orang cuti, aku tak cuti

Lama aku tinggal blog ni. Agak sibuk bulan ni. Bukan sibuk sikit, sibuk banyak. Sampai terpaksa bawak kerja ke rumah. Huhuhuhu. Kat sini cuti 2 hari, Selasa (sempena awal muharam), rabu (public holiday kat italy).

Disebabkan terlalu sibuk aku kekeringan idea nak cerita apa kat blog ni. Sebabnya mmg tak de cerita menarik pun untuk dikongsi bersama. Pergi kerja, balik kerja. Esoknya pergi kerja balik. Huhuhuhu....


Skang ni hujung tahun ramai yang da sibuk nak cuti krismas. Aku tak dapat nak cuti bab kerja berlambak2. Tak de hati pun nak bercuti. Tp yang aku bengang tu org lain yang sibuk nak bercuti aku dengan kerja yang berlambak tambah kerja mereka2 yang nak bercuti. Arrgghhh... Geram.

Korang paham ker apa yang aku bebel ni. Aku pun tak paham la. Kalau korang nak tau, sampai terbawak2 dalam mimpi kerja2 aku ni. Da 2 hari tido kul 3 pagi. Ntah bila nak siap ntah. Dulu assignment last minit buat 1 hari pun leh siap.

Untuk mengurangkan tensen, sesambil wat kerja aku layan citer kartun ni jap. Hahahaha. Lawak kan... Da banyak kali tgk da actually. Tiap kali tgk konfirm touching. Bergenang jer la air mata. Minggu lepas tgk DVD kartun 'UP', bukan setakat bergenang air mata, da siap meleleh2 da. Terpaksa pause kejap nak pi lap air mata dan air hidung. hahahahah. Maklumla aku kan sensitip orangnya. =)

p/s: ribuan terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog ni. Walaupun aku tak rajin update tapi korang rajin menyinggah. =)

posted under , |

8 critics say:

Mrs.Sheikh said...

hai izann..
sama la tu org cuti kite tak cuti..
hahahaha... takpe mencurah bakti tak minta di balas.. boleh guna ke tagline tu :D

Ticer Syah said...

Budak Boo tu sungguh comel!!!

p R i n c E S s _ N said...

slamat bkerja sis...jgn lupe rest jgk ok..

NenekPenne said...

i suka citer kartun tu...
SHREK pun i suka
TOY Story pun suka....
eh byk laah citer kartun yg i suka....

SharHanah® said...

citer katun Monsters & co. memang besh! kiut jer...

Delimasari said...

kesian dia

lily lotus said...

mesti tgh meriahkan suasana kat sana nak sambut krismas :D

Siput Comey said...

dulu masa wat assignment..tak sulam ngan dvd..tu pasal 1 hari pun leh siap...pastu esoknya pewaii..tido tak hengat..hahahaha..;p

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month