answer to erin

Erin, ingat tak lg u pernah tanya kisah i kat sini. So meh sini nk citer sket. Sorry la lambat jawab pertanyaan u itu. Kekadang tu mls nk mengarang pepanjang. Hehehehhe

For your information my husband is a freelance fotografer. Freelance ni dia boleh bekerja sebagai fotografer ngan sesapa or ngan mana2 syarikat.Dia juga buat projek2 fotografi untuk diri sendiri. But at the same time my husband target satu hari dia nk mencipta nama dlm bidang fotografi dan nk bekerja kat amerika dengan national geografic. Mudah mudahan... Amin...Setakat ni banyak projek2 fotografi dia mengisahkan tentang Asia terutamanya Thailand, Malaysia ngan Singapore. Sebelum kenal ngan izan pun Mirko da pernah gi Malaysia ngan kawan dia. Kira2 4 tahun lepas.

Bila hari my husband tak keje apa lg mmg la dia ajak kuar g tangkap gambar. Dia tangkap gambar, kita pun tangkap la gambar jugak kan. So sekarang ni i pun da expert skit. Skit je la... Hahahahahah. Sementara i kat umah tak keje ni leh la gi teman. Bila da start keje nnt alamatnya dia kene pi sorang2 la yer. Heheheheh.

Mirko br je dpt projek dr sebuah syarikat. Bulan ni dan bulan depan dia akan mengadap komputer untuk menyiapkan projek itu. Waaa... alamatnya bulan dpn sume org g bercuti kita dok umah je la bb laki keje. Waaaa.... Siannya kat saya... (Seorang freelance selalunya akan bekerja dirumah dan meggunakan komputer dan peralatan sendiri) (Bulan ogos merupakan musim percutian kat Italy ni. Semua org akan pergi bercuti dan kebanyakan syarikat2 akan tutup selama 2 minggu)

Lihatla gaya2 fotografer kita ini. (Dia taktau aku letak gambar dia kat blog ni. Klu dia tau mati aku. Hahahahahaha. Sesapa jgn report yer)


Pasal i pulak wat masa ni seorang surirumahtangga sepenuh masa dan sedang menunggu tawaran kerja. Sementara kat umah ni tugas2 surirumah apa lg. Masak, masak, masak, basuh kain, sidai kain, cuci itu, cuci ini, kemas sana, kemas sini. Mesti erin pun tau kan kerja2 housewife kan.

Selain seorang housewife berperanan juga sebagai manager pada my husband la. Memberi pendapat terhadap projek2 fotografi dia. (Mcm expert je kan. Boleh la setakat nk berikan idea). Teman dia ke majlis2 fotografi atau any fotography exhibition. Teman dia gi tangkap gambar bila ujung minggu or time2 yang sesuai bila nk tangkap gambar. Pastu buat jugak kerja2 secretary. Mencatatkan semua budget2 bulanan dan juga budget2 yang digunakan setiap kali kitorang gi melancong memana. Ish banyak jugak keje i rupanya. Kene mintak naik gaji ni. Hahahahahah

posted under , , , |

7 critics say:

Erin Rashid said...

tq eh tlg citerkn psl ur hubbys jobs as well as ur additional jobs (continue dr yg citer hari tuh)
tp yg nk tau nih..(soh seh soh seh la nih) apa keje yg izan tgh apply tuh..) hehehhe

@xiM said...

awat tak buh gambar gambar yang akak ambik?mesti besh menatap foto orang proffesional nih..

Izan said...

to erin -

tu la klu dok kat negara org ni kakadang cam susah skit nk dpt keje. so bila da dpt keje nnt i bgtau la kat u ok. kang da heboh bgtau kat org tp tak dpt kang kan padan muka. heheheheheh

to axim -

belum proffessional lg. semi proffesional pn lom lg kot. hahahahha. la.. nk tgk gak ke foto org tak professional amek? tak pe la lain kali kita wat entry pasal foto itu yek.

aRa RaMaDhAn said...

Izan...pic ari 2 masa kat KL Mr. Mirko simpan dak??? pic masa kita duduk kat foodcourt itew...

Hurmmm...i pun minat ambik pic cuma camera jerk tarak...nnt klo dah keje ke...insyaAllah nak beli sdiri...yg beribu raban...agagaga

Izan said...

to farah -

Ada gambar kita tu cantik tau. Klu farah nk nnt izan bg. Ada kat komputer mirko. Izan tak ambik lg dr dia. Da sebulan komputer dia izan takut nk guna bab dia tgh upgrade website dia.

aRa RaMaDhAn said...

nak nak nak...agagaga...cantik lak 2 izan ckp msti nak nye...agagaga (i tak pernah photographer pro ambik pic i ar...agagaga)

Anonymous said...

izan..u tak payah kerjalah..dok lepak umah jer..hiksss
best gila siap ada bulan pergi bercuti..smpi 2 minggu tutup opis!
adoiii..y lah tak apply satu dunia...

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month