dinner semalam

Semalam aku try resepi yang Erin bagi. Resepi apa?? Soto... Yela aku ni kan 'pandai' sgt masak so still lg kene belajar memasak even certain2 resepi nampak cam senang. Sebelum ni aku penah je buat kuah soto tapi tak mengancam sgt. Rupa2nya barula aku tau kene letak santan rupanya untuk bg lagi kaw. Mmmm....

Semalam masa start masak Mirko tak de kat umah, dia kuar gi cuci gambar. So aku sorang2 la kat dapur mula ketung ketang sana sini. Time dok menumis bahan2 atas dapur mak mertua kat sebelah panggil plak. Bab sebelum tu aku mintak minyak zaitun kat dia. Minyak zaitun kat umah da abis. Maklumla diorang ada pokok zaitun sendiri so buat minyak zaitun sendiri jugak. Tak payah nk beli. Jimat!!!! Masak soto semalam tak pakai pun minyak zaitun. Saja mintak wat stock kat umah. Kang nak guna tak dak pulak.

Owh sambung balik. Masa dok menumis da buh segala rempah, mak mertua panggil pulak bab nak bg minyak zaitun la kan. Api kat dapur da di'slow'kan. Masa kat luar dia nk bg itu nk bg ini. Last2 masuk2 atas dapur da hangit da...... Waaa..... Terpaksa la buang sume tu then kene wat lain. Huhuhuhuhu... Tak lama pastu Mirko pun sampai. Habaq kat dia lambat skit yer dinner bab terhangus bahan2 tumis so nk kene start balik menumbuk bawang segala. Hehehehehhe

Ni kuah masih dok atas api lg. Tak mendidih lg. Gambar da siap tak ambik la plak. Da lambat kan. Masing2 da kelaparan. So tak sempat nk amek gambar. Ingt nak makan je. =)

Haa... Siap ada mihun ngan nasi impit tu. Bukan apa mihun tinggal sikit je. Kang tak cukup pulak tu yang wat nasi impit skali tu. Bahan2 tak de apa pun cuma isi ayam ngan kobis je. Begedil tak buat bab tak de daging hancur, daun sup ngan daun bawang tak dak. Baru tanam. Kecik lg ha kat pokok pun. Takkan da nk amek kot. Bawang goreng ada tp terlupa lak nk buh. Da nk abis makan br teringat bawang goreng. Sambal kicap plak tak kaw sgt bab kicap da abis. Huhuhuhuhu. Soto ala2 koboi je la kan. Tak dak bahan sgt tp teringin nk makan pas tgk soto kat page Erin aritu. Tu yang tak tahan godaan tu. Nak makan kene la wat sendiri ok.


Ada sesapa teringin gak ke nk try. Klu nk sila ke page Erin untuk resepinya yer...

tepon rosak

Tepon rumah rosak!!!


Tepon kat umah kitorang pakai tepon cordless. Senang skit tak payah bertali2. Tepon ni da lama da wat hal sebenarnya. Bila cakap je pas 15 min dia terpadam sendiri. Dua tiga ari lepas tak de elektrik pastu bila da ada elektrik balik, tak mau idup balik plak tepon ni. So apa lg kene la pi beli tepon baru. Pagi td pas kuar gi breakfast terus la pi shopping complex nk mencari tepon baru sebagai ganti tepon umah yang da bengong tu ha...

Inilah dianya tepon baru beli td. Ha.... Kaler putih gitu. I like!!! Jenuh gak la gaduh2 kat kedai td. Mana taknya sorang nk kaler putih yang sorang lagi nak kaler itam. Last2 aku kata tak kira nk putih jugak. Putih pun putih la... Orang lain yang bayar tp ikut taste org lain. Hehehehehhe.


Marilah kita merobek2 dan wat pape yang patut ok...


Hey... Mana nak leh pakai hentam je. Kene la baca arahan. Semua arahan dalam bahasa italy. So baca je la... Kekadang klu ada english pun aku baca gak bahasa italy. Nak improve kan. Kene la belajar. Tp selalunya arahan2 cam ni senang jer. Tak susah pun...


Ok da settle. Kejap je men'setting'kan segala. Tp yang tak best nya ringtone dia skema arr.. Da macam bunyi ringtone dlm citer The Call pun ada. Huhuuhuhuhu. tensen aku!!!!


Ok... Meh kita letak tepon ni dekat ngan lembu lilin yang tersengih ni. Owh.. i like that lembu.

posted under | 12 Comments

penatla

Dua tiga arini tak larat ler nak update blog. Malas pun ada. Bukan apa, bila da penat membuat keje2 rumah rasa nk lepak2 bersama suami tersayang. Ingt tak penat ke kerja surirumahtangga ni. Aduh... Penat woo... Nasib baik la tak dak lg si kecik. Klu tak mmg tak larat nak kepung sana sini. So Erin rasanya i tak bersedia lagi la nak jd cam u. Bila masak je ada si kecik dok menyanyi kat sebelah. (means dok menangis). Waaa.... silap2 aku pun nangis sekali. Hahahahaha


So guys.... Just wait and see. Klu rajin nanti aku akan muncul lg dengan cerita2 mengenai kehidupanku di perantauan ini.


Yeah.... Mari Kita Pergi Honeymoon



posted under , | 7 Comments

buah depan rumah

Haahahahhaha... buah apa depan rumah tu? Depan rumah kami ada pokok buah plum. Pokoknya tak ler besar sangat tp banyak gak buah. Tengok la kat gambar tu. Pokoknya tak ler tinggi sangat


Perhatian!!! Itu bukan rumah kitorang yer. Itu rumah my parents in law. Umah kitorang kat sebelah sini. Kitorang berjiran. Muaahahahahahaha. Klu malas nak masak gi je makan kat umah sebelah. Bagus kan.

Ha... sebelah sini barula umah kitorang. Umah setingkat je tak mcm umah sebelah umah 2 tingkat. Tp bagus gak umah setingkat tak payah susah2 nak kemas umah kan?

Lihatlah buah plum yang berjuntai2 itu. Da nak masak da buah plum tu. Tak lama lagi leh la makan. Pokok tu cam gondol je daun ada berapa kerat je tp buah dia banyak gak. Masam ke manis ke tak tau la plak bab sebelum ni tak pernah petik pun.


Tengok la buah tu. Rupanya tak ler elok sangat. Kitorang plan nak tebang je pokok tu nnt. Tp tak tau la cadangan yang bernas ke tak. Kita tunggu buah tu masak dulu. Kalau manis elok kita biarkan je la. Kalau masam kita tebang je la kan. Apa pendapat korang? Setuju tak?

posted under , | 6 Comments

dinner

Malam semalam ada dinner kat umah parents aku.(Malam ari Khamis) Diorang wat dinner untuk mengumumkan yang diorang da nk balik msia. So jemput la rakan2 sekerja kat umah. Bukan rakan2 sekerja org Msia. Orang2 tentera yang lain Italian especially. Ramai gak ler yang dtg. Makan buffet seperti biasa. Tak amek banyak gambar la semalam bab sibuk kat dapur dan sibuk gak nak meyembang ngan tetamu.


Tp mari kita tgk gambar chef dan juga waiter pada malam semalam yer... Sapa lg klu bukan adik aku Shariman tu ler. Heheheheheh. Br je abis abis kursus wat icecream. Bila nk merasa dia wat icecream pun tak tau bab barang2 sume da packing abis da. Tukang masak bila masak then makan sendiri mana la badan tak besar kan. hehehehhehe. Mana taknya tukang makan da tak de kat umah tu. Tukang makan tu sapa lg klu bukan aku ngan adik aku Shakirah tu. Hahahahahah


Ada satay yer kawan2 pada malam itu. Ada jugak nasi minyak dan jugak mihun goreng. Aku makan satay jer la. Nak makan pun tak tenang semalam. Sibuk melayan. Chewah... Tak ler sibuk sangat, sajer jer wat2 sibuk.



Curik skit la gambar budak2 ni tgh makan satay. Diorang ni anak org Msia. Kang ingt anak org mana lak kan. Yang pompuan tu aku ngan adik aku panggil dia baby eskimo. Hahahahah. Bukan apa masa dia kecik2 mak dia pakaikan dia baju tebal2 masa musim sejuk da mcm org eskimo da ha. Family budak laki tu plak br je datang so tak berapa nk kenal sgt. Anak kepada org keje MAS kat sini.

Antara kuih muih dan pencuci mulut yang wujud semalam. Kuih donat tu my mother in law yang buat. Sedapnya. Tp tak leh makan banyak2. Tengok la gula yang bertaburan di atasnya. Mau naik 5 kilo klu makan banyak2 ni. Jangan tak tau siap ada buah manggis lg tu. Menteri Agriculture Thailand yang bawakkan semalam. Tak sempat nk amek gambar bab da lesap di makan. Sapa kata org Italy tak pandai makan manggis. Aku sempat makan sebijik je. Huhuhuhuhuhu. Sapa yang baik hati boleh la pos ke sini yer. Nanti aku bg alamat. (Buat muka tak malu jap)


Sebelum balik meh la kita bergambo skit yer. Ha... ni la parents aku ngan parents in law aku. Amacam sesuai tak?

posted under , , | 9 Comments

tepung

Ha... minggu lepas buat kuih lapis. Siapa lg klu bukan my husband la yang nak makan kan. Aku tak suka sgt kuih lapis ni. Tp kali ni tak nk letak gambar kuih lapis bab tak menjadi sgt. Kahkahkahkahakah... Tak tau la mana silapnya kan. Maklumla first time buat kuih lapis tu so pepaham la. Bukan senang nk wat kuih melayu ni. Bila makan senang la. Bila nk buat tu aduh... mau berjam2 dok kat dapur. Hehehehehhe...


Tp kali ni nk bercerita tentang sesuatu. Apa ada pada nama. Meh kita tgk gambar di bawah ni.






Korang perasan tak kat peket biru tu ada tulis 'Farina'. Ha..... Farina tu dalam bahasa italy bermaksud tepung. Huhuhuhuhuhuhuhu...Pada sesapa namanya farina makna nama anda dlm bahasa italy ialah tepung yer. Harap maklum. Weh, aku tak kutuk tau nama korang, cuma setiap kali terbaca nama tu teringat la pada sesiapa yang bernama Farina.

Korang ada ke kengkawan, sedara mara, sepuput sepapat yang bernama farina? Cuba bgtau diorang. Apakah reaksi diorang yek???

p/s: weh fariha, sikit lg nama ko pun nak sama ngan farina da....

terharunya

Pagi td suami aku ada temujanji ngan syarikat yang dia keje. So pepagi lg dia kuar. Mula2 dia ajak aku skali gi ngan dia tp dia nak drop aku kat shopping complex sebelah ngan syarikat tu. Aku tanak la. Everytime dia drop aku kat situ mesti aku shopping. Huhuhuhuhu. Tak tahan la ngan godaan shopping. Hehehehe. So aku kata baik aku dok umah je. Tak abis duit kan. Hehehehhe


Bila da tengahari aku pun mula la masuk dapur. Masa dok sibuk kat dapur suami aku pun balik la..... Bila dgr dia da balik aku pun siap2 kan la meja. Dok tgh siap2 kan meja tetiba ternampak sesuatu atas meja. En. Mirko bawak balik adiah. Huhuhuhuhu. Terharunya saya. Ish tp konpius gak nak kata arini anniversary pape tak jugak. Dia kata sajer nak kasi adiah tak boleh ke? Ish.. boleh sapa kata tak boleh. Dia kata lg sajer nk bg aku adiah bab aku selalu masak untuk dia sedap2. Hahahahahaha. Sedap ke aku masak?


So apa lg meh kita bukak adiah yer. TQ amore.... Grazie. I like it....






posted under , , | 6 Comments

makan angin

Ah...... Da lama tak gi makan angin petang. Yela ada org baru je siap keje dia kan. So boleh la gi jenjalan cenggini. Klu tak alamatnya dok umah je la....


Lebih kurang kul 6 ptg semalam kitorang kuar gi jalan2 makan angin kat tepi tasik. Dekat ngan umah kitorang ni ada 2 tasik. Maklumla org dok kawasan pergunungan kan. Muahahahahhaha. Kat sini ada tasik Albano ngan tasik Nemi. Semalam kitorang gi kat tasik Albano. Tasik ni merupakan salah satu kesan gunung berapi beratus tahun dahulu. Mmg kawasan tu kawasan gunung beapi pun. Tasik ni amatla dalam. Setiap tahun mesti ada kes kematian kat tasik ni. Org mati lemas tp mayat selalunya tak dpt dijumpai.

Walaupun tasik ni dpt gelaran tasik malapetaka dr org tempatan, tp ramai je yang mengadakan xtvt2 musim panas seperti berkelah, berenang dan berkayak. Ada jugak org berjogging dikawasan jalan kaki sepanjang tasik ini.

Jom tengok pemandangan di sekitar tasik ni. Pastu kita tgk 2 org yang tak berapa nk betul semalam. hahahahahhahaha








finally

Oh.. finally my husband siap jugak website fotografi dia setelah hampir sebulan setengah bertapa di hadapan komputer. Hari2 dia akan tdo lewat dlm kul 3 or 4 pagi. Kekadang tu dia suh aku teman kan dia. Jenuh gak la aku nk bersengkang mata smpi kul 4 pagi. Tp kekadang tu aku tak sanggup nak tggu dia. Bila kul 1 je mata da ngantuk giler. So aku tdo je la biar dia wat keje dia sorang2. Haahahahaha. Suami aku tu even dia tdo kul 4 pagi pun bila kul 8 pagi dia akan bgn. Aku plak jenis susah nk bgn pagi klu da tdo lewat.

Kalau ada sesapa yang berminat bolehla layari http://www.mirkorotondi.com/


Memandangkan semalam dia da abis keje kat komputer so malam td leh la lepak2 tengok wayang kat umah. Da lama tak tgk movie sesama. Asyik aku je tgk movie sorang2 bab Mirko dok asyik menyiapkan website dia.

So, sebelum masuk panggung kene la ada popcorn kan. Oleh itu marilah kita wat popcorn dulu ok. Senang je wat popcorn ni. Yang penting kene ada mesin wat popcorn ler. Mari kita lihat sama2 camana nk wat popcorn.



posted under , | 15 Comments

my identity

Selepas berbulan2 proses dokumen sana sini akhirnya arini baru aku dpt kad pengenalan kat sini ok. Bayangkan nk wat kad pengenalan macam2 proses kitorang kene wat. Lepas kawen bulan 3 aritu terus kitorang apply nk wat kad pengenalan tp sebelum tu kene gi sana gi sini. Selepas hampir 4 bulan ke sana ke sini baru leh dpt kad pegenalan. Bukan apa org Italy ni mmg lembab skit bila wat keje. Hahahahahah. Alamak terkutuk org italy plak. Mintak maaf yer klu sesapa terasa. Ingat senang ke nk request any dokumen kat sini. Siap polis kene dtg umah wat inspection tau untuk wat pengenalan ni. Dasyat kan? Pas polis dtg umah baru la boleh pi wat kad pengenalan. Polis nk dtg umah kitorang aritu pun jenuh la tggu sampi sebulan baru nk dtg. Tensen tul aku menunggu.

Tp yang lawaknya kad pengenalan kat sini ada expired date . Setiap 10 tahun kene renew kad pengenalan. Rasanya dkt Malaysia kad pengenalan tak expired pun kan? Ish macam macam la kat sini. Tp kad pengenalan kat sini buruk la... Banyak komen la plak. Org da nk bg kad pengenalan tu kira da bertuah da... Ini la kad pengenalan saya...



posted under , | 12 Comments

macam macam ada

Semalam kitorang kuar mkn kat luar pastu nak g tgk wayang. Pas abis je makan sebelum masuk panggung gi la nk minum2 kopi jap kat bar. Masa sampai kat bar tu ingt nak order la salah satu coffee special yang terpampang besar kat belakang tu yang membuatkan aku terliur je melihatnya. Wow!!! Tp bar tu da nk tutup la plak bab da hampir kul 10 mlm. Diorang sume tgh kemas2. So menu special da tak boleh order. Boleh order coffee biasa je. Huhuhuhu... Musnahla harapanku.


Tengokla korang menu2 coffee dan cappuccino yang ada. Macam mana la i tak tergoda.



posted under , | 11 Comments

darah dan anda

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institutdi Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

DARAH 'O '
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apajua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH 'A '
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamutergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalukuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untukberehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH ' B'
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH 'AB '
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadidalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

p/s: betul ke artikel ni??? tak tau nak kata bab aku tak tau darah aku jenis apa. nk kene pi cek darah dulu. huhuhuhu.

posted under | 9 Comments

answer to erin

Erin, ingat tak lg u pernah tanya kisah i kat sini. So meh sini nk citer sket. Sorry la lambat jawab pertanyaan u itu. Kekadang tu mls nk mengarang pepanjang. Hehehehhe

For your information my husband is a freelance fotografer. Freelance ni dia boleh bekerja sebagai fotografer ngan sesapa or ngan mana2 syarikat.Dia juga buat projek2 fotografi untuk diri sendiri. But at the same time my husband target satu hari dia nk mencipta nama dlm bidang fotografi dan nk bekerja kat amerika dengan national geografic. Mudah mudahan... Amin...Setakat ni banyak projek2 fotografi dia mengisahkan tentang Asia terutamanya Thailand, Malaysia ngan Singapore. Sebelum kenal ngan izan pun Mirko da pernah gi Malaysia ngan kawan dia. Kira2 4 tahun lepas.

Bila hari my husband tak keje apa lg mmg la dia ajak kuar g tangkap gambar. Dia tangkap gambar, kita pun tangkap la gambar jugak kan. So sekarang ni i pun da expert skit. Skit je la... Hahahahahah. Sementara i kat umah tak keje ni leh la gi teman. Bila da start keje nnt alamatnya dia kene pi sorang2 la yer. Heheheheh.

Mirko br je dpt projek dr sebuah syarikat. Bulan ni dan bulan depan dia akan mengadap komputer untuk menyiapkan projek itu. Waaa... alamatnya bulan dpn sume org g bercuti kita dok umah je la bb laki keje. Waaaa.... Siannya kat saya... (Seorang freelance selalunya akan bekerja dirumah dan meggunakan komputer dan peralatan sendiri) (Bulan ogos merupakan musim percutian kat Italy ni. Semua org akan pergi bercuti dan kebanyakan syarikat2 akan tutup selama 2 minggu)

Lihatla gaya2 fotografer kita ini. (Dia taktau aku letak gambar dia kat blog ni. Klu dia tau mati aku. Hahahahahaha. Sesapa jgn report yer)


Pasal i pulak wat masa ni seorang surirumahtangga sepenuh masa dan sedang menunggu tawaran kerja. Sementara kat umah ni tugas2 surirumah apa lg. Masak, masak, masak, basuh kain, sidai kain, cuci itu, cuci ini, kemas sana, kemas sini. Mesti erin pun tau kan kerja2 housewife kan.

Selain seorang housewife berperanan juga sebagai manager pada my husband la. Memberi pendapat terhadap projek2 fotografi dia. (Mcm expert je kan. Boleh la setakat nk berikan idea). Teman dia ke majlis2 fotografi atau any fotography exhibition. Teman dia gi tangkap gambar bila ujung minggu or time2 yang sesuai bila nk tangkap gambar. Pastu buat jugak kerja2 secretary. Mencatatkan semua budget2 bulanan dan juga budget2 yang digunakan setiap kali kitorang gi melancong memana. Ish banyak jugak keje i rupanya. Kene mintak naik gaji ni. Hahahahahah

posted under , , , | 7 Comments

pasta

Ada sesapa nk belajar lg ke masakan italy yg paling senang di abad ini. Aku masak senang2 je yer. Kan da bgtau da kan makanan susah2 tak khatam lg...

So menu arini 'Pasta Aglio Olio Rosso'. Nama jer panjang tp buatnya kejap ajer

Seperti biasa jerang air dlm periuk dan masukkan lebih kurang 2 sudu besar garam kasar. Sementara tunggu air mendidih kita buatkan sos untuk pasta itu ok.



Mula2 masukkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih, cili kering. Bila da naik bau masukkan bawang yg dihiris. Pastu masukkan tomato dr tiub ni lebih kurang 2 sudu besar. Pastu goreng2 kejap then masukkan setengah cawan air. Pastu siapla..... Tunggu pasta masak then tuang kuah tu kat atas pasta. Senang kan. Jom makan....

Very simple and sedap. Suami aku makan pasta ni ari2 pun tak pe bab dia suke. Senang idup aku...









Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month