easter with my family
Berhenti kejap bercerita kisah kami di Alessandria. Kenapa la aku ni malas nak update blog ha....
Oklah, nak bgtau korang hari Ahad 24 April merupakan Perayaan Easter kat Italy. Setiap kali Perayaan ini perkara wajib adalah bersarapan bersama keluarga mertua aku.
Oklah, nak bgtau korang hari Ahad 24 April merupakan Perayaan Easter kat Italy. Setiap kali Perayaan ini perkara wajib adalah bersarapan bersama keluarga mertua aku.
Pepagi buta, tak de la buta sgt pun gi la umah keluarga mertua aku yang jauh sekangkang kera. Sebaik tiba semuanya da siap terhidang.
Bila menjelmanya Easter, selalu dikaitkan dengan telur. Aku pun tak berapa nak tahu sejarah atau kaitannya telur ayam ngan Easter ni =)
Oleh yang demikian, sarapan pagi Easter adalah telur rebus. Pepagi buta makan telur rebus aku cam tak berapa nak lalu la plak. Lain la kalau ada nasik lemak kan. Laju la skit aku makan. Hahahahahah...
Selain dari itu hidangan yang wajib ada adalah kek span bersama hot chocolate. Cicah la kek span ni bersama hot chocolate sambil makan telur rebus. Pelik tak weh. Pelik kan? Hentam jer la....
Apa yang menariknya semasa Perayaan Easter ni adalah coklat. Semasa perayaan ni selalunya hadiah coklat berbentuk telur akan diberikan kepada kanak2. Memandangkan aku pun masih dalam golongan kanak2, aku pun tak terlepas dari terima coklat dari keluarga mertua aku dan adik ipar aku pada ari Ahad aritu.
Yang bestnya tu tahun ni aku dapat semua coklat Lindt. Giller seronok..... Stok coklat aku cukup hingga tahun depan. hahahahahahah
5 critics say:
hai, seronoknye ada Family In Law bangsa asing ni
leh selami budaya mereka kan..
takpe izan, alah bisa tegal biasa..
lama2 nnt okeh la tu..
:)
sweet tul deco2 ur MIL nie...
bestnya dpt ceklat2 tu...
nak suruh cuba..sila hantar..;p
msti kentut asyik bau busyuk je time easter ni kan sbb mkn byk telo rebus hehehhehe...jgn mara aaa
-zue-
telur rebus ngan kicap sedap IZAN
Post a Comment