daun gugur buah masak
Pagi semalam masa jalan2 pas breakfast kat area tasik dekat ngan umah kitorang, tiba2 aku suh Mirko berhenti jap aku nak tangkap gambar. Mana taknya naik juling aku nengok pokok yang penuh ngan buah pisang kaki ni wei....
Gambar tak berapa nak clear bab kamera aku kurang canggih. =) Da tu tangkap dari jauh lak tu. Kat dalam kawasan rumah tu ada la dalam 6 hingga 8 batang pokok pisang kaki ni. Semuanya penuh ngan buah yang da masak ranum.
Buah pisang kaki ni pelik skit tau. Bila daun dia sume abis gugur baru la buah ni masak ranum. Selagi daun tak gugur, pokok tak gondol, buah ni masih belum boleh dipetik.
Aku lak masa kat Msia dulu tak berapa nak gemar makan buah ni. Sejak dok sini baru mula suka makan bab Mirko selalu beli buah ni bab dia suka makan.
Korang pun mesti geram kan tgk buah yang lebat ni. Aku geram wei.. rasa nak pi panjat je pagar rumah org tu. Hahahahahhah
14 critics say:
weh tapi buah ni sedap woooo..aku sokak...mommy boy selalu beli neh....
alkisah mcam tu plak ker....mampus nak sapu dulu daun semak samun tu baru leh mkn buah nyer...
aku pon ase nak panjat giler pokok nih...
Mak aiii... buah pisang kaki banyak nyer!!! Buah pisang kaki kat sana sedap tak?? sy tak gemar lor ... lau sedap, antar sekotak wat sy... hihihi gurau je ~:)
Wow! lebatnye berbuah, mestilah geram, nak je kakscha petik petik, hihihi =) nanti bile izan ade free time ambiklah gamba scenery lagi kay, kak scha suke tengok pemandangan, nak nak alam semulajadi memang terpegun dengan keindahanNYA ♥ =)
baru aritu buat citer pasal pisang kaki =)
sini mahal2 laa...
pegi giant teluk intan tadi.. sebiji 99 sen pisang kaki ni...
Buah pisang kaki?, what is that? (*_*). Sorry, i really want to know.
perghhh.....lebat gilerr pisang kaki die..
owh mcm ni ke rupe pokok pisang kaki??xtao pon selama ni..ehehehe
tao mkn je
To SJB pisang kaki in english is persimmon..
Izan, aku mmg suke ngn pisang kaki neh..skrg musimnya da nak abes daa. Tapi ade gak aku terkene 2-3kali kelat ya rabbi..kejap2 aku insap tanak beli..tp bile terpandang aku tingin lak..Yg lg besar lg sedap..krupkrap weih bile gigit..urmmm!
so far aku tak pernah mkn lagi mender ni
tapi mmg ramai org kata sedap
ko pon tau aku susah nk cube benda yg aku tak pernah cube
seb baik je berani nk cube2
pisang kaki??ad kaki ker pisang2??pisang tanagn ad x??ngeeee..
npe bulat je pisang 2...xcam pisang pn...cm buah limau jer...ker limau kaki~muahahahahha!!
kte pun ada merasa makan pisang kaki ni kat medan dulu...
pertama kali makan.... boleh le..
Post a Comment