panik di pagi hari

Pagi sabtu yang lalu lebih kurang jam 6 pagi aku dikejutkan dengan jeritan Mirko. Mula2 aku ingatkan dia terjaga dr nightmare. Rupa2ya sakit batu karang dia sedang menyerang. Aku pun panik tak tau nak wat apa. First time perkara ni berlaku sejak kitorang kawen. Tgk Mirko makin kuat mengerang kesakitan. Badan dia berpeluh dingin.

Actually 5 thn lepas pun dia da kene serangan sebegini. Tp lebih dasyat hingga terpaksa ditahan di ward selama 10 hari dan diberikan dua suntikan morfin. Dalam air kencing Mirko masa ni ada darah. Mirko hilang berat badan sebanyak 6 kilo dalam masa 10 hari. Ada seorang pompuan yang berada di ward atas sakit yang sama berkata sakit batu karang ni lebih sakit dr org nak beranak. Betul ker?


Sambung balik cerita aku ni, pas panik tak tau nak wat apa aku terus tepon parents in law aku. Sepantas kilat derang smpi depan rumah kitorang. Terus bawak Mirko ke hospital. Namun begitu dalam perjalanan nak ke hospital sakitnya semakin berkurangan dan Mirko tak mahu ke hospital. Then kitorang pun pulang jer ke rumah.


Sampai di rumah Mirko terus ke toilet then masa dia buang air kecil, seketul batu sebesar biji sawi ada dalam air kencingnya. Nasib baik batu tu keluar masa dia buang air kecil. Kalau tak keluar, maknanya bila2 masa saja dia akan sakit balik.


Lepas balik dr hospital, terus kitorang ke satu kawasan berbukit bukau dekat ngan rumah kitorang untuk tadah air mata air. Air dekat situ mmg terkenal dekat Italy ni. Air mata air yang paling selamat di minum dan banyak khasiatnya untuk tubuh badan. Tempat ni mmg dah dikomersialkan dan ramai org datang setiap hari.


Kitorang beli 4 botol besar untuk tadah air. Kalau bawak botol sendiri, hanya perlu bayar 13 sen untuk setiap liter air. Tp yang penting hanya botol kaca sahaja dibenarkan. Sesiapa yang bawa botol plastik tidak akan dibenarkan menadah air tersebut. Menurut org yang jaga tempat ni, ada yang sanggup dtg dr jauh semata2 hendak beli air mata air ni. Ada yang sekali datang beli sampai 600 liter. Siap datang ngan lori gitu.


Air semulajadi ni banyak khasiatnya. Banyak garam mineral yang diperlukan badan dan juga membuang toksin2 dalam badan. Org sakit batu karang mcm Mirko mmg dinasihatkan banyak minum air supaya batu2 kecil yang terkumpul keluar setiap kali buang air kecil dan batu2 kecil itu tidak terkumpul hingga menjadi besar


posted under |

12 critics say:

Diarihatiku1976 said...

ala ciannya ... minum byk air.. tapi yg penting jgn lupa makan ubat tau... ubat hospital tu penting gak...

Joyah Sempoi said...

hai izan..

selalu org kena batu karang ni suke tahan 'wee wee'..tp tak sure betul ke tak....sianlah husband awak..jaga die tau, suh mkn ubat..

Mrs Taj said...

poor mirko...skang mcm mn keadaan dia? dah ok ke? mmg terkejutla klu tetiba suami mengerang kesakitan pepagi..

ishh bestnya ada tempat mcm ni...fresh water!!!

RiEz said...

mak aihh sib baik tak warded...

Rinna said...

Adess..siannya.. pagi2 raya dah kena sakit..gitu.. Harap Mirko dah sihat..yer..

Wahh selori anggur..bestnyaa.. tapi org kat sana sure dah tak heran kan..hehehe..

Erin Rashid said...

dulu erin pon ingt erin kene batu karang
rupenya kene kencing ktor
sbb nk buang air tuh sakit sangat maaa..
doktor kata org kene batu karang biasanya sakit blkg juga
btw, harap mirko rajin minum air mata air tu
boleh sembuh tak izan tanpa surgery?
org kata kalo batu karang kecik mcm mirko just tembak dgn laser dan akan kuar ikut air kencing je..

lily lotus said...

berdebar2 aku baca entry ni..luckily dia dah ok..bagus ekk ada air tu..semoga mirko fully recovered

Ms AiReEn MoHd said...

da ape pasal lak si mirko sakit ehh, cepat sikit sembuh mirko..leh amik gambo...aku lum bace semua lagik n3 ko..aku komen dulu...pesen aku lain sikit..komen dulu kang bace komen lagik dan lagik sampai jari ko patah klik approve kan komen aku yg selambak neh

Ms AiReEn MoHd said...

sungguh pantas aku bace...astaga sakit batu karang rupernyer laki ko neh...bg minum air dr sukida...ewah nak pomot air kompeni aku lak...

babe aku ade tgk testimoni kompeni aku..amalkan minum air dr sukida tu okeh..aku tak tau...cube la....ehh naya aku kene lempangngan izan ni kang...luper aku ko duk italy babe,muakak ingat kat setiawan tadik

bspotgurl said...

semoga mirko akan sihat & ceria selalu.. Izan, u jgnlah risau sgt okay..

sWeEtdARLinG said...

huks.. aku takde pengalaman dengan orang sakit batu karang, tapi ada jiran aku sampai kena operate.. ye ker?

@xiM said...

ishh ngeri jer dengar mirko tetiba menjerit kan..mesti akak pun a bit panik masa tuh..Alhamdulillah dah keluar sikit..

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month