kuih seri muka

Mmmm... korang kenal tak kuih tu? Mesti ada yg kenal dan ada yg konpius kuih yg mana satu yek?? Kuih seri muka tu laki aku suka sgt makan. Dia kenal kuih tu masa kitorang g makan kat umah parents aku la. Mak aku klu menantu dia sorang ni dtg umah mcm2 kuih dia buat. Huhuhuhuhu. Yang padahnya aku la.. Klu dia suka makan bila balik umah dia mesti suh aku buat. Kan aku da kata aku ni 'pandai' sgt la memasak.



Aku kata kat dia aku tak reti buat kuih tu. Nanti aku mintak resepi kat mak aku. Dia kata ok. Last2 tunggu punya tunggu dia kata bila lg nk mintak resepi ni. Da lama tak mkn kuih tu. Bulan March aritu masa kitorang blk KL, ari2 dia ajak aku g KLCC bab nak makan kuih seri muka tu kat food court tingkat 4. Aku yang naik muak tgk dia makan kuih tu ari2. Ari2 dia belasah 2 ketul kuih tu selama seminggu kitorang kat KL. Parah...



Dua minggu lepas aku beli beras pulut konon2 nak buat la kuih tu untuk laki aku. Dia plak asyik tanya bila la nk buatkan kuih tu untuk dia. Tu la arini aku terajin la plak kan. Dalam kul 4 petang tu aku pun start la menyediakan bahan2. Beras pulut tu aku da rendam dr semalam lg. Pastu ada plak daun pandan yg adik aku bwk aritu. Tu yg tambah semangat lg nk wat kuih tu arini. Daun pandan tu aku blender dan amek jus dia. Nak bg warna pada kuih dan naikkan wanginya.


Aku wat kuih tu siap pasang videocam lg tuh. Hahahahahah. Siap sambung wajar kat TV. Nasib baik la kat dapur pun ada TV. Bulan lepas kitorang nk gi blaja wat kuih tu kat umah mak aku. Sesambil mak aku ajar cara2 nk wat kuih, laki aku siap rakam. So td masa wat kuih pasang la video. Sesambil wat sesambil tgk video. Maklumla zaman berteknologi. Jangan disia-siakan. Canggih!!!



Memandangkan first time aku wat kuih tu kan, berdebar gak kang tak sedap kang. Laki aku da beria2 nak makan ni. Masa dok tgh masukkan bahan aku da tersentak kejap. Terlebih air satu cawan. Gabak kejap. Mana taknya terlupa nk masukkan jus pandan tu. Sebab ikut videocam tu mak aku buh pencelup kaler ijau je. Aku yang teradvance buh jus daun pandan. Aku belasah je la. Klu jadi sedap la... Klu tak lembik la kuih aku...



Siap buat 2 bekas tu bab bekas besar tak de. Yang kecik je ada. Maklumla baru kawen banyak barang2 yg tak lengkap lg kat umah. Rupa kuih pun comot skit. Maklum la first time buat kan. So tak de pengalaman. Hahahahahaha!! Aku berserah je la td. Klu la lembik kuih tu td ada gak masuk tong sampah. Last2 nasib baik la menjadi. Menjadi dengan jayanya. Lemak berkrim dan cukup rasa. Tak manis dan tak tawar. PERFECT!!! Puji diri sendiri la plak. Eh! laki aku pun puji tau. Dia kata leh wat selalu nih. Huhuhuhuhu. Aku ni kekadang first time buat mmg menjadi. Bila wat second third time da mula ada yg tak kene. Pelik yek. Orang lain makin byk kali buat makin sedap. Aku plak terbalik!



Kitorang pun menjamu la selera masa dinner kuih tu. Sedapnya... Ada satu bekas lagi yg tinggal. Takkan la nak melahap sampai dua2 bekas tu plak kan. So besok kita blh makan lagi.

Korang nk resepi ke? Mesti korang pun tau buat punya. Aku ni jer bab masak memasak agak ketinggalan skit. Hahahahahah. Tp klu korang nk resepi aku leh je bg. Aku idak ler kedekut ilmu. Skang ni aku tak ingt la plak sukatan2nya. Klu korang nk nnt aku wat post lain untuk resepinya ok?

posted under , |

8 critics say:

NuRuL FaRiHa said...

wah nyum2...sedap nyerr...aku nak masak2 gak nih....hahahha kasik mio fidanzato makan colazione...hahahahah

fauzi said...

izan..! tahniah!!!! berjaya awk wat kuih tuh. erin pon lom penah lg wat kuih tuh!! huhuhu. tgk mcm sedap terasa bebenor nk wat laaa!! erin bab kuih muih nih pon mmg 'pandai' sgt! smpai kan suami erin pon dok tnya...xnk wat kuih kerrr..?? huhuhuhu adoyaiii!!
hai..jap lg suami awk pon gemok la dok belasah kuih muih malaysia. hehehe

PHATABULOUS! said...

wah.. u r on d way for becoming perfect housewife... Congrat la..

aRa said...

Wah signora...tahniah yek...tgk pic pun dah tau sedap tau...Bila nak buatkan tok farah??? Agagagaga...

sukahati said...

pehhhh....giler ahh. tuh la, ader hikmah ko kawen ngan org luar, bleh gak msk kuih neh. kalo ko kaen org sini, kompom2 ko takkan buat...hehe

"Mesti korang pun tau buat punya"
weh, aku tatau yerk. Resipi?? Takper lah. Baik aku beli jer..:p

eedany said...

wah... tahniah izan. eedany pun suka makan kuih ni. Tapi malas nak buat...

yup...sekarang kecanggihan teknologi harus digunakan...kan,kan...

;)

Izan said...

to fariha - masak masak jgn tak masak

to erin - tak pe la erin nnt da blk msia tak payah susah2 nk buat kuih. gi je beli kat pasar mlm kan. izan kat sini mana nk cr pasar malam

to syima - TQ.. TQ.. ko pun apa kurangnya da pandai buat popiah da skang. leh la promote popiah ko buat nnt kan

to farah - tu la farah. sonok pulak first time buat terus mejadi kan.lain la cam org tu. dia pandai masak. western food lagi tu..

to som - aku da agak da korang mesti takkan buat punya g beli je. Klu aku kawen ngan org msia pun konfirm aku pun beli jugak. hahahahah. kat italy ni mana aku nk g membelinya. kene buatla jawapnya

to eedany - klu ikutkan izan pun mls nk buat. ni da suami ari2 tanya bila nk buat kuih untuk dia. so terpaksa la rajin2kan diri. hehehehe

axim said...

salam akak,saya baru jer makan kuih ni pagi tadi...tengah baca blog akak nih terus terkagum tengok akak wat kuih ni...hehe..bila nak balik malaysia??

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month