berita terkini untuk yang berkahwin campur

Anak lahir luar negara boleh mohon kerakyatan Malaysia

PUTRAJAYA 11 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi memberi kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing memohon taraf warganegara Malaysia bagi anak yang lahir di luar negara tanpa melibatkan pindaan undang-undang.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui mekanisme itu, semua rakyat negara ini sama ada wanita atau lelaki yang berkahwin dengan warga asing, boleh memohon taraf kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya yang dilahirkan di luar negara.

Mekanisme itu, katanya, akan dapat menangani masalah kaum wanita Malaysia yang selama ini mengalami kesukaran untuk memastikan anak hasil perkahwinannya dengan warga asing di luar negara boleh mendapatkan taraf sebagai warga negara ini.

''Kemudahan itu diberikan melalui permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.

''Permohonan boleh dikemukakan di pejabat kedutaan di negara kanak-kanak tersebut dilahirkan dan KDN akan melantik Pegawai Konsular di Kedutaan Malaysia luar negara sebagai wakil rasmi menerima permohonan berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada masa ini, tidak terdapat sebarang peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan taraf kewarganegaraan diberi secara automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing.

Mengikut peruntukan sedia ada, di bawah Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, taraf kewarganegaraan Malaysia hanya diberikan kepada anak yang dilahirkan di luar negara kepada bapa yang bertaraf warganegara Malaysia.

''Untuk itu, KDN memutuskan peraturan baru secara pentadbiran bagi menyediakan kemudahan kepada wanita tempatan yang berkahwin dengan lelaki warga asing ini,'' katanya.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

''Ibu bapa kepada pemohon hendaklah membuat permohonan secara bersama di dalam borang yang ditetapkan.

''Ini penting bagi mengelakkan pertikaian dan pertindihan taraf kewarganegaraan anak di antara ibu bapa kepada kanak-kanak di kemudian hari dan menjaga imej kerajaan Malaysia,'' katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, ibu bapa anak berkenaan juga hendaklah hadir di hadapan pegawai konsular di pejabat kedutaan Malaysia.

''Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran kanak-kanak,'' katanya.

Tambahnya, pemohon yang telah diluluskan taraf kewarganegaraan bagi anaknya turut dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara bersama anaknya untuk memohon sijil warganegara dan MyKid.

posted under |

14 critics say:

missgee said...

owhh!!
saya tak berkenaan..
Jodoh takde ngan org asing..
sebab sy suka mengasingkan diri.. :P
hehehe

RiEz said...

huhuhu laju hang dapat info nih

oneyani said...

berita gembira buat u my dear!ehehe

~ujicham~ said...

so.. jgn tuggu lama2 :)

SJB said...

Kan bagus kalau MALAYSIA boleh benar kan malaysian ada dua nationality. Lagi lah senang kita nah tinggal di malaysia sepanjang mana yang kita mahu.

Anyway, good news kan..

Diarihatiku1976 said...

satu perkembangan yg baik...

lily lotus said...

senang cerita ekk...

atty's said...

gud news

rasp said...

terdengar gak dlm berita pagi tadi...
gud news nie....

Sharinginfoz said...

memang baguslah kalau macam ni kan...

Blogging: RM10,000 Sebulan

Katak Ijau said...

ape lagi ijan..
cepat2 le buat ijan & mirko jr... =)

Missing Cat said...

kalau macam tu, aku kena fikirkan pulak utk berkahwin campur...hehehehe...nanti mesti aku dapat anak-anak yang comel-comel, cute-cute pastu kecik-kecik lagi dah boleh jadi model iklan johnson n johnson, anakku dan sebagainya...hehehehehehe

mrs.ecam said...

salam knal...bce blog u ni rs cam ai duk kt italy lak la...hikhik

Mrs.Sheikh said...

waaa... so izan, next year ke next month ke.. anak tu made in italy tp cop malaysia yaa :P

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month