sehening malam, tebal berkabus

Hari minggu (Ahad) mendung sepanjang hari dan hujan tak berhenti2. Mmg tak de mood nak ke mana2. Mungkin juga suhu yang sejuk menusuk hingga ke tulang. Aku menghabiskan petang aku dengan membaca novel Cinta Si Kunang2 yang baru aku terima dr Kak Nora minggu lepas.

Buat masa ni masih belum habis membaca lagi. Petang semalam tak berhenti2 menangis smbil membaca. Akhirnya terpaksa berhenti membaca sebab tak mahu masuk kerja hari Isnin dengan mata yang bengkak. =)

Malamnya plak Mirko ajak makan luar sebab sepanjang hari kitorang berada di rumah. Hujan da mula berhenti, cuma renyai2 sahaja... Sebaik keluar rumah, kabus sungguh tebal sekali. Tetiba terasa mcm dalam cerita seram la plak kan. Huuhuhuhuh... Da la kereta pun tak banyak. Rasa2nya mungkin orang2 lain pun lebih memilih untuk tidak keluar dari rumah atas alasan cuaca yang tak berapa nak best =)

Dalam gambar cam tak banyak jer kabus. Tp malam tu kabus mmg tebal sungguh .

posted under |

8 critics say:

sw33tdarling said...

sbb baca novel, ayat ko pun dah jadi macam novel... hehehehe

Nora Isma Fuad said...

Hi izan. Teruk betul nampaknya cuaca tu. Di malaysia pun, KL dan pj, hari2 hujan. Kadangkala guruh, petir sabung menyabung. Pun begitu, tetap bersyukur.. di sini tiada Tsunami dan kerosakan harta benda dan jiwa.

nqr said...

sini pun ada dah hujan sikit2.. tapi hujan hujan manja laaa.. :)

Dee said...

izan..lepas ni beli buku Tun M, A Doctor in the House..tgh hangat..lgpun mirko leh tumpang baca..

Azurah Abd.Aziz said...

merata skrg cuaca tak berapa nak elok.

rasp said...

kalo kat kl nie jadi gitu bukan sebab kabus tapi jerebu huhuhuhu...

Erin Rashid said...

aku baru nak cakap juga. terasa ayat kau macam novel plak yg aku baca. hihihihi

Delimasari said...

sejuk - best dok umah

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month