awas... zon panas

Masih ingat lagi heater yang aku katakan aritu. At last kami da beli dan da siap pasang....

Tempat kejadian sebelum kerja2 dimulakan. Jenuh gak nak kosongkan kawasan tu. Last2 berselerak satu dapur. Sebabnya kat kawasan tu ada TV dan juga kabinet untuk periuk belanga. Disebabkan nak letak heater kat situ so terpaksa ubah kabinet dr situ. Seminggu tak leh nak masak bab dapur berselerak. Kerja2 memasang heater pulak tertangguh disebabkan cuaca yang buruk dan hujan.


Apa kene mengena nak pasang heater dengan hujan??? Bila hujan tak leh la nak wat lubang kat bumbung rumah untuk saluran serombong asap. =)

Lihatla hasilnya setelah siap pasang dan api dah boleh dinyalakan. Kat sebelah heater tu kami beli accessories untuk masukkan kayu dalam heater dan juga untuk bersihkan heater ni bila da penuh abu kat dalamnya.

Dalam bakul ni, kami letak kayu2 api yang diperlukan. Dalam bakul tu juga ada alat untuk menyalakan api dengan lebih kuat. Kalau dulu2 nak bg api kuat kene tiup kan. Skang ni zaman dah moden. Bila api da ala2 nak padam, pam alat tu, dia akan keluarkan angin dan api akan mula menyala. =)


Perasan tak kat bahagian atas tu ada bulatan. Bulatan tu boleh diangkat dan boleh letak kuali di atasnya untuk memasak. Setakat ni tak pernah buat lagi. Kalau aku nak panaskan lauk just letak jer kat atas tu. Bagus kan???

posted under |

17 critics say:

eya said...

mahal ke mende ni izan?

.: mama cute :. said...

sangat santek dan somel dan menarik dan tertarik daku melihatnya.. bertambah somel bila boleh panaskan lauk atas menda alah tu..hehe.. samat berheater la yer.. tahniah2!! caiyoookkk caiyookkkkk

ann@waida said...

waaaa..bestnye leh msk kat atas 2..hee..suke2..sng la klu cm 2 kan kak izan^^..

:: p R i n c E s S _ N :: said...

ok...sgtt bebaloi..heater & at da same time jadi dapur...

SJB said...

Where did u buy this? and how much?, my husband love to buy one of this.

Umi said...

izan...kalu la mesia ni ade snow..harus mintak hang poskan sebijik heater tu..thehehe..kiut comey gitu..

Dee said...

menarik betul..2 in 1 ni..

Delimasari said...

senang juga utk memanas atas tu erkkk..

sukahati said...

rumah ko takder tempat yang bleh buh kaya nak panasksan badan tuh ek?? yang ader chimney kat atas rumah tuh?? yang selalu citer omputeh gantung stokin time krismas :p

@xiM said...

sejuk sangat ekk kat sana akak?

rasp said...

serba serbi kegunaannya...
i suka betul heater cenggini...
classic beb!

~Iza~ said...

izan, i wish my house pun leh pasang heater cam ni..tapi kan agak2 org kat rumah atas ni pengsan tak sbb habis semua asap masuk umah dia? kikikiki..

umah aku heater centralized..tak syok sebab tak leh nak adjust dia punyer heat..ada pun mcm tak de jer..huhuhuhu..

POSH76 said...

best gak mendi nikan...dah mcm dapur gas...hehe

Ms AiReEn MoHd said...

bikin gempak jer title ko kan...zon panas ..aku ala alal lorong aji taib kan..wkakakaka

Ms AiReEn MoHd said...

jap kayu oh kayu tu tuk pembakaran ni ker babe...woo aku ni teringin gak...kang kalau aku sura kan mau makaku suh bako sampah depan umah...na berunggun la ko depan tu nak sangat tiru omputih kate mak aku kang

kak Scha said...

Lawaaaaaaaaaa so unique and nampak antique gitu. Suke lah :)

sWeEtdARLinG said...

kalau ada budak2, bahaya tak izan..? kut laa depa berlari2 terlanggar heater panas ni

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month