berpoyer2 di ari sabtu

Malam semalam suami aku plan ngan kawan dia nk kuar bersama2. Biasa la Saturday Night Fever. Mana leh dok umah. Mmg ari sabtu kitorang jarang makan malam kat umah. Selalu dinner kat luar ataupun g tgk wayang.


Minggu ni kawan Mirko ajak g dinner kat restoran kat tepi pantai. Kitorang ok jer bab tak der idea nk pi mana minggu ni. Nak gi tgk wayang sume citer kitorang da tgk. Then kitorang pun bertolak dr umah bersama2. Masa tu da dekat 9 mlm. Perut aku da berbunyik2 dr kul 8 td lagi. Lapar siot!!!

Kitorang bertolak ngan sebuah kete ajer... Kawan Mirko drive. Sejam kemudian smpi la kat Pantai Ostia tu. Kat kawasan port. Jauh bebenor la pun pantai ni... Tambah ngan traffic jam lg. Da tu ari sabtu sume org kuar. Sampai2 org punya la ramai...Nampak cam meriah je. Cam best la plak. Kat sini klu tiba musim panas mmg cam ni. Mana2 penuh ngan org. Kitorang pun jalan2 la sesambil cr restoran yg dimaksudkan oleh kawan Mirko td.


Setelah penat berjalan, jauh bebenor pun restoran ni, Kitorang pun jumpa la restoran yg dimaksudkan. Orang ramai giller dlm restoran tu. Suami aku kata konfirm dpt makanan lmbt ni. Huhuhuhuhu. Aku da kebulur giller masa tu. Tp cam menarik je retoran tu. Semua lampu2 merah yg agak suram. Kat dalam restoran ni banyak bawang putih yang bergantungan diorang letak sebagai perhiasan. Nak halau vampire ke? Selalunya mat saleh kat sini percaya bawang putih halau hantu. Hahahahahah



Pas tunggu punya lama, nk order pun susah tau, org ramai sgt. Aku pun order la 'Spagetthi Alle Vongole'. Spagetthi ngan seafood lala gitu. Yela nama pun makan kat restoran tepi pantai. mmg famous ngan makanan2 seafood. Tp tak de ikan bakar ok cam kat msia (waaa... nak ikan bakar cicah air asam... sapa nk belanja aku nih?)

Tunggu punya tunggu makanan tak sampai2 lagi. Aku da kebulur tahap tak boleh kontrol lg. Suami aku da kata dia tak suka dtg restoran cam ni bab makanan akan smpi lambat giler. Lastly da dkt kul 11 malam br la makanan sampai. Kul 11 br start makan yang aku dr kul 8 mlm da kebulur. Hahahahha. Bila smpi sikit plak tu spagetthinyer. Da tu mahal plak tu. Spaghetti aku harga 13euro ok. Klu pi kat restoran biasa hanya 7 euro je, dapat byk lg tu smpi tak terhabis.



Semalam mmg lapar tahap kronik dan tak leh nk diselamatkan lg... Maka habisla spaghetti aku itu. Tgk la ha, licin pinggan itu. Hahahahahahah. Namun begitu perut ini masih boleh dimasukkan lg ngan makan cuma tak leh nk order byk2 bab terlalu mahal. So terpaksa la tahan perut arini. Huhuhuuh...




Pas abis makan semua kitorang pun jalan2 la di sekitar kawasan itu. Masih banyak lg kedai2 yg masih buka walaupun da tghmalam. Aku tak beli pape pun bab cam tak best je kedai2 kat situ. Hahahahaha.. Demand la plak kan.



Tak lama pastu kitorang pun amek keputusan balik je umah bab masing2 da penat. Padahal bukan wat ape pun. Penat tggu makanan yg lambat bebenor nk smpi. Hahahahaha. Dalam kete lg aku da tdo. Sedar2 je da smpi umah. Aku terus jer masuk tdo tp si mirko terus ke komputer dia sambung keje...... zzzzzzzz

p/s: tak leh nk tunjuk gambar mirko dan kengkawannya. diorang malu. Hahahahaha

4 critics say:

NuRuL FaRiHa said...

nice view waktu malam di italy....

aRa said...

Fuh...dah la jauh...mkn pun lambat smpi...klo my mum la izan kan...dah meraung dia demand mknan dia...agagagaga...tapi cantik je tmpt 2 tau...

fauzi said...

best nye dpt mkn kt restoran seafood. cni xder la izan.. yg ada nordsea. (restoran mknan segera jual mcm2 mknan ikan) tuh je... huhuuh

Izan said...

to fariha - kat tempat tu tak best view waktu mlm. klu pi town lagi cantik view waktu mlm kat sana.

to farah - tu la mmg da nak meraung jugak. tp sib baik ada kamera. so kita berposing membuang masa sambil menunggu makanan. hehehe

to erin - kat sini mmg banyak restoran cam tu kat area2 tepi pantai. tp tu la sume restoran camtu agak mahal..tak leh pi selalu. kang kopak. hahahahah

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month