pemeriksaan mata


Bilakah kali terakhir korang wat pemeriksaan mata? Aku ari Jumaat aritu ada appoinment ngan doktor mata. Alkisahnya bulan lepas aku selalu sgt sakit kepala so first step pi jumpa doktor mata if ada any probs. Wat appointmentnyer bulan lepas, oleh kerana ramai sgt org kene tunggu turn, ari Jumaat aritu baru la sampai turn aku.

Hampir dua jam baru complete wat checkup mata. Macam2 test doktor tu buat. Bila doktor tu suruh aku sebut semua huruf2 dan warna2 untuk test penglihatan aku, semua aku jawab dengan betul. Doktor tu kata ni first time pesakit dia boleh jawab semua dengan betul. (hahaha, bangga sekejap disitu). Aku tak de masalah penglihatan cuma mata kanan aku agak sensitip dengan cahaya. Sakit kepala aku tak de kene mengena dengan masalah mata aku yang sensitip tu.

Lagi satu sebab yang menyebabkan aku tetiba nak wat checkup mata ni sebabnya kawan Mirko sorang ni pi wat checkup mata beberapa bulan lepas. Doktor kata dekat dengan kawasan mata hitam dia berlubang. (lubang ni bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Kene pi jumpa doktor mata baru mereka boleh nampak lubang tu) Kalau tak wat operation laser secepat mungkin, dia ada risiko untuk buta. Giller ahh... Takut aku dengar kawan dia tu bercerita.


Aku tanya kawan Mirko tu, ada ke dia rasa apa2 sintom2 kat mata dia tu? Dia kata tak de rasa pape pun. Kalau dia tak pi jumpa doktor mmg la dia tak tau pun dia ada masalah tu. Menurut doktor mata, kita hendaklah wat pemeriksaan mata setahun sekali. Pemeriksaan lengkap. Bukan setakat periksa penglihatan sahaja. Harus juga periksa keadaan kesihatan mata kita. Oleh yang demikian jagalah kesihatan mata kita =)


p/s: petua org italy untuk jaga mata : titikkan susu segar sehari sekali. Aku pernah wat sekali jer pastu tak pernah wat da. tak selesa aku rasa la..... last2 aku letak eyemore je tiap hari. hahahahahah

posted under , |

15 critics say:

-atiQah- said...

oohh..ya ke?? rupanya kena buat pemeriksaan mata setahun sekali..

last skali sy buat pemeriksaan mata masa darjah 4 dulu..hehe..tu pun wat pemeriksaan penglihatan..

~@k1 is @utuMn!~ said...

oohhh..
kne cek tiap2 tahun.,..
aki da la rabun..
pas2 x jge mata...
isk3~
bhye ni

Cek Rosy Daisy said...

urk.. kite check mata bile nak sambung belaja jer..
once before dip and once b4 degree.. hoho..
dah la mmg rabun.. :(

baby said...

kena buat ekkk xpenah tau pun sbb xpena nk bik tau...hahahhaha
bahaya gak ekk bila mata itam ley blubang...seram sjuk sy di buatnya...

rasp said...

uishhhh ngeri gak dengar pasal kawan mirko tu...
tu lah kan, zaman skarang nie, mcm2 penyakit ada...
dan dan terasa nak gi checkup mata :)

Dee said...

dh 2x buat operation cataract..n skali buat laser..syukur..mata semakin improving..no need glasses anymore..

lily lotus said...

orang kata basuh mata dengan air kelapa..huhu

Erin Rashid said...

aku pon skrg kerap gatal mata la
pstuh merah2
tapi bkn sakit mata
ntah nape ntah
nmpknye aku pon kene wat pemeriksaan mata
mata plak aku nk carik pakar mata ni?

Ms AiReEn MoHd said...

mg musim kot babe..aku tgk ade ramai jerk kawan blogger lain sakit mate berkangkit ni...memrah mate hah...jgn la kene kat aku...cuti aku da abis ni

sWeEtdARLinG said...

1st time dpt detect aku rabun masa aku kecik2 dulu.. aku sakit kepala then doktor transfer aku pi doktor pakar mata, rupanya rabun...

lepas pakai spek, takde dah aku sakit2 kepala lagi..

ezan said...

ezan mmg dah rabun pun, so camne yek nak kasi ok balik, ada petua tak? petua titikkan susu tu agaknya boleh kurangkan rabun tak? :D

:: p R i n c E s S _ N :: said...

bilerr sis wat n3 ni..br trase btape pntgnyerr check mate...

Delimasari said...

sis pun skrg pepagi titik mata ngan eyemo dari permata hijrah
= rase mcam ok = terang mata

Ms AiReEn MoHd said...

aku kalau buleh takmo komen..takut name aku naik..tapoi jr aku sgt la gatai nak komen gak..aku tulis jer la ekkk...hikhik...padahal tak der mende pun aku nak komen..saje nak ceconteng sini....ko sakit mate da ok ker babe?

Ms AiReEn MoHd said...

ehhh aku tak tau bape kali aku nak komen da ni...tapi setiap kali aku scroll down tangan aku tekan butang komen nak komen ko....walaupun tak memang tak per..a.ku tetap komen ko gak ..leh gitew...hikhik...ko da penat ker a[[rove komen aku...

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month