kisah perjalanan kami

Kitorang da balik dari Alessandria..... Banyak benda nak bercerita. Harap2 korang sabar menanti sebabnya aku ni sebelum bertolak ke Alessandria lagi da rasa2 cam nak demam. Last2 malam sebelum nak bertolak ke Alessandria tu tetiba tanpa sebarang notis aku selsema teruk giller. Hidung tersumbat, sakit tekak dan yang paling best sekali batuk2.

Planning sebenarnya nak bertolak pepagi buta kul 5 pagi. Memandangkan hidung aku yang tersumbat tu, malam tu tido mmg tak lena langsung. Last2 kul 5 pagi baru nak bangun. Nak bersiap itu ini kul 6 lebih baru bertolak dari rumah. Pastu nak dijadikan cerita da setengah jam perjalanan kitorang terpaksa patah balik ke rumah sebab tertinggal barang. Hampeh....... Sib baik la tak jauh lagi. Kalau tak naya la weh.....

Perjalanan dari rumah kitorang ke Alessandria ialah 600 kilometer. Kelajuan Mirko bawak kereta tambah dengan masa yang diambil untuk berhenti berehat, makan minum dan sebagainya, masa yang diambil untuk sampai ke destinasi ialah 12 jam. Hebat tak? Mirko kata kalau naik kapal terbang da boleh sampai Malaysia da weh. Huhuhuhuhu

Alhamdulillah cuaca hari tu agak bagus. Dah pertengahan perjalanan kitorang berhenti kejap menghirup udara laut. Sambil merejangkan otot2 dan sambil bergambar. Hahahahha... Sungguh cantik pemandangan kat situ. Laut kat situ pun sungguh biru. Tak seperti laut di Rome.

Kitorang tak ambil highway yang berbayar. Jalan highway yang kitorang ambil ni merentas sepanjang2 persisiran pantai. Tak payah bayar tol. Memandangkan kitorang bertolak pepagi, jalan tu masih tidak banyak kereta. Maybe orang lain prefer untuk gunakan highway bertol. Kitorang save 80 Euro untuk tol pergi balik dengan menggunakan jalan ni. Tapi yang leceh nyer jalan ni akan merentas kawasan2 perkampungan dan memperlahankan perjalanan kitorang. Tapi tak per yang penting jimat. Hahahahahha


Ok, kisah kitorang di Alessandria akan bersambung lagi. Bukan setakat Alessandria jer. Kitorang sempat gak la menyinggah di Carrara dan Genova. Best ke tempat tu? Nak tau sila tunggu yer. Harap2 aku cepat sembut untuk update blog. Sungguh tidak selesa nak update blog dengan hidung yang susah sgt nak bernafas ni. Naik semput pun ada... =(

posted under , |

8 critics say:

~ AppLe BLosSoM ~ said...

mirko tak merempit ke weh....

~ AppLe BLosSoM ~ said...

mirko tak merempit ke weh....

Anonymous said...

can't wait!!..hehe

Azurah Abd.Aziz said...

1. cantek
2. can't wait dgn next post.
3. take care ok. ur helath is no 1 priority.

rasp said...

cantik view dia...
eh eh genova cam citer "Princess Diary" ek hehehehehe

zaihaslinda :) said...

Hehehe slalu nak selsema ko dpt notis dulu eh..... X sabar aku nak cuci mata....cepat update!

azhariahzuber said...

tgh semput bleh tulis best mcm ni kira ok la tu..hehe

Erin Rashid said...

uols tertinggal barang apa sampai terpaksa patah balik beb?

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month