ladang anggur


Mesti korang tak pernah tgk ladang anggur kan. Aku dulu kat msia pun tak pernah nampak ladang anggur. Tp kat Italy ni klu lalu di kawasan2 perkampungan atau kawasan2 perladangan byk ladang anggur boleh dijumpai. Maklumla org italy kan suka minum wine, dan wine dibuat daripada anggur. Tu yg diorang banyak tanam anggur tu.

Ladang anggur ni adalah ladang anggur sedara mara suami aku. Ladang ni kat sebelah umah kitorang je. Aku curi2 la tangkap gambar. Curi tangkap gambar je... Bkn curi buah anggur dia pun. Ladang dia agak luas jugak. Ada seekor anjing yg jaga ladang ni. Kekadang sian tgk anjing ni. Sekor2 je tak de kawan... Tgk la buah anggur dia. Lebat sungguh.


Bila tiba musim buah anggur, buah anggur boleh dibeli dgn harga yg amat murah. Kekadang da smpai muak tgk buah anggur. Rasanya da tak lama lg da nk tiba musim buah anggur ni. Tiba la juga musim org membuat wine. Bulan berapa musim buah anggur tiba aku tak berapa nk ingt la plak. Nnt bila da start musim buah anggur aku bgtau korang orait.

p/s: buah anggur amat bagus untuk menguatkan daya ingatan. Oleh itu makan la banyak2 ok.

posted under , |

9 critics say:

eedany said...

kalau kat sini tak puas rasanya makan anggur. kalau saya ada kat sana...tentu nak putik anggur sambil makan2.

bestnya...

fauzi said...

mak aiii..
bergayut2 anggur tuh sume
kt cni kalo nk beli anggur we all g kedia turki
slalu nye diorg jual murah
€1.50-1.90 sekilo
apa lg..rembat la kitorg!!
hehehhe
tp, anggur kt ladang nih
geram sungguh!
yg seedless atau sebaliknyer?

Izan said...

to eedany - klu kat sini mmg tak terlarat nk makan anggur. murah dan sedap sekali...

to erin - tak tau la plak anggur ni seedless ke tak bab kami bukan tuan ladang. hehehehehhehe

PHATABULOUS! said...

izan...

pos boleh utk aku?? kalau seedless lagi dialu-alukan...

eh, anggur ni kalau utk wine, ko jgn minum wine plak... tau??

ngahaha said...

tolong tag sama saya...
plis plis plisss.... hahaha

ngahaha said...

OMG!!! salah komen.. patut komen itu utk entry dibawah inep yek sedari..
makasih..
hikhikhik.. malunya :">

aRa said...

Izan...kat Msia pun dah ade ladang anggur...Kat Kedah...ari itew dah kuar TV...I tak gemar sgt anggur ni...ntah nape...i suka lemon... agagagaga

Izan said...

to syima - sementara aku nk pos kat ko sampai2 ada jugak tinggal biji je kang. hahahahah

to ngahaha - nk tag ke? ambik la jgn memalu yer...

to farah - da ada ke ladang anggur kat Msia? Makin maju Msia skang yek.

Napa tak suka anggur? Rugi la.. Tp takpe tak rugi anggur kat msia mesti mahal so tak la abis duit beli anggur. Heheheheh

NuRuL FaRiHa said...

heheheh anggur...
aku udah balik dari dating ini...
hehehe...having sum fun during dat day...but mostly we try to understand each other...=)

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month