mari berorkestra

Kali pertama mencatat sejarah setelah hampir 20 hari tak update blog. Tak pernah2 mengabaikan blog sebelum ni. Paling lama pun seminggu. Ramai yang berteka teki mengatakan aku berbadan dua. Tekaan korang tu semuanya salah belaka. Hahahahahhaa....

Sebenarnya aku banyak commitment keluarga akhir2 ni. Tak sempat nak mengadap blog. Laptop aku ni pun tak berusik hampir 2 minggu. Keje kat office plak berlambak2. Bila balik keje da penat. Tambah lak musim panas cenggini, aku kerap kene migrain. huhuhuhuhu. Macam2... =)


Aku nak bercerita bulan lepas punya kisah ni. Bulan lepas kawan Mirko ada buat persembahan orkestra di bandar Rome. Kawan Mirko ni ahli musik klasik. =) Masa kitorang sampai tu orang da ramai. Tp konsert masih belum bermula lagi.

Tgk la orang punya la ramai. Kitorang kat belakang sekali. Terpaksa la mencelah2. Tak lama pas tu kitorang da tak larat nak berdiri. Siapa dtg awal ada la kerusi kat depan tu. Yang lambat semua kene berdiri. Huh.... Da malas nak tgk konsert kitorang pun pusing la sekeliling kawasan kat belakang bangunan kat atas ni sementara tunggu kawan Mirko abis konsert.
Konsert orkestra ni dibuat di kawasan Campidoglio. Selama aku kat Rome ni, ni la first time aku dtg sini. Hahahahha. Hampeh tak? Dari belakang Campidoglio ni boleh lihat tinggalan2 sejarah dan runtuhan2 bangunan2 lama di bandar Rome. Tinggalan2 sejarah ni kalau dilihat dari dekat sungguh menakjubkan. Bayangkan tinggalan2 ni berusia hampir 2 ribu tahun. Setengah tiang yang tinggal masih lagi kukuh berdiri. Dasyat kan?
Kesimpulannya aku sungguh terpegun melihat pemandangan di sini. =)

posted under , |

15 critics say:

Dee said...

rome..hmm..bilalah nk smpi sini..i suka history n bangunan2 yg cantik2 mcm ni..

:: p R i n c E s S _ N :: said...

canteknyerr rome ni kan kak...

rasp said...

cantik la tempat nie sis...
very historical gitu...

Hana' Yusuff said...

hi izan..
lama dah tak dgr khabar..sihat?

eh,i saje nak tanya.masa konsert ni dlm hari selasa ke rabu kalau tak silap?ye ke?sbb masa i gi town ptg..nampak ada ramai org mcm ada konsert.lalu kat tepi luar bgnan je.

skrg suhu dah berapa?i dah teringat2 kat rome ni.hehe..cuma time panas je yg tak tahan.. Msia pun panas gak.
eh.i minta izin link kat ur blog ye

lily lotus said...

sedangkan aku yg tgk kat pic ni jer pun kagum..inikan pulak kau yg tgk live..hebat beb :D

Izan said...

DEE -
tak per Dee, nnt izan tangkap gambar banyak2 untuk Dee yer.

PRINCESS N -
N, bila nk honeymoon kat sini plak.

RASP -
Semua pelusuk rome penuh dengan sejarah. =)

HANA YUSUFF -
Rasanya hari Selasa kot kalau tak silap. Skang ni sangat panas. Suhu smpi mencecah 40 darjah. Giller...

LILY LOTUS -
Lily, bila ko nak bawak hero2 ko tu dtg sini???

Delimasari said...

mmg cantiknya
bla nak smpai sana!!!!!!!
tgk gambar je le

Cath J said...

wow..amazing place..

Orchid said...

perhhh..chantekknyeee tempat nih..bila la aku nk sampai sini gamaknya yeaa..huhuhu tgok gambar2 jer la ;)

mok said...

ku da smpai ari sni ari tuh... panas gile skrg ni...
tempat ni namanye roman forum kot..
jalan depan skit...jumpa colloseum..
Rome mmg best..

http://www.facebook.com/album.php?aid=67046&id=1376633754&comments&ref=notif&notif_t=photo_album_comment

add mukriess ramley

Nora Fuad said...

nice place.. Rome another Kota Cinta..

Ticer Syah said...

thanks for the picca sweety :) tak dapat pi..dpt nengok pon jadi lar.. hahaha

SJB said...

Bila lah nak pigi Rome ni huhu. Betul lah, cantik pemandangan.

Delimasari said...

bila le nk smpai sanan = dlm mimpi

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Ermmmm... Rasanya pernah sampai kat sini... Dekat ngan Colosseum kan, Izan??? Huurrrmmmm... Ntah bila lagi la dpt jejak kaki kat bumi Rome nie... Huk!!! Huk!!! Huk!!! ::.

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month