makan pizza

Petang td gi la majlis harijadi anak pada kawan suami aku. Kitorang g majlis tu dalam kul 7 lebih. Sampai2 sana org da ramai. Tp sume sanak saudara je. Kitorang ni terasa cam bosan plak bab Mirko ingt mesti ada lg kawan2 dia tp sapa pun tak dak sebenarnya. Kitorang je yg tersesat. Bukan apa mirko tepon kwn dia tu pg td tu yg dia jemput kitorang je tu. Da lebih sejam kat situ aku ajak Mirko balik bab cam bosan je. Huhuhuhuhu. Nak makan pun tak de apa nk makan bab sume makanan yg tak boleh di makan. Sumenyer ada bab1.

Perut da lapar da. Jam plak da dekat kul 9. Takkan nk balik masak. Klu nk masak kat umah tak tau la kul baper nak makan. So kita makan kat luar je la yek arini. Gi la restoran berdekatan ngan umah kitorang. Sampai2 orang ramai la pulak. Ish.. arini ari Khamis camana leh ramai camni. Ingt kot sabtu ahad je ramai org. Da ler tempat tak booking pun. Kat sini klu nk makan kat restoran or pub kene booking dulu. Klu tak booking jgn harap la nk ada tempat. Nasib kitorang baik la jugak. Ada tempat even tak booking pun. Tp tak leh dok lelama bab tempat tu da reserved.

Arini teringin nak makan pizza. So kita order la pizza yek. 'Pizza Margherita.' Tunggu punya tunggu mana tak smpi2 lg ni. Org kat sebelah kitorang yg dtg lg lambat dr kitorang, makanan dia da smpi da... Tp dia tak order pizza la. Dia order benda lain.

Jeng... jeng... jeng... inilah dia pizza kita ya kawan2. Besar tak? Masa mula2 dtg italy masa order pizza terkejut giller tgk pizza ni. Mana nak abis makan sorang2. Gilo gapo? Tp lama2 da biasa da. Kekadang tu boleh je abiskan sume pizza ni. Dasyat tak? Mana la aku tak gemuk. Tgk la ha cheese yang bertabur2an di atas pizza itu. Tp pizza kat restaurant ni tak ler besar sgt. Kekadang g tempat2 lain pizzanya lebih besar. Pizza sorang satu ok. Mula2 ingat nk kongsi tp Mirko kata dia tanak kongsi. Tanak kongsi sudah aku order pizza lagi satu. Klu tak abis jgn mare yer...

Tgk la mmg tak abis pun. Arini tak mampu nk abiskan pizza itu. Mana tak larat nk abiskan. Sampai2 je da minum setengah gelas coca cola. Tunggu pizza lambat sgt sampai. Tu yg da kembong perut tu penuh ngan coke... Tgk la pizza org depan tu licin.... Patut la dia tak mau kongsi. Kebulur rupanya. Hahahahhahaha

posted under , , |

7 critics say:

SueGinola said...

Mak aiii..Mkan sorg satu pizza ek..i likee..kalo kat malaysia, makan 2org beli yg beso tu pun org dh pandang2..dengki btl diaorg tau..bestnye..ni yg nk pindah Italy nih...

Anonymous said...

uishh! besar siuttt..:P
siannya tak dpt nak makan apa
kat party tu ekk..takpelah mmg
rezeki mkn pizza mlm tu!

*_*

Izan said...

to sueginola - amboi sampai nk pindah italy tu. nnt klu dtg italy mmg wajib pekena pizza. tp kene pi restoran br la ada pizza yg besar camni. klu setakat g bar pizza kecik2 je sebab diorang da potong siap2.

to lily - rezeki.. mkn pizza tu lg bagus dr makanan kat party tu. heheheheh

aRa RaMaDhAn said...

izan...klo pizza nipis mcm ni i like...confirm dpt kasi abis...klo tebal cam pizza hut itew muak tau...agagagaga...bila la dpt mkn pizza yg ori dr Italy...Mr. Mirko pandai dak buat pizza???

Izan said...

farah, izan pun pizza nipis camni je yg izan suka. klu pizza tebal tu Pizza dr Naples(Napoli) Tak suka sgt. Mmg muak pun..

Mr. Mirko tak pandai buat pizza. beli pizza je pandai. Hahahahha

Erin Rashid said...

izan, kt cni mmg ramai peniaga italian bukak kedai pizza & kebab. mmg diorg nye specialist la tuh. tp we all xpnh beli. beli kt supermarkt, bakar sdri kt umah je...
mgkin sbb tak tahu thp kehalalannye.. heheh

Izan said...

Erin, klu pizza margherita tu boleh makan bab ada tomato ngan cheese je. selain dr tu izan selalu pilih pizza yg ada sayur je la.. jd vegetarian kejap. heheheh

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month