easter with my family

Berhenti kejap bercerita kisah kami di Alessandria. Kenapa la aku ni malas nak update blog ha....

Oklah, nak bgtau korang hari Ahad 24 April merupakan Perayaan Easter kat Italy. Setiap kali Perayaan ini perkara wajib adalah bersarapan bersama keluarga mertua aku.

Pepagi buta, tak de la buta sgt pun gi la umah keluarga mertua aku yang jauh sekangkang kera. Sebaik tiba semuanya da siap terhidang.

Bila menjelmanya Easter, selalu dikaitkan dengan telur. Aku pun tak berapa nak tahu sejarah atau kaitannya telur ayam ngan Easter ni =)

Oleh yang demikian, sarapan pagi Easter adalah telur rebus. Pepagi buta makan telur rebus aku cam tak berapa nak lalu la plak. Lain la kalau ada nasik lemak kan. Laju la skit aku makan. Hahahahahah...

Selain dari itu hidangan yang wajib ada adalah kek span bersama hot chocolate. Cicah la kek span ni bersama hot chocolate sambil makan telur rebus. Pelik tak weh. Pelik kan? Hentam jer la....

Apa yang menariknya semasa Perayaan Easter ni adalah coklat. Semasa perayaan ni selalunya hadiah coklat berbentuk telur akan diberikan kepada kanak2. Memandangkan aku pun masih dalam golongan kanak2, aku pun tak terlepas dari terima coklat dari keluarga mertua aku dan adik ipar aku pada ari Ahad aritu.

Yang bestnya tu tahun ni aku dapat semua coklat Lindt. Giller seronok..... Stok coklat aku cukup hingga tahun depan. hahahahahahah

Coklat berbentuk telur yang paling besar tu adalah pemberian keluarga mertua aku, coklat berbentuk arnab dan kotak Lindt merah tu pemberian adik ipar aku dan yang last sekali tu pemberian dari tempat kerja aku.

p/s: kepada sesiapa yang masih belum mencuba coklat ni sila cuba, sedap giller. =)

posted under , |

5 critics say:

Erin Rashid said...

hai, seronoknye ada Family In Law bangsa asing ni
leh selami budaya mereka kan..
takpe izan, alah bisa tegal biasa..
lama2 nnt okeh la tu..
:)

rasp said...

sweet tul deco2 ur MIL nie...
bestnya dpt ceklat2 tu...

RaNiA said...

nak suruh cuba..sila hantar..;p

Anonymous said...

msti kentut asyik bau busyuk je time easter ni kan sbb mkn byk telo rebus hehehhehe...jgn mara aaa
-zue-

Delimasari said...

telur rebus ngan kicap sedap IZAN

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month