bencana alam


- Kawasan kejadian gempa bumi yang bertanda dengan bintang
- Rumah aku daerah Marino dekat ngan Rome. Nampak tak???


6 April 2009, jam 3.32 pagi waktu Italy
Gempa bumi sekuat 5.8 scala Richter, telah berlaku di Abruzzo, Aquila dimana telah mengorbankan lebih 150 nyawa, 1500 cedera dan hampir 100 ribu kehilangan tempat tinggal. Gegaran gempa bumi ni sgt kuat yang pernah terjadi dalam sejarah 200 tahun di Italy.


Jarak antara tempat kejadian ngan tempat tinggal aku lebih kurang 100 km. Syukur alhamdulillah aku tak terasa pun gegaran gempa bumi ni. Tp sesetengah tempat di Rome ada yang kene tempias gegaran gempa bumi ini. Kat Italy ni selalu gak berlakunya gempa bumi. Lebih kurang minggu lepas 2 kali gempa bumi berlaku kat tempat tinggal aku. Tp gegaran tak kuat sgt dan tiada kecederaan dilaporkan.

Gegaran pertama hampir pukul 11 malam, aku masih lagi berjaga dan terasa tetiba bumi bergegar, takut siot!! Ada bunyi yang sgt kuat dan aneh. Sejurus selepas tu kat luar sume anjing pakat2 menyalak tak henti2. Gegaran kedua plak terjadi beberapa jam selepas itu lebih kurang jam 3 pagi. Kitorang da tdo, tetiba katil sume bergegar. Mirko terus kejutkan aku. Tp dia kata aku tdo mampus tak sedarkan diri. Huhuhuhuhuhuhu. Mmg aku tak sedar pun, terus jer sambung tdo. Mirko plak terdengar adik dia kat sebelah rumah dah terjerit2 mintak tolong. Alhamdulillah tak de pape perkara buruk berlaku pada hari tersebut.

Bersambung kepada gempa bumi yang berlaku semalam, seorang pakar telah mengkaji dan membuat jangkaan dr beberapa minggu yang lepas dengan mengatakan bahawa beberapa minggu dr sekarang akan berlakunya gempa bumi yang dasyat. Baik sume bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam ini. Last2 pakar ni kene saman bab derang kata pakar ni mereka cerita dan cuba untuk menakutkan penduduk di Italy.

Pada pendapat aku bodoh la kepada sapa yang saman pakar kaji tu. Kalau ikut cakap dia kan da boleh selamatkan banyak nyawa. Tu la akibatnya kalau pentingkan diri sendiri dan tak percayakan org lain.

Dari pagi semalam sume rangkaian tv menyiarkan siaran langsung dr tempat kejadian. Mirko pepagi tu siap ajak pi sana nak gi tangkap gambor. Aku takmo la ikut bab aku takut la weh... Selepas gempa bumi berlaku pada kul 3.32 pagi tu, masih lagi terdapat gegaran2 kecil yang masih lagi berlaku berulang kali di tempat kejadian cuma tak berapa kuat. Tp last2 kitorang tak pergi bab sume jalan nak ke Abruzzo kene tutup. Sib baik derang tutup jalan tu, kalau tidak mmg la Mirko heret aku pi sana nak tangkap gambo. Huhuhuhuhuhuhu...

Untuk melihat gambar2 di tempat kejadian sila klik kat bawah ni.

Gallery 1
Gallery 2
Gallery 3

p/s: masa aku tgh taip entry ni siaran langsung melaporkan masih berlakunya gegaran2 yang kuat di tempat kejadian. Sume rumah hancur dan tak dapat diselamatkan lagi. Org ramai tdo dalam kereta kerana bantuan tidak mencukupi. Mangsa gempa bumi terlalu ramai... Hospital sume penuh. Doktor, polis, ambulance dr daerah2 lain bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan.

--> thanks to all friends and bloggers for all your concern about me. terharu la plak..... =) sayang korang sume...

posted under , , , |

18 critics say:

Little Kampung said...

read line above

You are too sweet ;)

Izan, seram dgr gempa bumi ni, walau ape pon saye doakan izan dijauhkan dari bahaya.

RiEz said...

janji ko ok...amin..

Diarihatiku1976 said...

izan.. mujur u takde apa-apa.. syukurlah ya...

Erin Rashid said...

izan..
takut sgguh berita kt sana
so seriuss!!
syukur awk takde apa2
skrg bencana alam semakin menjadi2
tanda kiamat semakin menghampiri..

senoritaviolet said...

dasyatnye izan..!! selalula amalkan baca ayat bismillah 5 utk mengelakkan malapetaka dr bumi, air dan udara...

@xiM said...

wohoho..nasib baik akak tkder apa apa kan..

selamat hari selasa akak!!

:)

Neeza.Areef said...

izan,
pg td masa dgr berita otomatik tingat kt izan..
harap semuanya selamat ya...

Tny said...

Ha'ah semalam I tengok news kt TV.. teruk ranap.. ehh tempat you kena tempias jugakke?

Sedara-mara Mirko and your in-law.. ada yg terlibatke? Apapun semoga u'all okey-okey di sna..

Joyah Sempoi said...

alhamdulillah izan....nasib awak takde pape..semalam dgr berita je, nak tanye kat awak the actual happening, tp lupe...anyway, banyakkan berdoa....take care..

yang kelakar tuh...udahler namanya pakar..at least, somebody should listened..buat eveyrthing happens for a reason...

aRa RaMaDhAn said...

Takut...syukur hang sefamili tak de pape...Ape pun sila jgn tdo mati yek memalam...bahaya tau...hang take care yeah...

Nur Hareza said...

izan.. hati2 ye..
p.s:balik malaysia lar.. sini insya Allah xde gempa2 ni tau..

~Iza~ said...

i heard about the bad news also..
My deepest condolence to those affected..
~wei, apsal aku tetiba nak speaking ni ek?hempuk kepala kuat2~

alhamdulillah, ko selamat...tapi hati2 lepas ni..make sure ko tak tidur mampus lagi pasni..nnt mirko kena angkat ngan katil2 sekali nak selamatkan bininyer...
;-)

kusuma said...

izan...

kenal ke lagi sum?
dulu study uitm melaka kan..

lama dah jenguk2 blog izan..

alhamdulillah, izan selamat yea..

nanti g jenguk blog sum yea..

http://kusumaredza.blogspot.com

Signorina Syima said...

izan... kalau ko dok malaysia tak de lah takut2 camni... malaysia diluar lingkaran gempa bumi dan gunung berapi.. eh betul ke apa ku cakap ni..

alhamdullilah.. sempat la aku nak tengok anak ko nanti....

weh.. citer pakar yg kena saman tu dah macam citer sinking of japan...

~ Lady ell ~ said...

syukur kt tmpt izan tk kena.semuanya ok kan..

linkam4ever said...

izan...alhamdullilah selamat...syukur..dengar jugak berita tu..please take care yerr

rasp said...

syukur alhamdullilah u r ok sis..

i nie mmg ketinggalan zaman tul..
paper semalam tak baca konon bz lah tu kan, tapi after opis balik umah tgk news..terus teringat kat u & ur family... i doakan u dilindungiNya selalu sis!

Dee said...

syukur tmpt izan tak kena eh..harap2 xde lg gempa bumi tuh..takutnyer..

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month