kami raya dulu

Raya.... Raya....Raya....
Kami kat sini da raya dulu. Hari raya jatuh pada 30 Sept 2008. Awal sehari dr Msia. Jangan mare yer korang. Sampai2 masjid jer malam td untuk terawih sume org kata esok raya. Da tak de terawih lg da. Mak aku da kelam kabut da... Apa pun tak ready lg. Yela ingt kot raya sama ngan Msia. Da tu umah parents aku tunggang langgang sibuk packing nak balik Msia da.... So macam mana nak raya ni... Tahun ni kita beraya ala kadar je la yer... Pape pun sila dtg umah 5hb nak wat open house... Umah da tonggang langgang pun sempat wat open house lg tu =)


Tengok la gambar kat bawah ni. Kotak di merata2 tempat. Sampai kat depan pintu masuk rumah pun penuh ngan kotak2. Cantiknyer la rumah sempena raya tahun ni. Huhuhuhuhuhu









posted under , , | 5 Comments

raya raya raya

Tak lama lg kita akan memasuki bulan Syawal... Sume skang ni mesti tgh sibuk pasal baju raya, kasut raya, kuih raya dan segala yang baru untuk beraya..... Raya sakan no....

Semalam pi umah parents aku lg berbuka puasa... Meh kita pi selongkar tengok kuih raya yang mak aku buat. Buat pun tak banyak bab derang da nak balik. So beraya ala kadar je tahun ni. Sibuk packing barang... Tengokla kuih2 tu sume tersusun elok. Huh, nak bg kat org kuih tu. Bg org2 italy kuih raya orang melayu.

Apa2 pun kuih tradisional spt kuih makmur dan mazola tetap menjadi pujaan hatiku. Kalau nk buat sendiri tu rasa2nya mmg la tak reti. Huhuhuhuhu

...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.....




posted under , | 6 Comments

kene paksa

Semalam masa Mirko pi sembahyang Jumaat, aku stay kat umah mak aku. Sajer nengok org tengah buat kuih raya ( lupa lak nk tangkap gambo kuih raya yang mak aku wat ). Then bila nak balik mak aku bekalkan la roti jala ngan kari ayam turki ni kat kitorang untuk berbuka puasa.

Huh, korang ingat Mirko makan ke? Jenuh aku paksa dia makan roti jala ni. Last2 dia takmau makan. Dia tak pernah makan sebelum ni so kekadang dia takut nak makan. Geram je aku la dia ni. Tu yang kekadang malas nak masak pelik2 kat umah ni. Kalau masak ayam masak kicap ke 3 pinggan nasi dia tambah. Bagus gak tak payah aku nak bersusah payah nk buat roti jala. Da ler tak reti nak buat. Hahahahahahha



Selain dr roti jala tu aku wat kebab. Ha.. kebab main hentam jer. Buh kobis bawang segala then buh daging yang telah direbus ngan sedikit perencah kari. Pastu buh cili sos ngan mayonis. Kebeb negara mana tu??? Kebab cara aku da... Hentam je la kan.. Janji perut kenyang...

kasut raya?

Petang semalam pas sembahyang jumaat aku ajak la Mirko gi shopping complex ingat nak usha la apa yang patut... Hehehehehhe. Kat sini bukan musim perayaan, so tengok la shopping complex tu kosong jer... Tp kalau bulan 11 dekat2 nak krismas, ya ampun org punya la ramai. Time tu la sale segala.

Kedai beg ni mmg aku suka masuk. Tp semalam malas nk masuk bab beg aku da banyak. Tp last2 asyik pakai beg yang sama jugak. Yang lain tu simpan wat pekasam... Bukan apa sayang nak guna. Hahahahhahaha.


Tujuan sebenarnya nak beli kasut. Tp aku ni bab kasut mmg la payah. Pusing sume kedai kasut pun mesti tak de yang berkenan. Memandangkan skang ni da nak masuk musim sejuk kene la beli kasut boot supaya kaki tak beku kesejukan. Last2 da masuk 4 kedai tak de satu pun yang berkenan. So besok kita pi shopping complex lain plak yek...

Hahahahhaha... sempat lg tu snap gambo jamban. Sajer nak tunjuk. Nampak jer bersih tp tak bersih pun. Huhuhuhuhuhu


posted under , | 3 Comments

diet konon



Konon2 bulan pose ni nak diet. Nak kontrol makan. Tp alkisahnyer da hampir seminggu kitorang tiap2 malam dlm kul 10 malam pi makan gelato@ icecream. Apa kisah ni??? Apa2 pun ni aku la punya pasal ari2 ajak pi makan ice cream. Mirko da start bebel. Arini last makan icecream then tunggu minggu depan plak baru datang sini makan icecream.

Skang mesti korang da tau kan napa aku makin berisi skang. Kuat makan.... Ice cream, coklat tu sume favourite tu. Tp coklat da hampir sebulan tak beli. Diet la tu kekonon... Bulan pose pun berat tak turun2 pun... Kang tambah raya kang nk pi open house lg. Sib baik la dok sini tak banyak rumah nk pergi, kalau kat msia mmg la aku simpan perut bab banyak rumah yang aku kene pergi. Tu la masa dok Msia dulu asal raya jer mesti aku demam, mana tak demam, macam2 aku sumbat masa raya pas perut da biasa kosong semasa sebulan berpuasa. Ish buruk tol perangai. =)

posted under , , | 9 Comments

memancing

Eh, bukan kitorang yang pi memancing... Kitorang pagi semalam saja keluar makan angin... Ingin mencari kedamaian di tepi pantai. Chewah!!! Sampai2 ramai plak orang memancing. So layan je la tengok orang memancing. Dalam dok syok tengok derang memancing dapat banyak ikan plak tu, lama2 kitorang pulak yang naik syok, rasa macam nak memancing jugak. Hahahahahahahaha.





Nampak panas tp angin yang bertiup semakin sejuk skang ni. Ha... aku yang tak tahan sejuk ni mula la memakai sweater yang berbulu2 itu. Sejuk da weh....


nak tanya

Ha... aku nak tanya pendapat korang ni berkenaan dengan patut atau tak patut. Mmm... Mesti sume orang tau yang aku kawen bulan March aritu. Mengikut perancangan asalnya, family aku kene balik Msia bulan April. Then terus nk wat majlis perkahwinan aku kat Msia. Disebabkan beberapa masalah negara yang timbul, family aku kene stay kat sini maybe hingga ujung tahun ni. Berhubungan dengan itu, majlis perkahwinan aku kat Msia pun terpaksa la ditangguhkan. Maybe tahun depan baru akan dilangsungkan majlis ini di Msia. Takkan nk wat majlis kawen kat Msia tp family aku kat sini kan...? Bab tu la aku balik bulan May aritu just untuk jumpa member2 jer.

Persoalannya patut kah aku wat kenduri kawen ni. Ada yang berkata "baik tak payah buat kenduri, majlis da basi. Da tak pengantin baru lagi da. Pengantin basi". Huhuhuhuhuhuh. Pada pendapatan korang patut ke tak patut aku wat kenduri ni. Kalau tak patut tak payah la aku ajak korang kan. Aku wat secara kecil2an sudah ler hanya untuk keluarga terdekat.

Bukan apa, mulut orang ni kekadang susah nak tutup. Buat payah tak buat pun payah... Ada jer nak mengata... Ish.. Bulan pose.. Sabo jer la....

posted under | 12 Comments

Maaf Zahir Batin

Tak sampai seminggu lagi kita da nak raya kengkawan. Cepatnyer masa berlalu... Kat Msia skang ni mesti meriah giller kan. Kat perantauan ni suasana tak semeriah kat Msia. Kat Msia beraya selama sebulan. Kat sini suasana raya dirasai cuma seminggu jer.

Oklah dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Kalau ada salah silap tu harap dimaafkan. Balik kampung tu hati2. Berhati2 dijalan raya, ingat orang yang tersayang. =)

Memandangkan aku dok jauh diperantauan, nk bg kad raya tak de dijual kat sini. So aku pakai e-kad je la yer. Maklumla teknologi pun da canggih skang kan. Jauh dimata dekat dihati. Hehehehehhe. Kad raya ni khas untuk kawan2 dan juga all my readers. Jangan lupa gantung kad raya ni kat blog korang yer.



Nak duit raya? Memandangkan tahun ni aku baik hati aku nak bg duit raya jugak la kat korang sume. 10 Euro cukup la yek. Kalau tukar duit Msia banyak tu. Tak yah buh dalam sampul la kang tak nampak lak berapa Euro kat dlm tu. Amek yer jgn tak amek.


p/s: weh makan kuih raya tu ingt skit org kat sini. kalau rajin leh pos skit kuih2 yang tahan lama. nnt aku kasi alamat. hahahahahahah. buat muka tak malu

posted under | 8 Comments

e-kad lagi

Dapat lagi e-kad raya dr Cik Syima. Thanks a lot. Wah.. dalam dok sibuk2 kat pejabat pun ada gak masa no mengedit kad raya ni. Aku bab edit mengedit ni mmg la malas skit. Tunggu aku rajin nnt aku balas kad hang no. Tahun ni beraya kat mana Syima? Kat Johor ke? Da tak balik Sitiawan lg ke? Ish.. banyak plak soklan aku. Huhuhuhuhuhu....

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk kengkawan sume.

posted under , | 5 Comments

sensitif


Tak de mood la nk update blog arini. Dekat2 nak raya ni sensitip la plak.. Beria nangis sgt sampai sakit pale aku. Syahdu rasanya beraya di perantauan.. Huhuhuhuhuhu (Poyo jer padahal da 4tahun aku beraya kat sini) 4 tahun aku beraya kat sini??? Huh, dasyat yek. Patutla aku rindu nak raya kat Msia. Waa..... ni nak nangis lg ni.

p/s: gambo tu bukan gambo mata aku, kalau tu mata aku mesti pengsan sume orang. Hahahahhahaha

posted under | 10 Comments

isu kecantikan

Mm... arini nak cerita skit tentang isu kecantikan dan kesihatan. Memandangkan pokok lidah buaya kat belakang umah tu da membesar dengan sihat dan segar, aku pun amek la kesempatan ini untuk membuat sendiri air lidah buaya yang amatlah baik untuk kesihatan. Mula2 ingat nak beli jer. Gi farmasi satu botol punya la mahal. Kecik lak tu. Huh, last2 baik aku wat sendiri. Tak de bahan kimia segala. Asli dari pokok. Tak gitu?

Mula2 amek satu pelepah pokok lidah buaya ni then buangkan kulitnya.





Amek isi lidah buaya tu then potong kecik2.


Then masukkan segelas air dan jerangkan isi lidah buaya tadi sampai mendidih

Lastly masukkan gula then minum. Minum jangan tak minum. Sedap tau. Kepingan2 lidah buaya tu rasa cam nata de Coco.




Lidah buaya ni ada macam2 jenis. Ada jenis yang agak pahit. Tp lidah buaya yang aku tanam ni tak pahit langsung. Banyak khasiatnya lidah buaya ni. Bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan. Tambah2 plak untuk orang wanita amatla bagus sekali. Untuk maklumat lanjut tentang lidah buaya ni sila klik disini:

bz again

Sehari dua ni bz skit la dok kat belakang rumah tengok2 kebun aku tu kan. Yela da makin sejuk skang ni. So kene wat la pape yang patut skang. Kang da sejuk konfirm aku dok dalam umah jer. Malas da nk mengadap kebun tu. Sejuk....

Tengok la sayur2 yang semakin gemok itu. Seronok plak bila tengok tanam2an membesar dengan sihat.


Minggu lepas

Pagi semalam


2 pokok salad di sebelah kiri tu da kene makan ngan kitorang. Tu yang kosong je tu kat situ.




Ni pulak pokok cabai yang mak aku bagi. Da mula berbuah da da pokok cabai ni. Sonok nyer bila tgk pokok2 berhasil. Bayangkan perasaan petani2 bila hasil2 tanaman mereka menjadi.


p/s: orang lain sibuk wat kuih raya aku sibuk mengadap kebun. Kuih raya mak aku kata dia yang akan buatkan so tak yah la sibuk2 nak buat. Thn depan kot baru wat kuih raya sendiri bila mak aku da balik msia. Tp kalau thn depan balik beraya kat msia tak payah la jugak buat kuih. Hehehehehhehe

posted under , | 9 Comments

e-kad raya


First e-kad raya yang aku dpt thn ni datang dr Kak Mieza. Thanks yer... Org first bagi kad ni terharu rasanya... Maklum la sejak dok Italy ni da tak dpt lg kad raya. Jauh sgt tak de sapa nk pos. Huhuhuhuhu... Kesiannyer kat diri sendiri...
p/s: da nak rayer ke? Selamat Hari Raya everybody!!!!

posted under , | 4 Comments

layan

Ingat tak lagi lagu dormi dormi ni. Aritu Mirko main gitar lagu ni. Tp kejap je ler bab dia tau aku tengah rakam, so dia malu. Muahahhaahahhahaha. Sila layan....


posted under , | 4 Comments

tukar musim

21 september bermulala musim luruh di Italy... Selamat tinggal musim panas. Da start kene pakai baju tebal skit skang ni. Angin semakin sejuk, cuaca agak tidak menentu dan asyik ujan jer.

Gambar ni aku amek masa kitorang outstation aritu. Tengokla awan punyala gelap. Sebab tu la kitorang terpaksa stay lg sehari aritu bab cuaca macam ni kalau nk drive malam2 kang bahaya. Tambah plak hujan lebat ngan guruh petir lg.




Kalau da awan gelap apa lg hujan pun turun la ngan lebatnya.... Dalam dok tengah hujan yang begitu lebat tu tetiba nampak plak pelangi. makin lama warna pelangi tu semakin terang. Pastu bila tengok betul2 ada 2 pelangi lg tu. Nampak tak?



Pelangi ni pelangi penuh lg tau. Tengokla camana pelangi ni bersambung dr kanan ke kiri. Tp makin lama pelangi ni makin terlindung dr awan yang gelap itu. Subhanallah...



posted under , , | 5 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month