kebun sekangkang kera

Memandangkan musim panas sudah tiba, masa untuk bercucuk tanam juga sudah tiba... Kita dok kat negara org ni kene la pandai berdikari. Klu tidak tak dpt la nk masak makanan malaysia yg sedap2. Contohnya daun serai, daun limau purut, daun pandan, dan segala jenis daun yg digunakan dlm kebanyakan masakan melayu mana nk dpt kt sini. Jln peyelesaiannya kene lah tanam semua daun2 ni.

Ni antara pokok2 yg mak bpk aku bwk dr umah diorang aritu. Diorang kan da nk blk msia tak lama lg so semua pokok2 tu pas la kat aku. Ada pokok daun limau purut (nak masak tomyam), pokok daun kesum, pokok cili padi, pokok serai dan ada jugak pokok lidah buaya.

Ni plak biji benih yg aku beli semalam. Benih daun bawang ngan daun sup. harap2 menjadi la aku nk tanam ni. Huhuhuhuhu. Bkn penah menanam pun sblm ni. Korang kat msia pun jgn harap la nk tanam kan? Gi beli je kat pasar. Aku kat sini mana nk cari so kena la tanam. Kalau boleh jumpa kat pasar sini jgn harap jugak la aku nk tanam. Hahahahahaha....
Ni la tanah kekangkang kera belakang rumah aku yg akan aku kerjakan nnt. Kat sebelah tu ada pokok lemon. Nampak tak? Cuba tgk betul2... Ha.... Nampak tak buah lemon? Banyakkan? Ni baru satu pokok. Ada lg 2 pokok lemon yg korang tak nmpk. Sampai tak tau la nk buat apa buah tu. Kekadang byk buah jatuh busuk da tak de sapa nk kutip.
Harap2 menjadi la aku nk bercucuk tanam ni... Kalau dah selesai xtvt aku bercucuk tanam nnt aku citer lg kat korang okay??
Just wait and see what will happen to my kebun sekangkang kera....

posted under , , |

12 critics say:

fauzi said...

izan, buah lemon tuh
leh guna utk wat masakan masam2 cthnye,
tomyam, asam pedas.
erin guna perahan lemonade beli kt kedai utk buat masakan2 cmtuh.
juga tak lupe utk wat sambal kicap, sambal belacan.
juge diguna skit utk wat cheese kek. heheh
kt mesia kan perlukan perahan limau kasturi..
xdapek limau kasturi, lemonade pon jadila..asalkan mashammm..

aRa said...

Cik kak...farah kat cni dok ambik lemon aje tau...jus lemon...chicken lemon...farah suka sgt lemon...tapi kat Kuantan ni mahal la...sebijik RM1.20 tau...1 bijik je 2...klo la italy 2 dekat kan...bygkan la italy 2 mcm kat Tgnu...tetiap mgu farah p petik lemon 2...agagagaga

Izan said...

to erin - rajin jugak erin memasak yek. kat german tak de limau kasturi ke?

to farah - awatla mahai sgt lemon kat msia. import kot? so farah pun kene start tanam pokok lemon jugak la ni. hahahahah

FaRiHa said...

wah tipah beso gak kebun ko nih...huhuhuu syoknyerr eh nanti expose sikit home sweet home ko...hikhikhik

Mieza said...

kat sini lemon tu mahal tau yang...huhu

bestnya semua ko pandai tanam ya...mmg kena tanam mgkn kat sana x byk daun2 utk masakan ya..

salam kenal...mieza link blog u ya...:D mieza dpt tau blog u pun dr ARA..

sukahati said...

pehhh.....menjadi petani plak ker?? weheh, bagus2. teruskan usaha murni mu ituhh

fauzi said...

limau nipis ada le.
kasturi xjumpe lg.
rajin x rajin masak.
dh mmg itula tugas seharian ku..huk.huk..huk..
apa2 je la asalkn dibayar gaji. hehehhe

Mrs.Sheikh said...

salam ziarah...

:)
hi izann..
minta sket lemonn

Izan said...

to rieha - mm....home sweet home akan dipertimbangkan. why not

to k.mieza - salam kenal. terima kasih sudi lawat blog ni.

to som - tu la.. tak tau la jd petani yg bertauliah ke tak. hahaha

to erin - amboi! siap dpt gaji tuh. dasyat...

Izan said...

to mrs sheikh - selamat menziarah. ziarah la selalu =)

rillys said...

yuhuuuuu!!

hiksss..bestnya dpt berkebun
sekangkang kera! jgn smpi lupa
update blog tau!

*_*

Izan said...

to lily - thanks! klu tak de aral konfirm update punya.. rerajin ler singgah..

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month