menjeguk kebun tercinta

Ramai bloggers yang bercerita pasal tarikh hari ini yang cantik iaitu 09/09/09 kat blog diorang. Tp aku lak nak bercerita pasal kebun aku kat belakang rumah tu. Balik2 kerja arini jenguk kejap kat belakang rumah. Da beberapa hari tak jenguk kebun kat belakang tu. Hari ni aku sungguh teruja dengan perubahan kebun aku. =)

Kenapa aku teruja... Jom tgk gambar2 kat bawah ni.....



Sebenarnya ni adalah pokok cili. Beberapa minggu lepas aku campak biji2 cili kat dalam pasu ni. Mula2 tak berharap pun pokok cili ni akan tumbuh bab cili padi tu aku beli hampir 2 bulan lepas dan telah pun kering di dalam peti ais. Aku hanya mencuba nasib je mana tau menjadi plak aku bercucuk tanam tahun ni. Tak sangka main campak2 mendatangkan hasil yang memuaskan. Rezeki2...

Tgk hasil tanaman makin menjadi aku bertambah semangat lak nak menanam pokok. Haruskah aku menceburkan diri dalam bidang pertanian??? =)

anak2 pokok yang sedang membesar dengan sihat dan kuat

putik2 yang sedang bercambah naik

Memandangkan hasil campak2 aku menjadi, aku nak tanam pokok cili jenis lain plak. Pantang tgk tanah kosong skit aku mula la beroperasi. Gambar di bawah adalah kawasan tempat kejadian dimana ada sedikit je tempat kosong. Mana taknya kebun aku sekangkang kera tu da penuh ngan tanaman2 lain. Hari Sabtu aritu aku tanam pokok bawang. Lupa lak nak cerita pasal pokok bawang aku. Lain kali la tunjuk pokok bawang aku yek.

Apa lagi aku pun masuk rumah ambil beberapa biji cili padi yang ada dan taburkan di atas tanah.


So kita tunggu beberapa minggu plak lagi untuk tgk anak pokok ni menjadi ke tidak. Cuaca skang makin sejuk. Aku sungguh risau kalau2 sume pokok aku mati bab tak tahan sejuk (mcm tuan yang tanam pokok ni jugakla tak tahan sejuk... hahahahahah)

posted under , |

11 critics say:

bspotgurl said...

Salam Izan, dah lama tak jenguk blog I yea.. sesekali u singgah..terima kasih kerana ingat lagi kat bspotgurl. So persiapan raya cemane? u balik m'sia tak? U take care okay

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...minat kita sama la yer...teruja bilatengok tanaman yg ditanam menjadik...

Mrs Taj said...

tgn akak sejukla..tanam apa pun seme menjadik!

and again, sooo jeles! *wink

Are_Long said...

selamat berbakti pada tanah...

Dee said...

berbudi pada tanah ni seronok..

rasp said...

wah! petani berjaya nie...
senang kalo dah ada pokok2 cili, bawang bagai kat rumah...nak masak gi petik je...

Anonymous said...

izan.....nampaknya musim sejuk bakal tiba x lama lagi??!! sempat ker pokok cili tu nak membesar, berbunga n berbuah..?

tempoh pokok cili bole dituai paling cepat 3 bulan.....alamat beku lah pokok cili tu nanti....huhuhu

cendawanintim said...

bestnya tengok tanaman hidup subur kan..

pRincESs_N said...

wah...tgn akak mmg ngam r bcucuk tanam...

sukahati said...

aku rs tangan ko mmg sesuwai bercucuk tanamlah..tuh psl campak2 pon jadi jer :p

its me said...

amboi rajin ko bercili...mulot sapakah ko nak cilikan bebyk neh...kekekeek

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month