letupan di Viareggio
Semalam 29 June 2009 jam 23:54 satu letupan yang sangat dasyat terlah berlaku di sebuah stesen keretapi di Viareggio berhampiran dengan Pisa. Letupan ini diakibatkan oleh keretapi yang mebawa bekalan gas GPL yang telah terkeluar landasan dan mengakibatkan salah satu tong gas GPL ini tercicir dan meletup.
Letupan ini sangat la kuat dan mengakibatkan 3 buah bangunan berhampiran stesen keretapi itu runtuh. Semua kereta2 yang parking berhampiran stesen itu hangus terbakar. Lebih dasyat dan menghayat hati lagi apabila semua org yang berada berhampiran area stesen itu hingga 300 meter hangus terbakar. Banyangkan betapa kuatnya letuapan gas itu berlaku. Menurut laporan berita seorang penunggang motosikal yang melintas jalan 300 meter dr tempat kejadian turut hangus terbakar dan mangsa hanya tinggal debu. Ngerinya...
Laporan berita setakat ini melaporkan 13 org mati dan 37 lagi cedera parah. Proses mencari mangsa dalam runtuhan bangunan masih lagi dijalankan.
Untuk gambar2 selanjutnya sila layari Ansa.it




p/s: sejak akhir2 ni banyak sgt kemalangan keretapi kat Italy ni. Kitorang nk pi Milan naik keretapi pun cam takut pun ada.









