan pernafasan serta otak tdk brfungsi secara keseluruhan.

kalau pakar2 perubatan dh sahkn otak pesakit mmg tk brfungsi,apa lg harapan yg ada..krn pesakit brnafas melalui alat bantuan,sedangkn dia sememangnya dh mati dr sudut prnafasan..

tp entahla..sekadar memberi pandangan.mungkin betul juga ,macammana kalau tuhan nk bg die hidup pd thn ke18 die koma...

trpulanglh pd individu...

aRa RaMaDhAn said...

Wuhuuuu...ade nampak cerita ni kat tv...siap org protes lagi kan...tapi klo bg i la...let her go...cian dia dah lama menderita...

Missing Cat said...

izan, aku baru sempat nak baca blog ko yg ni...kat msia pun ada isu psl ni...aku ada blaja skt2 psl medical law...dari segi islam, hukum sama dgn hukum membunuh dan manusia tak blh nak tetapkan hidup atau mati seseorg...dari segi medical pula, byk faktor kena diambil kira...selalu doctor akan nasihatkan la whether mesin tu ptt dimatikan atau tidak...nnt aku cari kes k...

BeMiE said...

ish camni pun ada.. lama tul koma...

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month