khasiat limau nipis

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau SAKIT KEPALA. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.

Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.

Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

Da hampir 2 minggu setiap pagi aku minum air perahan limau konon2 nak buang lemak di perut. Hehehehe.. Namun begitu proses pembuangan toksin yang sedang berlaku telah menyebabkan aku sakit kepala da hampir seminggu. oh tidak!!!!!

posted under |

4 critics say:

zaifariza said...

harus dicuba tu:)
tochee2
tp kn pulak tanya makcik kedai tu, mn satu limau nipis..huhuhuhu

eedany said...

izan... haku baca entry ni sambil telan2 airliur...

sedapnya minum air limau yang sejukkkk.... Fuh!

:)

rasp said...

nak cuba gak lah..mana tau leh selim melim cam u...kaya tokey limau tu i dok beli limau dgn dia :D

aRa RaMaDhAn said...

limau mmg sgt berguna...klo mkn steak kan...minum la air limau tanpa gula...konon org ckp bgs...

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month