blogger of the month



Sepertimana yang telah dijanjikan, pemenang 'blogger of the month' untuk bulan lepas jatuh kepada Baby!!!!

Thanks kerana sudi membaca entry2 kat sini dan meninggalkan komen. Semoga persahabatan di alam maya ini berkekalan selamanya =)


Jangan lupa bg alamat yer nak post hadiah yang telah dijanjikan. Minggu depan baru nak boleh pos sebab minggu ni minggu cuti kat Italy. =)

posted under | 6 Comments

tradisi malam tahun baru


Tahukah anda, tradisi org Italy pada malam tahun baru iaitu malam 31 Disember : memakai seluar dalam berwarna merah. Mereka percaya amalan ini membawa tuah kepada tahun yang akan datang.

Bertambah tuah lagi sekiranya memakai seluar dalam yang dihadiahkan oleh orang lain. Sekarang ni kalau pergi kedai pakaian dalam, banyak pakaian dalam berwarna merah di sana sini.

bestnya dapat hadiah

Sungguh aku sangat rindu kat blog aku dan blog korang semua. =) Tiap2 ari asyik teringat kat blog yang tak update sepanjang minggu lepas. Tp bila balik keje, da penat sangat2 dan tak sanggup nak mengadap laptop lak.

Sambung cerita pasal krismas minggu lepas. Pagi krismas tu dapat hadiah dr Mirko. Dapat digital kamera baru. Jenama samsung. Dalam tu ada lagi dua hadiah secret yang tak leh bgtau. Hahahahahah....


Dalam kotak tu lak hadiah aku kepada Mirko. Sebuah buku fotografi yang aku order dr internet, sebuah buku manual 3D Max, dan sehelai baju sejuk.

Bila tiba waktu makan tengahari, kami pergi ke rumah my parents in law untuk sessi makan2 lagi. Pas rumah my parents in law, malam tu lak dinner kat rumah makcik Mirko. Giller ah... Aku sampai tak larat nak makan sepanjang minggu lepas. Orang Italy ni kalau bab makan mmg penuh meja ngan makanan.

Sebelum bermula sessi makan2 kat rumah my parents in law pada tengahari 25hb tu, mula2 kitorang wat sessi tukar2 hadiah. Hadiah dari my parents in law kepada Mirko, aku, adik Mirko dan boyfriend adik Mirko. Pastu Hadiah dari kitorang kepada my parents in law, adik Mirko dan boyfriend dia. Sambung lagi hadiah dari adik Mirko dan boyfriend kepada Mirko, aku dan my parents in law.


Hampir sejam lebih gak la sessi tukar2 hadiah ni. Mengikut adat org Italy, hadiah yang mereka bagi hendaklah dibuka masa tu juga. Kalau kita tak buka hadiah yang mereka bg dihadapan mereka, mereka akan kecil hati dan perbuatan ini dianggap tidak beradab. Lain negara lain adabnya. Orang Msia lak kalau orang bg hadiah, kita simpan dulu. Pastu bila org da balik baru la bukak hadiah. Kan kan kan?


Apa lagi jom kita bukak hadiah. Sengih sampai ke telinga tu. Sabo je la.. Hahahahahahah. Ni hadiah dr my parents in law.



Cantiknya... Set alat mekap berbentuk bunga lotus. Mirko pun sungguh terpegun tgk set mekap ni. Pusing je kat bahagian atas tu, semua kelopak bunga tu akan terbuka sekaligus. Tetiba terasa sayang lak nak guna. =)

Gambar tak banyak pun bab masing2 sibuk buka hadiah. Selepas hampir sejam lebih, tamat lah sessi bertukar dan buka hadiah. Tinggal je semua hadiah tu atas meja dulu bab perut dah lapar...

posted under , | 18 Comments

christmas eve

Nak cerita pasal krismas minggu lepas. Cerita da basi la kan. =)

Kebiasaannya 24hb malam akan disambut dengan makan malam bersama seluruh keluarga. Mengikut adat istiadat perayaan ini, makan malam semuanya berasaskan makanan laut. Pada malam tu mereka tidak boleh makan daging atau selain dari makanan laut.


Gambar tak banyak bb aku sibuk tolong memasak kat dapur. Hehehehe. Tunggu entry seterusnya nak citer pasal hadiah pulak =)



posted under | 7 Comments

turun mendadak


Hello semua.... Tak lama lagi da nak masuk tahun baru... Apa rancangan anda semua sempena tahun baru ni???

Alkisahnya suhu kat Italy ni semakin sejuk. Minggu lepas suhu dicatat -1 degree. Tp dekat Rome salji masih belum turun. Kat bahagian utara pulak penuh ngan salji. Minggu lepas banyak flight dan keretapi dari Milan terpaksa dibatalkan akibat salji tebal.

p/s: bila aku nk pi main salji ni. huhuhuhu

busy mode

Serious busy giller minggu ni. Ramai staff da start amek cuti untuk krismas. So yang tinggal kat ofis ni mmg banyak sgt keje nak disettlekan dan nak kene cover. Tambah2 lak da nak hujung tahun ni nak kene tutup akaun lebih awal.

Tahap kesibukan aku minggu ni sampai nak approve komen korang semua pun tak sempat. Apatah lagi nak blogwalking. Anyway, kepada semua yang sambut krismas, Merry Christmas. Kepada semua blogger, selamat tahun baru. =)

let's planning

Musim cuti sekarang ni. Tambah2 lak nak sambut tahun baru. Ramai yang plan nak bercuti panjang dari krismas sampai tahun baru. Kami pun tgh tgk budget nak plan cuti. Mirko nak pi Berlin aku lak nak pi Paris. Camana ni??? Berlin? Paris?

posted under | 14 Comments

gift for my husband


Sempena krismas hadiah untuk Mirko aku order dr Internet. Sebuah buku fotografi dari website Amazon.com. Sangat bagus ok servis website ni. Aku order ari Isnin aritu 14/12/09. Ptg tadi hadiah untuk Mirko da sampai. Sungguh cepat sekali. =) Ni kali kedua aku order kat website ni. Mmg sangat puas hati.

posted under , | 12 Comments

hujung minggu yang memenatkan

Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu paling penat sekali. Penat shopping. Tp bukan shopping untuk diri sendiri. Huhuhuhuhuhu. Shopping beli hadiah untuk sedara mara dan kawan2 sempena krismas ni.

Sabtu, Ahad dan Isnin. 3 hari pusing2 shopping complex cari hadiah. Bukan senang nak beli hadiah ni. Nanti kalau salah pilih tak berkenan pulak di hati. Senang sikit hati hadiah untuk parents in law sume da beli. Kalau nak beli last minit, jangan harap la. Orang mesti ramai berpusu2 shopping di saat2 akhir.



Hadiah untuk diri sendiri kene tunggu pagi krismas tu la. Ada sessi tukar2 hadiah. Tu yang best tu bila dapat hadiah selain acara makan2 sampai kenyang. =)

posted under , | 15 Comments

pemeriksaan mata


Bilakah kali terakhir korang wat pemeriksaan mata? Aku ari Jumaat aritu ada appoinment ngan doktor mata. Alkisahnya bulan lepas aku selalu sgt sakit kepala so first step pi jumpa doktor mata if ada any probs. Wat appointmentnyer bulan lepas, oleh kerana ramai sgt org kene tunggu turn, ari Jumaat aritu baru la sampai turn aku.

Hampir dua jam baru complete wat checkup mata. Macam2 test doktor tu buat. Bila doktor tu suruh aku sebut semua huruf2 dan warna2 untuk test penglihatan aku, semua aku jawab dengan betul. Doktor tu kata ni first time pesakit dia boleh jawab semua dengan betul. (hahaha, bangga sekejap disitu). Aku tak de masalah penglihatan cuma mata kanan aku agak sensitip dengan cahaya. Sakit kepala aku tak de kene mengena dengan masalah mata aku yang sensitip tu.

Lagi satu sebab yang menyebabkan aku tetiba nak wat checkup mata ni sebabnya kawan Mirko sorang ni pi wat checkup mata beberapa bulan lepas. Doktor kata dekat dengan kawasan mata hitam dia berlubang. (lubang ni bukan boleh dilihat dengan mata kasar. Kene pi jumpa doktor mata baru mereka boleh nampak lubang tu) Kalau tak wat operation laser secepat mungkin, dia ada risiko untuk buta. Giller ahh... Takut aku dengar kawan dia tu bercerita.


Aku tanya kawan Mirko tu, ada ke dia rasa apa2 sintom2 kat mata dia tu? Dia kata tak de rasa pape pun. Kalau dia tak pi jumpa doktor mmg la dia tak tau pun dia ada masalah tu. Menurut doktor mata, kita hendaklah wat pemeriksaan mata setahun sekali. Pemeriksaan lengkap. Bukan setakat periksa penglihatan sahaja. Harus juga periksa keadaan kesihatan mata kita. Oleh yang demikian jagalah kesihatan mata kita =)


p/s: petua org italy untuk jaga mata : titikkan susu segar sehari sekali. Aku pernah wat sekali jer pastu tak pernah wat da. tak selesa aku rasa la..... last2 aku letak eyemore je tiap hari. hahahahahah

penyakit M

Penyakit M iaitu penyakit malas menyerang aku. Bab tu slow jer aku update blog minggu ni. Blog kengkawan lain pun aku lama tak singgah.

Manakala kat Italy ni plak semua orang dlm mood nak krismas. Mana2 pun berkumandang lagu2 krismas. Lampu dan pokok krismas sana sini.

Last week kitorang pi jalan2 kat center rome. Orang punya la ramai nak shopping beli hadiah krismas. Bersesak2. Tak sanggup aku nak harungi orang ramai ni. Cuba klik kat gambar bawah ni. Ramai kan?

p/s: adiah yang aku pos kat Eryn dah pun sampai. Wah... laju giller tak sampai seminggu pun da smpi Msia. Dasyat kan?

permintaan ramai

Kelas bahasa italy kat sini telah mendapat perhatian ramai bloggers. Tak sangka ramai yang mintak aku sambung kelas bahasa ni. Actually bahasa italy ni tak susah sangat. Sebutannya cam bahasa baku kita. Cuma penggunaan perkataan dalam bahasa italy sungguh banyak sekali. Tu yang kekadang buat aku susah nak ingat. Contohnya:

Mangiare
- Makan


Io mangio riso

Saya makan nasi


Tu mangi torta

Awak makan kek


Lei (female) / Lui (male) mangia mela

Dia makan epal


Voi mangiate pollo fritto
Kamu makan ayam goreng


Noi mangiamo dolce

Kami makan kuih


Loro mangiano gelato

Mereka makan aiskrim


Tu baru penggunaan untuk perkataan makan. Berapa banyak perkataan ada dalam kamus italy. Bayangkanlah....


Berjalan
- Camminare


saya berjalan
- io cammino

awak berjalan
- tu cammini

dia berjalan
- lei/lui cammina

kamu berjalan
- voi camminate

kami berjalan
- noi camminiamo

mereka berjalan
- loro camminano


Bere - Minum

saya minum kopi - io bevo caffe
awak minum susu - tu bevi latte
dia minum teh - lei/lui beve te
kamu minum wine - voi bevete vino
kami minum air - noi beviamo acqua
mereka minum jus oren - loro bevono succo di arancia

Setakat ni apakah pendapat korang. Senang ke susah bahasa italy. Jenuh weh nak kene mengingat sebenarnya. Hahahahah

berhati-hati hantar anak di pusat asuhan




Beberapa hari lepas, video ni telah mengegarkan seluruh Italy. Kejadian berlaku berhampiran Florence di mana dua pengasuh di pusat asuhan kanak2 telah mendera kanak2 di situ dengan tidak berperikemanusiaan. Kanak2 dipusat itu berumur antara baru lahir hingga 4 tahun. Kesian giler aku tgk budak2 ni kene dera. Nak nangis aku tgk weh. Mak bapak budak2 ni mmg desperate giller sampai ada yang nak belasah dua pengasuh tu sampai mati.

Video ini sebenarnya di letakkan oleh ibu bapa kanak2 di pusat tersebut secara tersembunyi dengan bantuan pihak polis kerana mereka mengesyaki sesuatu yang tak kene dengan anak2 mereka sejak kebelakangan ini. Selepas tgk video ni apa yang mereka syak mmg betul belaka.


Ibubapa kanak2 di pusat itu mendapati anak2 mereka sering:

- menangis kerana tidak mahu ke pusat asuhan setiap hari

- masih lagi menangis setiap kali pulang dari pusat asuhan

- penuh ngan kesan2 lebam sana sini

- murung dan tidak mahu bercakap dengan ibubapa

- mendera dan memukul anak2 patung dan mainan mereka (mereka lakukan seperti mana pengasuh mereka lakukan kepada mereka)


Selepas melihat video ini ibubapa mendapati anak mereka sering didera oleh pengasuh disitu. Antara kekejaman yang dilakukan adalah:

- sering memukul kanak2 di situ ketika mereka menangis

- pukul kanak2 ketika mereka tak mahu makan

- bila kanak2 muntah pengasuh suruh kanak2 itu jilat balik muntah mereka, jika kanak2 tak jilat muntah mereka, pengasuh itu mengetuk kepala mereka

- bila kanak2 menangis mereka akan dikurung di bilik gelap dan dipasang muzik kuat2 supaya tangisan anak itu tidak di dengari

- kanak2 yang tidak dengar kata dikurung di dalam almari sempit

- kaki dan tangan kanak2 diikat supaya duduk diam dan tidak berlari kesana kesini
- suap makanan panas2 kepada budak2, bila budak2 menangis rambut dan muka mereka akan menjadi mangsa

Semua kanak2 di pusat asuhan itu sekarang ni megalamai trauma terhadap orang dewasa especially wanita. Kanak2 di pusat asuhan itu terpaksa menjalani rawatan psikologi dengan salah seorang doktor di situ. Kesian kan budak2 ni. Kecik2 lagi da kene dera. Mesti peristiwa ni tak boleh mereka lupakan seumur hidup mereka.


Kedua2 pengasuh itu sekarang ini berada di dalam penjara. Mereka telah di asingkan dari banduan2 lain kerana banduan2 lain telah melakukan percubaan untuk membunuh kedua2 pengasuh tersebut.


Pada aku mmg patut pun pengasuh ni kene bunuh. Jahat sangat. Pengasuh tu sorang berumur 40an sorang lagi berumur 28 tahun. Geram la aku weh. Tu aku baru tgk dia wat kat anak orang. Kalau dia wat kat anak aku, tak tau la nak kata camana. Tengok berita semalam salah sorang pengasuh tu nangis2 mengatakan dia tidak bersalah. Tau lak nak nangis. Masa ko pukul budak2 tu masa diorang nangis tak plak ko sedar diri. Geramnya aku weh.. geram!!!!!


p/s: ibubapa hendaklah sentiasa prihatin terhadap perubahan anak2 mereka.sekiranya anak2 takmau ke sekolah atau ke pusat asuhan, mesti ada sebab2 yang menyebabkan mereka tidak selesa di situ.

posted under | 31 Comments

pos hadiah untuk Eryn

Pagi semalam aku pi pejabat pos untuk pos hadiah untuk Eryn, yang telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Blogger of the Month untuk bulan November.

Aku wat pos biasa jer Eryn oi... Tp tu la... aku tanya minah kat pejabat pos tu bila boleh sampai Malaysia, dia kata tak tau. Mungkin seminggu, 2 minggu. Mungkin juga sebulan. Tp mmg akan sampai walaupun lambat. Ko tunggu je kat depan pintu ko tu Eryn. Bila da sampai jgn lupa bagitau aku.
Kalau tak sampai bagitau aku jugak. Biar aku belasah minah kat pejabat pos tu. =)

Kepada blogger2 yang lain. Kalau korang ingat entry aku yang lepas, aku bgtau ada 2 hadiah kan. So ada satu lagi hadiah yang menanti pemenang untuk bulan ni.

poll baru

Bila aku tak de keje, ni ler jadinya.... Aku baru tukar poll. Poll yang lama da ramai yang jawab. Sesapa yang rajin nak melayan poll aku ni, silalah yer. Thanks.. Grazie Mille




p/s: pasni leh wat kuiz bahasa italy pakai poll la yek. =)

posted under | 6 Comments

italy kan nama anda

Mari kita lihat antara nama2 orang lelaki kat Italy ni

English Name - Italian Name (Girl Name)

Alexander
- Alessandro
(Alessandra)
Charles - Carlo (Carla)
Anthony
- Antonio
(Antonia)
David
- Davide

Danial
- Daniele
(Daniela)
Joseph
- Giuseppe

Mark
- Marco

Adam
- Adamo

Arthur
-Arturo

Edward - Edoardo
Robert - Roberto (Roberta)
Simon - Simone (Simona)
Francis - Francesco (Francesca)
Martin - Martino (Martina)
Micheal - Michele (Michela)
Paul - Paolo (Paola)
Valentine - Valentino (Valentina)

dan banyak lagi. Tak larat nak disenaraikan. =) Kalau korang nak tau lebih lanjut klik kat link ni

jom gemukkan badan

Rata2 ramai yang sedang diet. Aku lak dok tgh nak menambahkan berat badan. =) Suka sangat makan makanan manis2 skang ni. Adakah aku kekurangan vitamin B???

- American waffle with hot chocolate and whipped cream -

- crepes with nutella and whipped cream -

- jom makan -

posted under | 14 Comments

jom masuk kelas bahasa

Wah... tak sangka ramai rupanya yang berminat bahasa italy ni. Kalau camtu leh la aku wat kelas bahasa selalu kat sini. Setuju ke?

Tee lak siap request video lagi. Alamak Tee.. Segan la plak Izan ni. Maybe request Tee akan dipertimbangkan untuk masa akan datang. =)


Aku pun tak berapa nak reti mengajar ni. Kita gamble je la yek


Cantik - Bella
Sangat cantik
- Bellissima

Kacak
- Bello

Sangat kacak
- Bellissimo

Pandai
- Brava (girl) / Bravo (boy)

Bodoh
- Stupida (girl) / Stupido (boy)

Comel
- Carina (girl) / Carino (boy)

Bayi perempuan
- Bambina

Bayi lelaki
- Bambino


Saya cantik
- sono bella (kalau lelaki sono bello)

Awak cantik
- sei bella ( kalau lelaki sei bello )

Saya pandai
- sono brava (kalau lelaki sono bravo)

Awak pandai
- sei brava (kalau lelaki sei bravo)


Emak - Madre
Ayah - Padre

Kakak - Sorella
Abang - Fratello
Makcik - Zia
Pakcik - Zio
Nenek - Nonna
Datuk - Nonno

Kawan perempuan - Amica (sebutannya amika)
Kawan lelaki - Amico (sebutannya amiko)

Sayang
- Amore

Sayangku
- Amore mio

Saya sayang awak
- Ti amo

Saya benci awak
- Ti odio

Saya rindu awak
- Mi manchi (sebutannya mi manki)

Awak rindu saya?
- Ti manco? (sebutannya ti manko)


Terima kasih - Grazie
Goodbye - Ciao

Ok... Rehat.. Take 5. Paham ke cikgu ajar ni. Al maklumla cikgu tak bertauliah nak mengajar.

kelas bahasa italy

Lama bebenor aku tak buat kelas bahasa italy kat blog ni kan. Ada ke anak murid aku ha? Jom kita belajar sikit2 bahasa italy.

Buah - Fruits - Frutta
Biskut
- Biscuits - Biscotti
Pen
- Pen - Penna
Coklat
- Chocolate - Cioccolato
Telefon
- Telephone - Telefono
Krim
- Cream - Crema

Antara perkataan italy yang seakan2 bahasa melayu
Almari - Armadio
Bendera
- Bandiera
Sekolah
- Scuola

Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month