tak de modal - bunga teratai

Aku bukan tak de modal untuk bukak perniagaan. Cuma aku tak de modal nak bercerita kat blog sejak dua menjak ni.

Setelah sekian lama aku menyepi saja nak tayang kecantikan bunga teratai di depan rumah aku. Kat depan rumah aku ni ada kolam kecik. Ikan emas ntah ler ada kot 3 atau 4 ekor. Bukan apa ikan ni mmg tahan lasak betul. Musim sejuk air kolam beku tp ikan2 ni masih hidup. Hebat....

Pastu plak bila musim panas, anjing2 mak mertuaku bila kepanasan diorang siap masuk dalam kolam ni untuk berendam. Sabo jer la... Ikan ni masih berjaya untuk hidup. Yang aku pelik tak plak anjing tu makan ikan2 tu. Bagus....

Satu penemuan aku yang aku baru tahu ialah, bunga teratai atau waterlily ni kembang hanya bila ada cahaya matahari. Bila terlindung dari matahari, dia akan kuncup semula. Tak tau la plak aku sebelum ni.


Bukan apa, sejam selepas aku tangkap gambar bunga ni, aku keluar untuk ke rumah mak mertua aku, tetiba aku nampak bunga ni kuncup. Pelik la kan. Tadi bukan main gah dia kembang. Rupa2nya dia kuncup sebab tak kene cahaya matahari. Terlindung dengan daun2 yang besar tu.

Sebenarnya masih ada lagi 3 atau 4 kuntum yang masih belum kembang. Kalau berkesempatan boleh tayang lagi kat blog. Menurut mak mertua aku, bunga teratai jenis ni jangka hayatnya sgt pendek. Setakat beberapa hari sahaja.

posted under |

6 critics say:

armouris said...

info tentang teratai di SIHAT SELALU - Teratai Menyingkirkan Panas

nqr said...

i pun baru tahu hari ni! lol..

Nora Isma Fuad said...

hai izan.. baru je mula nak bercerita mengenai teratai.. he he.. something to do with lukisan, novel terbaru.. he he..

sW33tdARLiNG said...

orang cina suka makan bunga teratai ni kan...?

Aslina said...

huhu... rupa dia mcm bunga plastik kat umah...

sebijik!!

tapi cantik lagi bunga teratai ni yang real.. :D

rasp said...

oooo agaknya gitu ek...
baru tau nie...
cantik lak tengok teratai u nie...

Newer Post Older Post Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month