lauk pauk

Lama sungguh tak bercerita hal lauk pauk di dapur kan. Maklumla setiap kali abis masak tak sempat la nak snap gambo. Perut da lapo so terus je lahap. Ish... gelojoh lak bunyi nyer. Bukan apa pas penat memasak aku malas nk tangkap gambo... Terus je duduk dan melantak...

Gambo lauk pauk ni pun bukannya gambo terbaru. Lauk dinner kitorang pada minggu lepas. Jom kita tengok apa yang ada. Lauk tak banyak ler bab suami aku ni bukan reti makan kalau lauk banyak. Dia tak tau mana satu nak pilih. So masak 2 atau 3 jenis lauk da ler kan.


Sayur Campur. Cam menarik jer... Colorful.

Kerabu perut. Belasah je la. Mirko teringin plak nk makan perut. Aku wat ciput je bab first time buat. Kang tak sedap kang susah plak. Last2 Mirko kata sedap, esok tu buat kerabu perut camni lagi skali.

Wah... tang ikan masak sweet and sour ni yang tak tahan ni. Aku pun taktau ni ikan apa. Masa kat pasar tu nampak ikan ni cam best jer kalau goreng. So kitorang beli la kan. Licin ikan ni kene belasah ngan Mirko. Siap ratah lagi tu. Kalau korang nak tau Mirko sebelum ni tak suka makan ikan bab dia kata ikan busuk la.. hanyir la. Mirko start makan ikan selepas kenal ngan aku bab aku suka makan ikan. =)

Cukup la kan 3 jenis lauk. Mirko kata aku boleh bukak restoran. Boleh ke? Ish... Masak untuk diri sendiri boleh la... Masak untuk org lain tak pas lagi la...

hantu coklat

Aku mmg la pantang nampak coklat. Tiap kali pergi supermarket aku mesti beli anything untuk menggemukkan diri. Hahahhahahah. Tambah2 lak skang ni kuar coklat baru iaitu Ferrero Rondnoir adik beradik Ferrero Rocher. Kalau tak silap aku makan coklat ni boleh menenangkan fikiran. Yeke?? Kalau begitu sesapa yang ada prob tu, marila kita makan coklat banyak2 yek.

Aku rasa skang ni aku da tukar taste la. Dulu masa kat Msia suka sgt Coklat Dairy's Milk. Tp sejak dok sini mmg la tak jumpa coklat brand tu. Pastu mula mengenali coklat2 produk italy. Skang ni mula berminat pada coklat 'fondente' bermaksud coklat yang agak pahit. Sedap weh... Kaw gitu. Hahahhahahhaha




posted under , | 9 Comments

mood minggu ini


Mmm... mood untuk minggu ini. Happy kot??? Harap2 mood tak baik minggu lepas tak berulang lagi. Walaupaun tersenyum tp hati ni sapa yang tau kan. Orang bila nampak kita gembira mula la nak menghancurkan hidup kita dengan mengeluarkan kata2 yang tidak baik dan kata2 itu boleh menghiriskan sekeping hati yang amat sensitif ini.

Huh poyo.. Hahahhahahah... Aku tensen la sebenarnya. Bengang pun ada. Orang bermuka2 ni rasa nak penampor pun ada. Kekadang kita kene hormat pada orang tua tp bila mulut org2 tua amatla cabul dan kurang ajar adakah kita kene hormat orang itu??? Aku doakan kata2 kesat yang diluahkan pada diri aku akan tempias pada darah daging derang sendiri. Dan orang itu aku akan ingat apa dia da buat kat aku smpi mati. Nasib la, aku ni mmg kejam orngnya. Sapa buat hal ngan aku, jangan harap aku nak maafkan. Jahat ke aku? Huh, org yang mengata dan mengutuk aku dan keluarga aku tu lagi busuk hatinya.

Sabo... Sabo...

posted under , | 15 Comments

bendera merah


Dua tiga arini mood tak baik arr... Banyak perkara sedih yang berlaku. Huhuhuhuhu... Tambah2 plak bendera merah sedang berkibar. Paham2 la kan org pompuan... Lg la bertambah sensitip dengan setiap kejadian yang berlaku. So tak de mood nak bercerita. See u guys bila mood da ok yer...
p/s: gambo diatas adalah gambo pada tahun lepas. Masa Hari Raya Haji. Masa tu tak kawen lg. Ni adik aku punya keje la tu candid masa aku tgh tdo. Tdo ler perut da kenyang. Huhuhuhuhu

posted under | 9 Comments

pokok cabai

Hahahahahh... Lihatla pokok cabai aku yang aku beli minggu lepas. Cantik kan? Warna warni gitu. Ketiga2 pokok ni harga 5 euro je. Aku da rasmi pun cabai ni. Ya ampun pedas nak mampus. Nasib baik aku buh satu je dalam masakan. Kalau buh dua tiga bijik mau berasap telinga suami aku. Hahahahahhhahaha




posted under , | 10 Comments

jom masuk dapur

Da dua hari asyik megemas rumah. Rumah bersepah2. Penatnyer mengemas rumah. Pagi tadi plak gi pasar menambah stok. Peti ais pun da kosong. Pas balik pasar apa lagi kene masuk dapur la siang ikan, bersihkan ayam segala. So arini tak berapa nak larat nak update blog. Hahahahahha....


p/s: gambar diatas adalah gambar hiasan semata2. Tak de kene mengena ngan kisah arini. Gambar ni diambil beberapa ari yang lepas. =) Masak untuk dinner.

posted under , | 10 Comments

misi mencari cendawan

Alkisahnya pepagi buta ari ahad kami kuar beramai2 masuk kawasan hutan berdekatan ngan umah kami untuk mencari cendawan. Sampai2 bukan kami je yang mencari cendawan. Ada dua tiga orang lain yang da mula mecari cendawan sejak pagi lg. Kalau tak datang awal2 mesti tak de lg cendawan ni. Sume org da ambil. Lgpun kawasan hutan ni untuk org ramai, so sesapa saja boleh dtg kutip cendawan kat sini. Tp kene juga hati2 terdapat cendawan yang tidak boleh dimakan dan beracun. My father in law mmg pakar dalam hal ni bab da 20tahun dia akan kutip cendawan kat hutan ni setiap musim luruh. Jom kita tengok gambar!!!

- cuba cari mana dia cendawan -

- kene pandai tgk kalau tidak tak jumpa la cendawan -

- cantiknyer cendawan ni -

- hati2 bila berjalan, jgn terpijak cendawan -

- cendawan lagi... gemuk2. cantik kan? -

- biar org yang expert yang ambil cendawan ni -

- penuh cendawan kat setiap tunggul kayu -

- misi masih belum tamat -

- masih banyak lg cendawan, jom cari -

- da letih da ni, bergambar la jap -

- penuh bakul kutip cendawan -

- banyak tak? free tu, kutip sendiri -

- orang kuat dalam misi mencari cendawan -

- penat tp best, 1st time kutip cendawan dlm hutan -

- aik??? depan umah aku pun ada cendawan, tp ni tak leh makan da -

posted under , , | 10 Comments

selamat berangkat

Family aku da pun selamat berangkat ke Msia ari selasa minggu lepas bersamaan 14 oktober 2008.

Ari selasa aritu pepagi lg kami da bertolak dr rumah nak ke airport. Yela jalan jammed mmg tak hengat. Kami bertolak dr rumah lebih kurang kul 8.00 pagi dan smpai ke aiport lebih kurang 9.30 pagi. Kalau tak jammed setengah jam je da leh smpi airport.

Sampai2 airport je, kami lak yang sampai awal. Parents aku tak sesapai lg. Ni sapa yang beria nk balik ni??? Hahahahhahah... Memandangkan kami smpai awal kami pun pi la breakfast dulu. Aku suka breakfast kat airport. Ada pemandangan kapal2 terbang. Ni rasa nak naik ni. =)



Elok je kami abis breakfast parents aku pun sampai la... Tu dia... banyak tol beg tu. Sampai 3 troli ha nak letak sume beg2 derang.


Tak lengkap la kalau tak de sessi tangkap gambo... Jom kita tengok gambo ni. Weh, aku tgk aku makin berisi la.. Apa kes ni... Mampuih la.... Malas la nak diet...


Time ni sedih la weh. Tp cover la kan. Kang orang tgk tak macho la plak kan nangis. Hahahahhahaha... Tp last2 Mirko nangis da... Tu yang tak tahan tu. Aku malas nk pi dekat ngan dia kang aku pun nangis sekali. Huhuhuhuhuhuhu..... Kesimpulannya aku tetap maintain...



posted under , | 8 Comments

cerita isnin lepas

Alkisahnya ari isnin lepas aku bawak mak aku gi umah aku before derang nk berlepas pulang ke Msia. Bapak aku tak ikut bab sibuk. Last2 minit nak balik Msia pun dok sibuk keje lg. Sebelum ke rumah , kami bawak la derang pusing2 ke tasik yang berdekatan ngan umah kami. Kat area tasik ni la kami selalu pi jogging masa bulan panas dulu.



Lepas da pusing2 sekitar tasik sampai la kat umah. Tp lunch bukan kat umah kitorang. Kitorang pi serbu umah my mum in law. Yela umah sebelah2 je kan. Bila masa lak aku nak memasak kalau pepagi tu bawak derang jalan2. Lgpun my mum in law yang menawarkan diri masak lunch untuk parents aku.

Gambar makanan aku tak sempat nak tangkap bab sibuk tolong my mum in law kat dapur. Takkan tak tolong plak. Kang ada kene bebel ngan mak aku bab tak tolong my mum in law kat dapur. So kita pun merajinkan la diri di dapur.



Lastly tangkap ler gambo beramai2. My father in law pun tak de dlm gambar ni bab gi keje. Mirko jd tukang tangkap gambo. Anyway, ni umah my parents in law. Bukan rumah aku. Rumah kitorang kat sebelah jer....

sambung cerita aritu

Ni nak sambung cerita ari sabtu aritu. Pas je kitorang breakfast kat hotel aritu, kitorang pun kuar ler nak gi jalan2 sekitar kawasan Rome. Mana lg nk pergi kalau bukan ke Colloseum. Hari sabtu pi Colloseum, orang punya la ramai. Tengok la barisan nak masuk ke Colloseum. Punya la panjang. Da dok sini hampir 3 thn tp aku tak pernah masuk lg. Mana taknyer asal gi jer barisan panjang giler. Malas nak beratur. Tak pe la kita tunggu lain kali jer la kan. Ari sabtu aritu cuaca panas elok. So meh kita layan gambo2 ni...







Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month