rambut dan buah berangan
Apakah kaitannya buah berangan dengan rambut??? Alkisahnya dua tiga minggu ni rambut aku banyak gugur. Aku pun konpius awatla banyak sgt rambut gugur ni. Tak pernah pun jadi cenggini. Salah pakai shampoo ker???
Tanya kat Mirko perasan tak rambut aku banyak gugur akhir2 ni. Dia kata mmg dia perasan. Kat lantai kat toilet banyak rambut berguguran. Tp Mirko kata sekarang ni musim buah berangan jatuh. Oleh yang demikian adalah normal sekiranya rambut gugur.
Tanya kat Mirko perasan tak rambut aku banyak gugur akhir2 ni. Dia kata mmg dia perasan. Kat lantai kat toilet banyak rambut berguguran. Tp Mirko kata sekarang ni musim buah berangan jatuh. Oleh yang demikian adalah normal sekiranya rambut gugur.
Terkejut aku dengar penjelasan Mirko. Yeke??? Dia kata kalau tak percaya tanya kat mak dia. Esoknya aku pun tanya la kat mak mertuaku. =) Mmg betul pun. Bila tibanya musim buah berangan luruh, rambut akan gugur. Tambah lak skang ni musim luruh. Daun2 berguguran. Rambut pun berguguran jugak. Huhuhuhuh.
Dengan penuh rasa tanda tanya, aku pun pi la kat depan rumah my sister in law. Kat depan rumah dia ada pokok buah berangan. Mmg betul pun. Banyak giller buah berangan jatuh. Bertaburan di atas tanah. Tapi bagus gak. Pasni dapat makan buah berangan bakar. Sedapnya.... =)
Setelah mencari maklumat di internet, ramai yang mengatakan musim buah berangan luruh, rambut pun banyak luruh. Tp kebanyakan aku baca kat website italy. Hahahaha. Tak tau la pulak pendapat2 negara lain camana kan. =)
Setelah mencari maklumat di internet, ramai yang mengatakan musim buah berangan luruh, rambut pun banyak luruh. Tp kebanyakan aku baca kat website italy. Hahahaha. Tak tau la pulak pendapat2 negara lain camana kan. =)
12 critics say:
logik ka....hehe
erkkk!!
I pun first time dengar mcm ni, izan..ermm.. taktau nak komen ape ah :) hehhe
Alamakkkk sedapnye buah berangan. Dpt yg baru gugur mesti lg bestkan... kat M'sia, harga buah berangan goreng mahal tuuuu...
rambut saye sepanjang mase pun banyak gugur ni kire camne plak akak?? takkan ikut buah berangan jugak?? hehehe...
sis tu yg bulu2 tu buah berangan yg ori ke? 1st time tgk...
oooo patut rambut i pun gugur gak heheheheehe
bestnya buah beragan... tiba2 aku rasa nak pi cari buah berangan bakar kat Petaling Street....
Funny fact tapi interesting... :D
POSH76 -
mcm tak logik tp mmg benar pun. sungguh misteri.... =)
BSPOTGURL -
tu la kan... terkedu sekejap. =)
LIEYA -
Kat sini pun agak mahal buah berangan ni. Kalau dapat cari yang murah mesti tak berapa sedap sgt rasa dia..
CIK AGOGO -
kalau gugur secara berterusan kene cari jalan penyelesaiannya...
RASP -
sis, yang berbulu2 tu kulit buah berangan. Kene hati2 nak kutip buah berangan ni sebenarnya. Tajam bulu tu =)
SWEETDARLING -
dan dan pi cari buah berangan... bau berangan bakar dari jauh da boleh tau... =)
CATHJ -
yes, that's true =)
weh izan, rambut aku pon asik gugur je skang ni....ade kaitan ngan gugurnye buah berangan ke?????? pelik haku hahaha
wow... nasib baik ada gambar di sini, tak tahu pun buah berangan macam tu.. ada kulit dan banyak rerambut. di sini dapat tengok biji berangan je (yang kulit keras di dalamnya)
izan, 1st time tgk gambar buah berangan ni... tp mmg la sedap makan panas2..:)) nyummy..
Post a Comment