jom kacau Eva
Lama tak kacau Eva kan? Buat sesiapa yang tak tahu Eva ni kucing my mum in law. Semalam makan malam kat rumah my mum in law sebab aku malas nak masak =) Balik kerja da tak mampu nak masuk dapur. Huhuhuhuh
Kalau kat Msia senang jer kan singgah kedai beli lauk ke, balik rumah masak nasi jer da siap. Kat sini mana nak cari weh. Da ler kat Italy ni tidak diamalkan konsep take away. Setakat pizza take away tu ada la. Tapi kalau nak cari spaghetti take away ker mintak maap la kan.
Selepas makan aku mula kacau Eva yang sedang beristirehat atas sofa. Muncung mulut aku tunjuk kat Mirko suruh dia tgk Eva kat mana dan apa dia tgk buat. Wah, best giller dia dok tgh relax atas sofa tu....
Cuba tgk, besar giller Eva ni kan. Berat weh. Aku nak pegang lama2 pun tak larat. Dia pun da mula rimas dan mula mengelupur nak cabut lari. Sebelum cabut lari sempat dia cakar tangan my mum in law masa mak mertua aku nak ambil Eva. Sib baik dia tak cakar aku. Huhuhuhuh
9 critics say:
masyaAllah sihat walafit sungguh eva tu ya...
memang besar eva dari u sis hahahahaha
putih gebu eva ni.. kucing umah aku plak hitam pekat.. kalau camtum dua2 ni mesti jadi kelabu asap.. hahaha
uiiiiiii...besaqnya kucing itali
eeee comei sgt ...geram tengok...kalau mr poposh tengok suka ni hehe
kusss semangat si eva ni weiii! buat peluk masa tidur sedap ni :D
bantal peluk ni..........
beb, mmg dah lama tak citer pasal eva
aku dh la suka kucing MIL ko tu
seb baik panjang umur dia lagi
sukeeeeee..!
agak eh baka kucing kat obersis sumer beso2 kot eh? dulu time aku pi london pon, jumpa kusing beso cam eva nih gak la...geram btoi!
wowww besar, xlarat nk angkatnye
Post a Comment