vandalism @ rome

Kali ni saja nak kongsi cerita ngan korang. Ramai org yang datang ke Rome bgtau aku yang diorang agak terkejut bila pertama kali datang ke bandar Rome tgk banyak vandalism di sekitar bandar.


Ada juga yang merasa takut bila melihat keadaan sekeliling bandar Rome yang penuh dengan hasil vandalism ni. Jangan la korang takut. Sebenarnya orang Italy ni terlebih kreatif. Tak tau kat mana nak tunjukkan bakat diorang yang kreatif tu, tu yang diorang conteng habis semua bangunan. Tp bukan setakat bangunan, train, metro, jejantas. Habis menjadi mangsa contengan diorang.


Tahun lepas kerajaan telah bersihkan semua hasil2 contengan di banyak bangunan dan juga keretapi italia. Tapi tak lama lepas tu ada balik tangan2 yang gatal mula menconteng. Teruk betul diorang ni. Kepada sesiapa yang pernah dtg ke Italy mesti korang perasan gegala yang kurang sihat ni kan.

Kadang2 tu diorang conteng bangunan atau dinding dengan menulis nama atau nickname diorang. Boleh nampak nickname yang sama di merata2 tempat. Mirko kata diorang tanda kawasan jajahan mereka. Ntah la betul ke tidak kan.

Ada sesetengah tu plak siap tulis kata2 cinta la, sayang la untuk awek masing2. Tak de cara lain gamaknya nak bgtau kat awek diorang. Nak jugak menconteng. Sabo jer la..... Itu la dia namanya orang Italy =)

posted under , |

16 critics say:

rasp said...

suka gambar bayang2 last tu :)

CathJ said...

sedih lah mcm tu... tempat cantik jadi tempat contengan...

~ AppLe BLosSoM ~ said...

bebayang ko ke tue izan???...

lily lotus said...

bkn kat italy jer. aku rasa mmg penyakit semua negaralah.

Nora Isma Fuad said...

hai izan.. setuju dengan Lily.. ini penyakit jiwa.. semua negara ada!

zaihaslinda :) said...

setuju dgn lily...ni penyakit ni kat mana2 pon ada... kat sekolah lagi banyak dei....

Anonymous said...

org kate la ek bkn aku kate....org mcm nie biasenyer die ade masalah mental...entah le aku pun xpasti tp mcm ye je kan...mungkin die xtau nak bezakan kertas ngan dinding kot...hehehehe
ZUE

Izan said...

RASP -
bambar tu actually gambo lama... =)

CATHJ -
betul tu, bangunan2 bersejarah pun abis diorang conteng... =(

RANIA -
tau ajer bayang2 aku... mana tau??? =)

LILY -
tp kat italy tahap dia mmg melampau lampau...

Izan said...

KAK NORA -
semua negara ada org bermasalah dengan jiwa...

ZAI -
kene pasang cctv. sapa conteng dinding, kita conteng muka diorang balik. geram tol...

ZUE -
mmg ada masalah mental tu. kalau tak takde la diorang menconteng tak tentu hala...

~ AppLe BLosSoM ~ said...

tgk cam tiang lampu tue tahu dah..wakakaka...

Izan said...

RANIA -
kuang asam ko nadia... =)

~ AppLe BLosSoM ~ said...

hahaha...ok ape tiang lampu daripada papan playwud..;p

Izan said...

RANIA -
weh, skang da tak tiang lampu lagi da weh. hahahaha...

~ AppLe BLosSoM ~ said...

ek??? skrg nie dh jadi tiang ape...tiang seri ker???hehehehe...

sw33tdarling said...

yg tulis tu gamaknya syiok sendiri jer... kekekeke

Hana said...

betul kan Izan,
yg Hana nampak kat Rome mmg agak melampau compare dengan negara2 lain yg dah pergi. mmg bykk betul.habis semua nak diconteng..

Hana

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month