Kota Pompei, Naples

Last weekend kitorang ke Kota Pompei di Naples @ Napoli. Kitorang bukan pergi berdua sahaja. Kitorang berempat. Bertolak dari rumah kul 8 pagi. Perjalanan dari Rome ngan kereta mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Tiket Euro 11 untuk org dewasa. Kanak2 separuh harga.


Bersedia untuk memulakan perjalanan. Nasib kami baik. Hari Ahad lepas cuaca sangat baik. Cerah, agak panas namun angin yang bertiup segar nyaman. Manakala kat Rome pulak mendung dan hujan.

Jom lihat pemandangan sekitar Kota Pompei ni.







Mesti ramai yang tahu sejarah Kota Pompei ni. Kota Pompei telah dimusnahkan akibat letupan Gunung Berapi Vesuvius @ Vesuvio.

Untuk menambahkan pengetahuan korang sila baca kat website ni. Aku nak bercerita pun tak berapa nak reti.

Ha... Nampak tak gunung berapi tu. Sungguh dekat sekali. Da ler dekat, besar lak tu. Untuk pengetahuan korang gunung berapi tersebut masih lagi aktif.


Selain dari Gunung Berapi Vesuvio ini terdapat lagi 2 gunung berapi yang masih aktif di Italy iaitu Etna dan Stromboli. Giller banyak gunung berapi kat Italy weh....



Disepanjang2 jalan dalam gambar di atas, banyak sgt jumpa belanga seperti gambar kat bawah ni. Menurut sumber2 dari kawan kitorang, belanga ni tempat orang2 Pompei simpan wine. Betul ke tak aku pun kurang pasti. Mungkin ya kot sebabnya kat dalam kawasan Kota ni terdapat banyak tanaman pokok anggur.






Salah satu fenomena akibat letusan gunung berapi ni 2ribu tahun yang lepas. Aku tak tangkap banyak gambar kat mayat2 ni sebab takut... Takut kang malam tak leh tdo.... Huhuhuhuhuh

Pompei ni mmg terkenal dengan cuacanya yang panas. Tanyala semua orang yang pernah ke Pompei. Mesti diorang akan jawab, Pompei sangat panas... Agaknya kesan dari letupan gunung berapi ni kot.


Masing2 da penat. Besar sungguh Kota Pompei ni. Tak terlarat nak pusing setiap pelusuk. Kalau sesapa nak dtg sila pastikan anda memakai kasut sukan ok.


Da penat sangat dan perut pun da lapar. Singgah tempat teduh untuk berehat sebentar.

Kitorang makan biskut jer dulu sambil menikmati pemandangan Kota Pompei ni berlatar belakangkan Gunung Berapi yang telah memusnahkan sejarah kota tersebut.

Kitorang bawak bekal sebenarnya. Tapi bekal kat dalam kereta. Lepas da lepaskan lelah terus pecut ke tempat parking kereta. Kebulur giller time tu.

Sekian saja dari kami. Next trip kami planning nak mengembara ke Gunung Berapi Vesuvio tu. Kalau jadi pergi akan aku cerita kat blog ni.

13 critics say:

Lieya said...

Cantekk dan bersejarahhhh tempat nie... mesti best kalau dapat pegi sane. Tp Izan x takut ke time ke situ, dah kate gunung berapinya masih aktif. Hu hu... ngeri ngeri... Mayat2 yg ade tu mmg mayat asal ehh???

NenekPenne said...

i tau pasal kisah pompeii ni...
hari tu ada tayang kat ASTRO

kota ni tertimbus dalam tanah until one day ada orang discovered. kota pompeii ni pelacuran dijalankan secara berleluasan dan terbuka... samada orang tu gay atau tak gay..

satu malam atau subuh kot, gunung berapi meletup dan orang2 tak sempat nak lari ...tu yang ada mayat kat situ ..

i memang suka citer pasal pompeii ni...

3 jam perjalanan? mcm dari KL ke JB laa tu ...

Delimasari said...

ada yg aktif = xtakut ke meletus nnti

sW33tdARLiNG said...

mak aiii... nampak cam panas terik jer.. kalau kat mesia, dah lama terbakar kulit

lily lotus said...

biar betik mayat bergelimpangan gitu? posing baik punya.

Azura Iznil said...

ooooohhh...been there n done that...tehehe. tempat ni zaman dulu2 mesti meriah gila kan?

Izan said...

LIEYA -
tu la sebenarnya takut jugak kot2 gunung tu meletup kan. Tapi rasanya da beratus2 tahun tak meletup gunung ni.

Mayat tu mmg mayat betul. Bayangkan mayat tu berusia 2 ribu tahun.

NENEKPENNE -
Tempat ni mmg banyak sejarah. Kepada sesiapa yang tahu sejarah kat sini sahaja akan paham tempat ni.

DELIMASARI -
aktif tapi da lama tak meletus. tu yang takut tu. huhuhuhuhu

SWEETDARLING
bukan nampak panas. mmg panas pun.

Izan said...

LILY -
Bencana gunung berapi berlaku pada waktu malam ketika semua mereka tgh nyeyak tido. Kalau tgk betul2 mayat2 tu semua dalam posing yang tengah tdo. Ramai mayat kanak2.

AZURA IZNIL -
Tu la kan. Terbayang2 jugak camanala kehidupan diorang zaman dolu2. Bangunan semuanya cantik2. Cam best jer.. =)

rasp said...

wahhhh memang nampak sungguh bersejarah tempat nie...
oooo i bab2 tengok mayat2 nie mmg scary movie skit lah sis...

Izan said...

RASP -
Mmg bersejarah tempat ni. Kalau org banyak ilmu sejarah mungkin akan lebih menghargai tempat ni.

RaNiA said...

pasal tempat yg ko pergi tue takmo tanya la...nak tanya..sapa dia orang2 yg pergi ngan ko tue??...hehehe...

Izan said...

RANIA -
yang laki tu kawan laki aku. pompuan tu wife dia. so kiranya merangkap kawan aku la jugak. =)

Anonymous said...

hi,

tgh duk cari info psal pompeii terjumpa ur blog. nice blog.

plan nak pg rome next year. teringin gak nak g pompeii.kalau naik train dari rome smpai pompeii agak2 berapa lama yea. half day kat pompei dah ckp kan? ke kena spend 1 day bru leh cover suma.

-xianna-

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month