periuk nasi dari malaysia
Pagi2 sabtu kita ke Sheraton Roma. Apakah tujuan aku ke sini? Bukan aku ngan Mirko yang check-in hotel ni tp orang lain... Siapa kah dia??
Ahha...... Inilah tujuan aku ke sini... Berjumpa dengan Hana. Rakan blogger dari msia yang dtg bercuti ke sini. Dia cuti pun kejap sahaja kat sini. Korang ingt kan aku ada buat entry pasal Hana. Sesiapa yang nak order barang dari italy. Tp skang ni dah terlambat la kalau korang tak order lagi sebabnya dia da balik Msia da pun. Hahahaha...
Ini kira first time aku berjumpa dengan rakan blogger selama aku menceburkan diri dari dunia blog ni sejak 2 tahun yang lepas. Aku tak pernah jumpa ngan rakan2 blogger yang lain. Tu la kan. Dok jauh sgt. Hanya mengenali korang melalui cerita2 korang dalam blog sahaja. =)
Jumpa ngan Hana pun kejap sahaja. Da ada bas yang menunggu di depan hotel mereka untuk bertolak ke bandar. Memandangkan mereka bercuti hanya 2 hari di Rome, aku tak nak kacau planning diorang. Panjang umur, murah rezeki boleh jumpa lagi... =)
Jumpa ngan Hana pun kejap sahaja. Da ada bas yang menunggu di depan hotel mereka untuk bertolak ke bandar. Memandangkan mereka bercuti hanya 2 hari di Rome, aku tak nak kacau planning diorang. Panjang umur, murah rezeki boleh jumpa lagi... =)
Aku sempat la jugak memesan ngan Hana periuk nasi dari Msia. Menyusahkan Hana pada perjumpaan yang pertama. Terpaksa... Kat sini tak de periuk nasi yang comel camni. Periuk nasi pada 2, 3 tahun yang lepas sangat la tidak dikenali di bumi italy ni. Sekarang ni da boleh ditemui di kedai alat elektrik tetapi tidak ada banyak pilihan. Cuma 1 brand dan 1 saiz sahaja. Bukan macam kat Msia, macam2 ada... =)
To hana : thanks again to you and your husband, tolong bawakkan periuk nasi ni dari Msia. Pasni setiap kali masak nasi mesti teringat kat korang. =)
6 critics say:
how sweetnyer...pestime dapat jumpa rakan blogger ye..izan bila pulak balik mesia?
wahh...dpt jmpe blogger frm msia ekk...
sib baik ada kawan blogger nak ke sana kan...
dpt gak lahhh kirim barang plus mengeratkan silaturrahim...
sib baik ada kawan blogger nak ke sana kan...
dpt gak lahhh kirim barang plus mengeratkan silaturrahim...
waaah pattern ni pun mmg dah jarang jual kat mesia kaaan.. skang attached sekali ngan penutup tu
Salam Izan,
baru sempat baca entry ni:))
tq juga utk coklat dan keychain. coklat tu sedapp:))
InsyaAllah lain kali kita jumpa lagi. hubby kata x sempat nak bergambar ber4. mana tahu ada trip ke Rome boleh ikut lagi..boleh la Izan bawa jalan2:))
Hana
Post a Comment