kisah kami di Carrara

Meh sini org sakit nak bercerita. Sakit weh, tgh sakit pale plus sakit2 tengkuk. Rasa cam baru pas kene tumbuk. Huhuhuhuhu

Ok, dalam perjalanan kami ke Alessandria, aku ternampak signbord ke Carrara. Aku teruk ajak Mirko ke sana sebabnya dia tak pernah lagi ke situ. Aku da 2 kali pi situ ngan family aku masa diorang kat sini dulu.


Apa yang menariknya kat Carrara ni. Kat sini dari jauh korang boleh nampak gunung ganang serba putih. Putih bukan sebab salji jer. Sebab gunung ni adalah gunung batu marmar. Dasyat kan?



Ajak Mirko naik ke atas untuk tgk kawasan batu marmar ni dengan lebih dekat lagi. Kitorang naik la ke atas sambil mencari tempat untuk berhenti untuk tgk kawasan ni dengan lebih dekat. tetiba nampak lak signboard 'Marble Tour with Guide', apa lagi jom pi tgk.

Oklah tu tiket tak mahal sgt. Pastu time tu mmg tak de orang langsung. Just kitorang berdua jer.So cam menarik la plak kan. Guide tu 100% layan kitorang je la.....

Ni la guide kitorang pada hari tu. Sgt bagus explanation dia. Sungguh panjang lebar. Dan terperinci. Dari bagaimana terjadinya batu marmar hinggalah cara pemotongan batu marmar dia explain kat kitorang. Dia kata datuk dia pun keje kat situ jugak dulu. Ha.... dasyat kan. Turun temurun...

Gambar kat atas ni adalah kawasan batu marmar yang di potong pada zaman dulu. Sebelum zaman teknologi tinggi. Semuanya dibuat secara manual. Potong batu marmar dengan besi penukul ok.

Gambar di bawah plak adalah kawasan batu marmar yang dipotong dengan menggunakan teknologi masa kini. Tgk. cara pemotongan lebih kemas dan lebih sistematik.




Jangan salah sangka yer. Batu marmar ni bukan berwarna hitam. Hitam tu adalah akibat daripada tahap kelembapan udara di situ. Bila dibersihkan marmar ini akan menjadi putih bersih.

Marmar dari Carrara Italy mmg terkenal di seluruh dunia dengan batu Marmarnya yang bewarna putih. Kalau marmar yang berwarna hijau, merah dan sebagainya adalah bukan dari negara Italy.


Setiap kawasan pemotongan marmar ni wajib ada kolam air. Tujuannya adalah untuk menyejukkan tali @ wayar besi yang digunakan untuk memotong batu marmar ini. Kalau tali @ wayar besi terlalu panas, ianya akan putus dan boleh mengakibatkan kemalangan semasa bekerja dan membahayakan pekerja.

Menurut guide kitorang, masih banyak kemalangan yang berlaku semasa bekerja sekiranya mereka tidak berhati2 atau mempraktikkan etika kerja. Dan ramai juga yang terbunuh dalam kemalangan yang tidak diingini ini.

Masa ni guide kitorang tgh explain camana cara pemotongan batu marmar dilakukan. Aku lak sibuk ambil gambar. So macam paham ngan tak paham sgt la kan. Huhuhuhuh


Ni salah satu cara yang mereka lalukan untuk memotong blok batu marmar ni.

Untuk mendapatkan hasil potongan sebegini, memakan masa lebih kurang 8 jam. Bukan senang nak potong marmar weh. Sebab tu la batu marmar mahal. So sila hargai titik peluh mereka ini. =)


Selain daripada itu, alat ni juga digunakan untuk memotong marmar. Ini gergaji giant. Ketinggian setinggi 3 meter. Camana berfungi idak la plak dia tunjuk kat kitorang.

Harga marmar ni? Lagi putih marmar tersebut lagi mahal harganya. Mmg la marmar dari Carrara ni putih semuanya tapi kalau korang perhatikan betul2 dalam gambar di bawah terdapat urat2 batu marmar yang berwarna kelabu yang dapat dilihat. Lagi banyak urat2 ni lagi murah harga marmar.

Lepas habis kami menjelajah kat kawsan tersebut, tiba masanya untuk berangkat dan meneruskan perjalanan ke Alessandria. Kat kawasan tu banyak kedai2 souvenir untuk para pelancong. Harga boleh tahan. Kalau beli banyak leh jer dapat murah.

Untuk pengetahuan korang, kitorang tak beli pape pun. Tak masuk dalam budget nak singgah Carrara. So kalau da shopping kat situ kang budget lari. Huhuhuhu....

Untuk turun dari atas gunung di mana kami berada terpaksa merentasi beberapa buah terowong marmar yang gelap gelita, sempit dan menakutkan. Aku time tu rasa nak nangis pun ada. Gerun giller... Tambah2 lak lori2 yang mengangkut batu marmar pun lalu kat situ gak dengan kelajuan yang melampau2.

Ni salah satu terowong yang kitorang lalu. Ni la satu2 nya terowong yang ada lampu. Yang lain2 tak de lampu. Sungguh gelap gelita. Aku nak tangkap gambo pun tak berani. Takut kang benda lain yang nampak. Eee... seram....

Sebaik keluar dari terowong yang meyeramkan. Ambil nafas kejap... Fuh.... lega da keluar dari terowong tu.

Tgk la antara lori2 yang merempit kat kawasan tersebut.


Oklah yer... setakat ni dulu. Da tak larat nak bercerita. =) Sakit kepala makin kronik....

posted under , |

8 critics say:

Dee said...

menariknya izan...mesti mahalkan rega marmar itali..

lily lotus said...

selalu dgr pasal import batu marmar dari italy. kualiti sgt tip top. camni rupanya. good info!

Nora Isma Fuad said...

wow! speechless lagi!

tipahvogue said...

mcm besh jek tengok batu2 marmar tu kan...macam sejukkkkkkkkkkkkkkk jek...isk!!!

Erin Rashid said...

nice trip! nice info!
elok la izan masing tgh ber2 pergi tempat2 gini
ce bayangkan kalo ada baby
sure terkejar2 nak usha gunung marble
hihihi

rasp said...

oooooo nie lah marmar italy yg mahal tu....
kat sini tempat 'proses'nya ya....

* hope u're feeling much better now...

~ AppLe BLosSoM ~ said...

musykil la..sejak bila pulak ko minat benda2 cam nie..;p

Anonymous said...

saje kan korang...kat m'sia ade jer tmpt marmar cengini tp xde pun org melawat...tp bagusnyer kat italy ni die wat benda sbgai kaw. pelancongan...nape kat tmpt kite xde ek...
-zue-

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month