cerita berbuka puasa

Bulan puasa tahun ni mmg aku tak cerita langsung pasal menu berbuka puasa. Bukan apa, aku start keje pun dalam bulan puasa ni. Bila sampai rumah masak yang simple2 jer. Mee goreng, nasi goreng, spaghetti goreng. Hahahahaha. Maklumla nak makan berdua jer kan. Then bila da siap masak waktu berbuka pun da hampir so malas la nak tangkap gambo. =)

Semalam ari sabtu kitorang gi berbuka puasa kat embassy. Masing2 kene bawak la pape yang patut. Aku pun amek kesempatan buat kuih serimuka ni. Lama sungguh aku tak buat kuih ni. Memandangkan aku puasa aku tak leh la nak rasa manis dan masin kuih ni bab dalam resepi gula dan garam secukup rasa. So aku pakai hentam jer sukatannya. Aku tawakal je la supaya rasa gula ngan garam ni cukup, jangan smpi mereka tersembur makan kuih aku ni da ler.


Pastu aku teringat lak arwah opah aku dulu dia meniaga masa bulan puasa. Kalau dia masak dia akan rasa masakan dia tu cukup masin ke tidak dengan hujung lidah pastu ludah. Aku masa tu kecik lagi. "Aku tanya opah tak puasa ker?" Dia kata dia puasa. Dia cuma rasa pakai ujung lidah tp tak telan. Aku pelik. Tp perbuatan ni sebenarnya makruhkan puasa.

Bila tiba kat embassy, bila tiba waktu berbuka aku terus suruh Mirko rasa cepat2 kuih aku tu. Dia kata lembut sume elok cuma kurang sikit je garam dan gula tu.... Nasib la.. Lebih baik kurang dr terlebih. Bila orang lain makan sume kata sedap. Lega rasanya. Sedar tak sedar licin kuih aku. =)

p/s: semalam makanan sume best2. Tak tangkap gambo pun bab bila makan mmg la lupa abis nak tangkap gambo kan.

posted under , |

12 critics say:

RiEz said...

hahaha aku nak tempah kuih nih masa aku kawen nanti bule tak?

bspotgurl said...

Hye Izan, pekaba? Lama tak dengar berita dari U.. bz ka lately nih? Anyway, u tak balik raya ke? cemane puase kat sana wokey?

Diarihatiku1976 said...

alamak kuih kesukaan akak ler... tapi akak tak reti buat tau...

cinderellatulin said...

ermm sedapnya kuih serimuka sis..menyelerakan jer tengok..selamat hr raya sis

rasp said...

pandai ek u buat kuih tu sis...

:: p R i n c E s S _ N :: said...

wahh sis..bebakat wat kuih...N x reti lgsg kuih cani..

Ms AiReEn MoHd said...

ko wat kueh apo....resepi mane...bak la sini resepi leh aku tiru buh dlm balang kueh raya aku lak...wakaka tak la aku nak resepi babe..bak la kat aku..temepek sini..

~ujicham~ said...

izan.. awak ni mmg pandai masaklah..

sWeEtdARLinG said...

weiih aku kagum betul laa bila orang pandai buat kueh2 tradisi ni... awat laa aku maleh nak belajar buat..?

sukahati said...

terer giler buat kuih neh...tepek resipi wehhh ...bleh cuba nnti

Mrs. GordoEdi said...

mau resepi jugak...cecepat tempek!

Delimasari said...

pandai masak izan ni ... bg resepi

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month