masak lagi

Yes... mari kita memasak lagi... Kali ini kita masak spaghetti plak yer. Yela la bila lunch kita makan italian food. Dinner baru makan nasi.

Masak sempoi2 da ler. Nak suh masak italian food yang susah2 tak pas lg. Nak kene blaja kat mak mertua. Tp bila tak tau. Hahahaha.

Arini lunch aku masak spaghetti ngan asparagus. Senang giler, kejap je da siap. Sedap pun sedap. Nak buat senang je. Meh sini aku ajar kot2 la korang nk buat. Kalau tanak buat pun aku nk ajar jugak, tak kira. Hahahahah

Mula2 kita masukkan minyak zaitun then tumis la bawang putih ngan cili kering. Aku tak boleh buh banyak2 cili kering tu. Ada gak melompat suami aku kang. Klu korang nk pedas buh la banyak2 lagi.



Sambil tumis tu kita jerang air untuk rebus spaghetti ok. Dalam air itu masukkan garam kasar secukup rasa untuk masinkan spaghetti. Kemudian potong asparagus kecil2 dan gaul ngan sedikit garam



Apabila bawang putih da naik bau masukkan asparagus td dalam kuali. Goreng kejap saje. Lebih kurang 2 min gitu. Jangan lama2 sgt nnt asparagus jd keras dan da tak sedap.


Bila air da mengelegak masukkan spaghetti sebanyak mana yg korang nak. Biar selama 6 - 8 min. Kemudian korang rasala spaghetti tu masih keras lg atau da ok. Tahap kekerasan ikut cita rasa masing2. Hahahahahaah ( Jangan pikir benda lucah ok)


Bila da masak spaghetti tu sila angkat dan toskan. Then masukkan dalam kuali yg ada asparagus td.


Pastu siap la... da bole makan. Kejap je kan. Tak smpi setengah jam da boleh makan da. Tidak susah yer kawan2. Masak rendang lagi susah. Huhuhuhuhuhu

p/s: asparagus mempunyai satu persamaan dengan petai iaitu berbau bila kita buang air kecil. =)

posted under , |

8 critics say:

Signorina Syima said...

r we missing the garam? masa goreng tak letak garam dh ker??

macam sikit je garam masa celur spagheti tuh.. itali tak makan masin2 kan?? tak pe la.. kurang risiko darah tinggi...

Izan said...

ish.. mana plak tak letak garam. da letak garam dlm air tu kan. bila rebus spaghetti tu nnt dia akan masin. Then kat asparagus tu pun da gaul ngan garam kan. Mmg stail org italy masak tak buh garam kat dlm kuali. Buh garam dlm air untuk rebus spaghetti.

aRa RaMaDhAn said...

hurmmmm...signora...western food YA AMPUN senang nak masak okeh...bab 2 i suka mkn western food...masak western food pun ok je...sonang...klo masakan Msia YA AMPUN ssh...byk keje...perah santan la...tumbuk itew...ini...mcm²...agagagaga...wah...signora dah mula letak recipe kat blog...agagagaga...bgs²...ajar lak buat pizza... ;p

Izan said...

tu la pasal. nk masak masakan melayu ni bkn senang. ambil banyak masa.

nak masak pizza??? tak reti. baik beli je. bab pizza kat sini murah gitu. hehehehhe

Erin Rashid said...

a'ahh simple mimple je laa..hehehe

Izan said...

simple kan erin. yang simple2 je la yg reti buat. yang susah2 tak reti lagi. heheheheh

SueGinola said...

Salam..

A'a lah..simple giler..
Me ni xbrp reti nk makan spagetti2 nih..kalo pizza or mkanan yg bercheese tu mmg reti, suke gilerr...xpe..nnti me cube resepi spegetti ni..k

Izan said...

hai sue,
tak suka mkn spaghetti ke? rugila camtu... nk wat pizza xreti la selalu beli je. makanan bercheese plak tak pernah buat lg bab susah la.

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month