beraya di perantauan

Selamat Hari Raya... Semua org da lama letak gambar raya. Aku baru jer nak letak. Malas plak nak update blog ni pas raya. Bukan sebab sibuk beraya, cumanya tak banyak gambar raya tahun ni. Maklumla beraya di perantauan ni tak la semeriah beraya di kampung halaman.

Merujuk kepada entry yang lepas, aku wat 2 jenis kuih jer. Planning nak wat kuih makmur ngan kuih cornflakes. Tp malas punya pasal, 2 jenis pun dah ler kan. Hahahahha. Ni lah almond london aku yang sudah siap dicelup coklat... =)


Alkisahnya, hari raya pertama kitorang pergi beraya di rumah seorang rakyat malaysia yang juga berkahwin dengan org italy. Da lama dia dok Italy ni. Hampir 10 tahun. Kak Zila namanya. First time kitorang pergi rumah Kak Zila ni.

Jauh gak rumah dia dari rumah kitorang. Dari Rome ke Foggia hampir 350km. Nak beraya punya pasal kan. Kul 8 pagi da bertolak untuk pergi ke rumah Kak Zila. Lagipun bukan ramai rakyat Msia kat Italy ni. Nak tak nak kene la merantau skit kalau nak cari orang Msia kat sini. Inilah dianya Kak Zila... Ibu kepada 2 org anak.

Sampai rumah Kak Zila da pukul 1 tengahari. Lambat kitorang sampai. Hujan lebat masa raya aritu. Sampai2 jer rumah Kak Zila terus duduk makan. Semua org da kebulur tunggu kitorang. Macam ramai jer yang menunggu kitorang.

Actually tak ramai pun kitorang beraya. Kak Zila and family dan Aina seorang architecture student dari Malaysia yang berada di Venice yang sanggup turun hingga ke Foggia untuk beraya bersama ngan kitorang.


Menu di pagi raya : Nasi briyani, daging kurma, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, serunding daging dan kuih2 raya serta kek coklat. Gambar tak de. Da lapar sgt. Tak sempat nak ambil gambar. Tak tdo Kak Zila ngan Aina nak masak untuk pagi raya. Aku datang makan jer. =)


Kuih raya kitorang. Kuih bahulu ngan kuih semprit tu Kak Zila buat.

Ok, pas abis makan keje kitorang asyik bergambar jer... hahaha... Mirko pun da naik fedup nak tangkap gambar kitorang =)






Lastly sebelum balik tangkap gambar beramai2. Anak lelaki Kak Zila time ni da tdo. Da penat. Bukan kata budak2 jer yang penat. Orang dewasa pun penat =)


Dalam perjalanan balik dari rumah Kak Zila. Hujan sangat lebat. Masa tengahari tu da berhenti pastu sambung hujan balik... Terpaksa balik on the same day bab besoknya nak kene attend open house kat Embassy.

posted under , |

9 critics say:

bspotgurl said...

salam aidilfitri buat izan & mirko, semoga sihat selalu :)

Mrs.Sheikh said...

izann..... mazola tuu ermm.. tak tahannn...
nape nampak mirko cam gemuks sikit :P ehhh berisii..... hahhhahaa..

La mommy said...

salam kak izan, selamat hari gaya.. tak kenal dan tak pernah buat salah so tak ble nak mintak maaf zahir dan batin hehehee.

kita telan air liur tengok kuih raya awakkk

Tny said...

Slamat Hari Raya Izan :)
Wow!!! Kelasss.. mkanan mcm2 w/pun tak ramai yg celeb8 ngn korang kt situ... yg penting memasing happy kan =)

Gieyana said...

Selamat Hari Raya Izan..walaupon kejauhan dpt gk ko makan menu2 Mesia kan...sanggup uols redah hujan yg lebat tue utk ke rumah kwn...I loikee!

:: p R i n c E s S _ N :: said...

slamat ari raya sis...almond choc cookies tu mngancam choc die woo...

Delimasari said...

selamat hari raya IZAN dan keluarga

lily lotus said...

cantik kain songket ko...

SJB said...

Lebatnya hujan.

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month