apa kata anda mengenai italy

Da hampir sebulan aku letak poll kat sebelah kanan blog ni. Ramai gak yang memberikan kerjasama @ rajin menjawab soalan2 cepumas dari aku. Terima kasih aku ucapkan pada yang sudi meluangkan masa anda.... Jom kita tengok apa kata anda semua mengenai italy....

Soalan pertama: sapa yang mengikuti perkembangan blog aku ni semestinya korang tau habitat aku yang sebenarnya adalah di rome. =)

Soalan kedua: italy mmg terkenal dengan semua jawapan diatas. tp kalau sebut italy mesti semua terus terlintas spaghetti dan pizza. Tp tahukah anda asal usul spaghetti sebenarnya dari negara cina. Tp tak ramai yang tahu tentang asal usul ini. Semua org ingat spaghetti ni asal dr Italy. Ni la contoh2nya lembu punya susu sapi dapat nama. hahahahahh

Soalan ketiga: venice mmg terkenal di kalangan tourist terutamanya dtg dgn tujuan untuk honeymoon. Aku da dua kali aku pi Venice tp percayakah anda bahawasanya aku tak pernah naik lagi bendalah 'Gondola' tu. huhuhuhuhu. Ramai betul yang nak dtg Venice rupanya yek. =)
Naples pula tempat yang paling terkenal dengan mafia. Kat situ tak banyak sgt tempat menarik. Lgpun tak payah la nak bahayakan diri. Jom pi tempat lain. Kat Florence pulak banyak tempat2 bersejarah seperti Rome manakala Milan tak payah cakap la kan mmg terkenal dengan dunia fesyen.

Soalan keempat : Ramai yang memilih musim bunga untuk melawat italy. Bagus, sebab musim bunga cuaca tak panas dan tak sejuk. Amat nyaman sekali. Tp ada jugak yang nak dtg masa musim panas tu. Apa kata tak payah bab musim panas kat sini lebih panas dr Msia. Kalau nak berjimat pula, datang Italy masa musim sejuk sebelum Krismas. Masa ni mmg semua hotel ada diskaun sebab bukan peak period. Boleh gak bershopping bab masa ni ada sales musim sejuk. =)



Soalan kelima : Terima kasih pada semua yang berpendapat blog aku ni sangat menarik. Pada yang kata berusaha tambah cerita baru tu aku akan cuba cerita kisah2 yang lain. Maybe korang boring kot aku asyik citer pasal kebun aku kat belakang rumah tu yek. =)

posted under , |

16 critics say:

Cik N said...

mmg la menarik bile org malaysia bercerita psl life kat negara org dlm bahasa melayu. keep it up kak. tak dpt pegi dpt tgk gambar pun oryte gak (^_^)V

LiLa said...

Janganlah terasa bab kebun belakang rumah tu :D cuba izan buat vote pasal entry apa yg diaorg suka kat blog izan ni. I'm sure, semua suka ttg places kat Italy sebab mostly yg baca are m'sian. Entry Izan dgn gladiator kat coloseum ke, mesti diaorg suka...I miss roma! Love read ur blog!

bspotgurl said...

Izan, kalau I jadi gi sane, U jadi tour guide ek...boleh tak ni?

nurhareza said...

ha?? nape aku tak perasan pun?

Dee said...

aku suka je izan ko citer apa pun..pd aku sgt menarik n berbeza dgn apa yg ada di malaysia ni..lebih baik ko citer psl berkebun yg real2 tu dari berkebun kt fb..hahaha..

sukahati said...

aku suke jer ko citer psl tanamaan2 ko tuh :p

POSH76 said...

bessnyer ko tinggal kat oberseas...best lagi ko tak lupa asal usul ko...cayalah susah nak cari citizen cam ko ni...hhee

Erin Rashid said...

aku suka per blog ko
cuma tak sempat nk tinggal komen utk setiap entry ko
sdgkan aku pon tak sempat nk update blog aku slalu
syabas!! blog ko mmg best!

Sz said...

btol2 spt Cik N kata...tak ramai orang melayu yg nak ber"blog" dlm bahasa ibunda terutama bila menetap di negara orang...tahniah izan! :)

~mama|sarah|syimir~

lily lotus said...

ko mmg sgt layak jadi duta pelancongan malaysia-italy laa beb..hehe

CikMin said...

tak dpt kubayangkan dtg masa tgh winter...masa autumm pun dah gegel satu badan...huhuhu...sopin depan pendiang api jek la jwbnya kan..

rasp said...

i looovee ur blog...
not only dpt knowing u as a fwen tapi dapat gak merasa angan2 dok kat obersea hehehehe

:: p R i n c E s S _ N :: said...

uhuu..N suke blog akak...sbb tgk life kt tmpt org..italy plak tuh...

salha said...

Nice blog u have here...i dah follow u...follow me too..hihi...so that i boleh bace your blog everyday...

~ujicham~ said...

saya paling suka citer pasal kebun tu la... huhu... menarik sgt.

Emynz said...

Hi, agak² kalo lawat italy time
winter , tempat mane yg paling best nak pegi? heheh..

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month