rome travelling tips

Thanks to Hana yang memberi beberapa tips dalam komen entry yang sebelum ni. Oleh yang demikian dalam entry kali ni aku nak tuliskan beberapa tips penting especially semasa melancong di Rome .

Bandar Rome merupakan sebuah bandar antik yang tersangatlah sesak. Salah satu sebab yang menyebabkan kesesakan lalu lintas adalah jalan raya di Rome agak sempit berbanding bandar2 di negara lain. Hari2 jammed di bandar Rome. Rasanya Kuala Lumpur pun tak jammed teruk camni. Cuma bulan Ogos pada musim panas jer kat Rome tak jammed. Semua org keluar bercuti.

Untuk pelancong yang datang Rome, tempat yang mungkin korang akan selalu datang ialah Termini. Termini ni lebih kurang macam KL Sentral kalau kat Msia. Nak amek bas, train, metro semuanya dari Termini. Aku pun pergi dan balik kerja ambil train dan bas dari Termini. =)

Di sekitar Termini banyak kedai2 kebab Halal boleh ditemui. Yang pastinya kawasan Termini juga agak merbahaya. Italy juga tidak lari dari kes-kes jenayah yang di sebabkan oleh pendatang asing atau pendatang tanpa izin seperti mana juga yang berlaku di Msia. Kene selalu berhati2. Kalau korang ambil Metro, hendaklah berhati2 tatkala Metro penuh sesak kerana selalu berlakunya kejadian seluk saku.


Kalau dah datang Italy, harusla korang mencuba capuccino. Betul tak? Breakfast di hotel semestinya anda akan jumpa Cornetto dan Cappuccino. Kalau korang nak minum cappuccino atau coffee di Bar, waiter selalunya akan tanya, nak duduk atau tidak. Ini adalah kerana, bila korang duduk di meja, service charge akan dikenakan. Cappuccino yang harganya 1 Euro akan menjadi 5 Euro. Hati2. Aku mula2 pun terkena jugak. Huhuhuhu.

Selain daripada tu, kalau da datang Rome, tak sah kalau tak pergi Coloseum. Kat sini mesti korang nak bergambar kenang kenangan kan. Kat sini pun korang kene berhati2 supaya tidak kene tipu. Sila baca entry aku yang ini untuk mengetahui apa ceritanya.

Italy juga agak terkenal dengan ice cream. Italian Gelato. Jangan lupa makan gelato bila da sampai sini. Orang Italy walaupun cuaca sejuk diorang tetap makan ice cream. Diorang kata makan ice cream sejuk2 lagi sedap sebab ice cream tak cair. =)


Jangan rambang mata sudah la kan. Kat sini macam2 ice cream ada. Mmg susah nak pilih perisa apa. Kalau pandai pilih kedai, korang akan jumpa kedai ice cream yang sedap. Kat Rome ni banyak kedai2 ice cream yang sedap. =) Jangan lupa letak whipped cream atas ice cream korang. Sedap....

Lastly, Pizza. Tak payah cerita. Korang semua pun tau Pizza mmg terkenal kat Italy. Pizza yang harus korang try bila sampai di Italy ialah Pizza Margherita. Simple tp sedap. Kepada sesiapa yang tak makan banyak, sila order satu dan kongsi. Pizza kat sini besar2. Orang Italy pulak sekeping pizza yang besar seperti gambar di bawah adalah portion untuk seorang makan. Untuk pengetahuan korang, Orang Italy makan banyak =)

posted under , |

10 critics say:

SJB AKA SUE J-B. said...

Masakan orang italy memang sedap sedap kan?.

Anonymous said...

izan..thanks a lot ,for the tips ..bolehlah apply time kat sana nanti , insyaallah

eh..baru perasan birthday kita dekat -dekat , mine on 14th Feb

-kak norida

HS said...

Izan,
rasa mcm nak buat juga entry ttg Rome:)InsyaAllah.
Hana nak minta izin linkkan blog Izan.

Hana
http://butik-hs.blogspot.com

Izan said...

SJB -
mmg sedap....

KAK NORIDA -
you're welcome. kalau camtu da boleh exchange hadiah bila bulan feb nnt =)

HANA -
hana.. boleh ajer... sila buat entry jangan tak buat =)

:-) said...

pizza mmg sedap, kata izan orang italy suka aiskrim perisa 'kelapa'...mmmmmm kalo kat malaysia perisa kelapa x laku kot...he3

sw33tdarling.com said...

sedapnya nampak eskremm tuuuu....!

Delimasari said...

sedap nye sekerim tu...

happyichigo♥ said...

gelato n pizza..waaaaaah!

farahanna said...

teringin nak pegi rome...
bilalah dapat peluang tu kan...
=p

Mr & Mrs MonDoK said...

.:: Gggrrrrr!! Saye kempunan ITALIAN GELATO... Huwaaaaaaaa!!! Masa tu kat Venice, nak beli tapi asben kata sejuk la... Takmo makan eskrem, nnt batuk & demam... Aiyoooooo... Masih teringat coconut ice-cream tu... Gi tempat lain tak jumpa plak coconut gelato tu... Iskkkk!!! Last-last melantak eskrem McD je kat Livorno... Sedihhhhhhhhh... Huhuhu!!! ::.

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥

Blogger of The Month