kenapa tak update blog

Kenapa aku lama tak update blog??? Sebenarnya aku pun rindu gak kat blog aku sendiri, dan juga blog korang sume. Huhuhuhuhuhu... Sejak dari cuti krismas aritu aku ngan suami aku sibuk dok mengemas rumah.Kitorang tengah ubah suai rumah secara besar2an.

Tengok la betapa sepahnya rumah kitorang. Barang banyak sgt la... Rumah kitorang lak bukannya besar sgt so kene pandai cari ruang2 untuk menyimpan barang. Tambah plak bilik stor kitorang kecik tapi barang lak banyak. Kekadang nak cari barang kat stor jenuh tak jumpa. Sampai ke dapur dan bilik air pun bersepah ngan barang2. Oleh yang demikian aku tak leh nak masak beberapa hari ni. makan time kita serbu rumah sapa lagi kalau bukan rumah my mum in law. Hahahahahahah....









Oh tidak!!!! aku tertekan ngan rumah yang bersepah ni!!!!

madagascar

Hari minggu aritu gi supermarket, pastu kat bahagian jual buah2an ternampak buah laici. Masa kat Msia dulu suka sgt minum air laici. Tp laici mesti laici dalam tin punya. Laici fresh tak pernah jumpa. Tak tau la kot2 aku jer yang tak pernah jumpa kan, ntah2 wujud je buah laici kat Msia.

Buah laici yang aku beli ni datangnya dr Madagascar. Jauh tu. Lama sungguh tak makan buah laici. 2 hari je, abis aku belasah semuanya. Belasah sorang2 lak tu bab Mirko tak berapa nak kenal buah laici. Bagus gak kan makan sorang2 ni.

Gambar isi dalam tak de lak aku tangkap bab tengah kusyuk benor menghayati buah laici ni. Heheheheheheh





posted under | 5 Comments

i'm back with tag

Tak abis lagi musim tag rupanya... Lama tak lalu lalang kat blog korang sume. Semalam masuk blog Puan Lily, nampak nama naik la plak kene wat tag. Tapi tag ni hanya untuk org tertentu jer. Tag pada sesapa yang da kawen. Kene wat apa tu ha???

Rules :

1. sila tepek gamba kawin sendiri bukan gamba yg korang google!

2. tarikh korang kawin

3. tag lar sape2 yg korang suke

Nikah - 7 March 2008

Majlis di Italy - 8 March 2008 (Sempena Hari Wanita)

Majlis di Malaysia - Akan datang. Sila tunggu di pawagam. Hahahahha... Tunggu kad jemputan yer. Bila tarikh tak confirm lagi. Tunggu....

Nak tag sapa ha? Member2 rapat aku ramai yang tak kawen ni. Farah, Syima, Fariha, Som. Kali ni korang terselamat dr tag aku bab korang tak memenuhi syarat2 tag ni. Cepat2 la kawen weh...

Nampak gayanya tak de nak tag sesapa la kali ni bab ramai yang da buat tag ni. Kalau ada sesapa yang teringin nak wat sila la yer. Jangan memalu...

posted under | 7 Comments

lets make up

Jom belajar make up.... Nampak cam senang je. Ada masa ke nak belek muka sebelum pi keje????


posted under | 6 Comments

sorry

Buat masa ni aku tak dpt nak update blog selalu. Tak dapat jugak nak singgah blog korang sume. Minta maaf bebanyak. Busy skit arr bulan ni. Pastu baru start keje so rasa kekok jap. Yela dulu sebelum kawen masa keje bangun pepagi je mak da sediakan sarapan atau bekalkan makanan ke tempat keje. Skang ni kene bangun awal siapkan sume sendiri. Huhuhuhuhu. Balik keje plak kene masak dinner sendiri. Dulu balik keje terus je makan bab mak da hidangkan sume lauk pauk atas meja. Tinggal nak makan je kan. Skang ni kene la hidup berdikari.

Memandangkan nak krismas ni sibuk pulak lagi nak beli hadiah untuk my parents in law. Bukan tu jer, hari Jumaat ni nak kene pi Milan plak bab my husband ada appointment. Dia suh aku ikut. Nampak gayanya kene ponteng keje la ni kan. Heheheheheheh

Bila keadaan makin stabil sumenya akan kembali seperti biasa. Aku akan jenguk blog korang sume, dan merajinkan diri untuk mengupdate blogku ini.

christmas again

Petang tadi pas balik keje terus gi umah my parents in law untuk dinner. Arini malas nak masak apa lagi kita pi la umah org sebelah kan cam biasa. Hehehehehe...

Masuk2 umah je terkejut lak tengok pokok krismas ni. Bukan apa aritu tak de, tetiba jer arini siap terhias indah kat situ. Tanya my mum in law bila dia menghias semua ni. Dia kata ari ahad aritu dia menghias pokok krismas ni. Kalau lambat2 kang tak sempat lak nak hias pokok krismas ni.

Kat pokok tu siap ada lampu lip lap tp tak berapa nk nampak bab pasang lampu. Ha... lihat la gambar seterusnya ada gambar lucah. Hahahahahaha.... ( Eva yang sibuk interframe pastu siap mengangkang lagi tuh...)



p/s: Dalam bahasa italy santa claus derang panggil 'babbo natale'. Adik aku plak telah mengedit kamus dewan bahasa dia sendiri kepada babun natale. Hahahahahahahah

posted under , | 4 Comments

kecoh di rome

Da dekat dua minggu hujan turun tak henti2 kat sini. Cuaca amatla buruk tambah ngan kilat sabung menyabung dan angin yang kencang. Kesan daripada keadaan cuaca ni telah mengakibatkan kekecohan di seluruh italy. Kat rome jugak menerima kesan yang buruk akibat keadaan cuaca ni.

Pada hari Khamis dan Jumaat minggu lepas banyak jalan yang ditutup akibat banjir. Berlaku jugak la kekecohan. Terminal bas pun telah dipindahkan akibat banjir. Train sume banyak yang lambat sebab banjir. Sume pihak telah diberitahu supaya berhati2 kerana sungai berdekatan ngan bandar rome penuh air naik. Jom tengok gambar2 ni



Gambar : ANSA

posted under , | 5 Comments

missed me

Hello semua. Lama aku tak update blog dan jenguk2 blog korang. Bukan tak sihat atau sakit pale. Sebenarnya aku start keje kat travel agency sejak 1 Disember aritu. Hari2 kuar rumah pepagi kul 7.30, naik train gi keje. Masuk keje kul 9 pagi sampai kul 6 petang. Petang pulak sampai umah selalunya da kul 7 lebih. Then nak kene prepare for dinner plak. Pastu apa lagi letih la. Tak bukak langsung komputer. Tak larat nak mengadap komputer da. Bab kat ofis pun dok mengadap komputer jugak. Tp internet tak leh bukak.

Kat tempat keje aku mula guna balik segala input2 yang aku pernah belajar dulu masa kat UiTM. Cuma skang ni ingat2 lupa. Yela da hampir 3 tahun tinggalkan UiTM Di Hatiku. Da tu dulu kat UiTM belajar sume bahasa inggeris then skang ni kene guna sume in italy. Jenuh gak ler. Then bulan depan aku kene gi kursus untuk memahirkan lagi dalam megunakan system kat sini dalam bahasa italy. Dulu kat UiTM aku belajar Computer Reservation System, program yang digunakan adalah ABACUS then kat sini lak derang gunakan system WORLSPAN. Sapa yang belajar tourism mesti korang ingat susahnya subjek ni dulu. Banyak input2 yang nak kene ingat. Pastu nak kene hafal sume kod2 seluruh negara. Oh tidak...




Ni freebies yang aku dapat dr Korean Air minggu lepas. Tak lama lg nak tahun baru kan. So banyak airline company bagi kalender tahun baru, diari, penanda buku dan macam2 lagi kat agensi kitorang. Aku lak dapat benda alah ni.

Sejak keje ni banyak gak aku belajar tentang karenah2 manusia yang terdapat dalam dunia. Kalau da namanya manusia mmg la cerewet. Takut lak aku kekadang tgk kerenah2 org italy ni. Tambah2 lak kerenah orang2 kaya yang banyak songeh. Ya ampun tuhan je la tau perangai derang ni camana....

posted under | 9 Comments

it's christmas

Untuk pengetahuan korang sume kat sini da semakin meriah ngan perayaan terbesar disini iaitu krismas!!! Sana sini penuh ngan pokok krismas dan lagu raya derang la. Kalau kat Msia plak kira cam hari raya la kan. Sana sini berkumandang lagu raya.

Pagi tadi kitorang pergi shopping complex bab nak beli alat penimbang berat badan. Hahahahahaha.... Sampai2 parking sume da penuh. Yela hari sabtu sume org tak keje. Ambik kesempatan la diorang nak bershopping raya. Dalam shopping complex punya la sesak ngan orang ramai. Sume pakat nak beli hadiah untuk krismas. Lagu krismas plak tak putus2. Teringat plak kat Msia time2 raya. Tetiba rasa cam berada kat Msia la plak kan.

Papepun untuk umat islam Selamat Hari Raya Aidiladha....





posted under , | 7 Comments

ditiru peniru kene tiru

Kalau orang ingat tag yang lepas aku ada citer pasal Mirko yang mula berminat lagu Peterpan. Beberapa hari lepas aku baru discover satu penemuan baru. Tak tau la korang sume da tau ke tak pasal hal ni. Aku kat sini baru je tau. Maklum la dok jauh kan. Banyak berita sampai lambat kat sini. =)

Sila lihat apakah kisah yang aku nk sampaikan kali ni....


Mirko kata mmg dasar peniru tol la... Kot yer nak tiru pun jangan la tiru bulat2. Tiru skit2 da ler. Apakah komen anda sume...

posted under | 6 Comments

taggy from erin

Finally, dapat jugak aku buat tag dari Erin yang da lama berlapuk ni. Mintak maaf la. Kesulitan amatlah dikesali. =) Jom kita tgk apa lak assignment kali ni. Pelik tapi benar. Tag kali ni kene tulis bukan kene taip. So, mari menulis....



1-your name / username

2-right-handed or left handed

3-favorite letter to write

Ceria2kan hari anda. Banyakkan ketawa supaya hati senang. Kalau asyik bermuram durja nnt cepat tua.. Huhuhuhuhu


4-least favorite letter to write tak baik kata org bodoh kan??


5-Write the quick brown fox jumps over the lazy dog apa kene mengena ngan ayat ni ha... belasah je la...


6-tag 6 people..

posted under , | 8 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month