carnivale

Sepanjang minggu lepas merupakan perayaan 'carnivale' kat sini. Perayaan ni mereka merayakan dengan memakai pakaian beragam. Sepanjang minggu tersebut boleh dilihat kanak2 berpakaian pelbagai pakaian beragam. Bukan setakat kanak2, org dewasa pun sama.

Erin pun ada cerita pasal perayaan ni dekat blog dia. Macam meriah jer kat sana. Kat Italy plak perayaan ni di sambut secara besar2an dan meriah sekali dekat Venice. Kat tempat2 lain plak cam biasa jer.

Pada ari ahad minggu lepas adik Mirko pun ajak kitorang untuk join diorang sempena perayaan beragam ni. Masalahnya aku mana ada pakaian beragam nk dipakai. Mirko ada la pakaian ala2 koboi untuk diperagakan. Pada hari ahad aritu majority memakai rambut palsu. Ala2 afro pun ada. Ada jugak yang memakai topeng segala.Lastly aku ngan adik Mirko pun amek keputusan kitorang pakai rambut palsu je dah la. Baju atau topeng tak de pun. Lagipun kitorang buakn beriya2 sgt nak menyambut perayaan ni.




posted under | 9 Comments

patut la pun

Camana la berat badan aku tak naik sejak aku dok kat Italy ni. Kat sini macam2 ada. Petang td selepas suami aku amek aku balik dr kursus terus gi shopping complex bab aku nk survey kamera baru. Kamera lama selalu wat hal.

Masa pusing2 kat shopping complex tu Mirko ajak pi pekena kopi secawan. Aku pun on je. Kat bar tu ada Coffee Special. Aku bukan boleh tgk special2 ni, mula la tergoda ngan krim yang sungguh berlemak dan menaikkan lemak badan.

Apa lg jom order... Kopinyer sejemput jer.. selebihnya chocolate cream pastu kat atas ngan bawahnya penuh ngan whipped cream. Tak tergoda ke korang??? Kalu korang pun mesti akan order Coffee Special ni kan???




posted under , , | 10 Comments

my busy week


Minggu ni mungkin aku tak de masa nak update blog sebab minggu ni aku kene hadiri kursus. Kursus apa? Aku skang ni keje kat travel agency, so aku kene hadiri kursus untuk menguasai system yang digunakan oleh travel agency ini. Hari ni merupakan hari pertama aku hadiri kursus. Yes, everything in italian language. So good luck for me!!!
p/s: da dua org tag aku. Tag dr Rasp ngan Farah. Tgk la ujung minggu baru nak buat. Farah, awat la tag hang panjang sgt. Nak buat tag tu pun kene berfikir panjang, nak buat ke tak nak. Hahahahahah

posted under , | 9 Comments

jom buat tiramisu

Jom kita wat tiramisu. Senang je nak buat tiramisu ni Antara bahan2 yang diperlukan:





Mula2 pukul hingga kembang 5 biji telur merah bersama 5 sudu gula



Bila da kembang masukkan mascarpone. Mascarpone 500 gram yer kengkawan.


Sementara tu susun biskut fingerlady dalam bekas. Besar bekas ikut suka korang la kan. Nak kecik ke besar ke. Pastu pandai2 la susun biskut tu ikut suka korang


Lepas da susun tu tuangkan air kopi atas biskut td. Tuang air kopi sehingga biskut tu menjadi agak lembut.


Lepas tuang air kopi, tuang separuh dr krim yang kita putar td. Kemudian ratakan



Selepas itu ulang semula procedur macam mula2 td untuk buat lapisan kedua. Susun biskut ladyfinger, tuang kopi atas biskut tu then tuang krim yang kita putar tadi.




Bila da siap masukkan dalam peti ais. Tiramisu sedap dimakan sejuk2.


Lastly taburkan serbuk koko. Serbuk koko ni seeloknya ditabur sebelum makan.

p/s: gambo tiramisu yang dipotong tak dak la plak. tak sempat nak tangkap gambo. Kalau nak tgk rupanya camana sila ke entry aku sebelum ni mengenai tiramisu jugak. Aku wat tiramisu ni sempena besday aku so kejap je da abis kene belasah ngan family Mirko. Sedap rupanya tiramisu aku ni sampaikan org italy pun puji. Hahahahhahaha. Angkat bakul beb...

surprise

Firstly aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada sume blogger dan kawan2 yang sungguh baik hati memberi virtual gift sempena besday aku ni. Kalau la betul2 mmg best tol. Ada yang bagi kereta, duit suh pi shopping, tiket pi honeymoon, macam2 ada.. Thanks everybody

Pasal adiah dr husband aku tu, jom kita tgk apa yek adiah dia??? Jeng jeng jeng...


p/s: grazie amore mio... ti amo tanto tantissimo.. =)

it's my birthday

Rupa2nya ramai yang tak perasan ari jumaat aritu besday aku. Bukan apa malas nak heboh2 kan bab umur da semakin meningkat so kesimpulannya da semakin tua. Muahahahahahah. Tu yang malas nak heboh2 kat sume org. Baik senyap2 je. =)

Nak citer pasal besday aku tak banyak sgt nak cerita pun. Ari Jumaat aritu bila aku balik dr keje, suami aku beriya2 kata kat aku dia tak beli adiah lagi untuk besday aku. Tak tau nak kasi adiah apa. Then dia kata ari Sabtu kita pi beli adiah sesama la yek. Aku kata no prob... No hal punyer...

Then bila smpi umah, masuk2 rumah je kat atas meja ternampak sesuatu..... Rupa2nya suami aku nk wat gimik gitu. Kata adiah tak beli lagi la konon2nya. Dia nk wat surprise kat aku rupanya.



Apakah adiahnyer yek. Sila teka. Nanti aku cerita la yek. Gambo adiah aku tak amek lg. Excited bebenor masa bukak adiah tu. hahahahahaha. Then malam tu kitorang gi la dinner kat luar beramai2. Ramai tak ler ramai sangat.

Masa besday aku tu, aku sebenarnya teringin nak buat kek coklat. Tp memandangkan oven aku tu mengong skit so tak dpt la aku nk wat kek. Last2 aku tukar idea. Aku wat tiramisu. Next entry aku ajar korang wat tiramisu yek. Senang jer. 15-20 min je da boleh siap. So kepada sesapa yang teringin nak wat tiramisu tu nantikan entry aku yang seterusnya....

p/s: 08 march anniversary aku yang pertama. Tak tau la nk bg adiah apa kat Mirko. Any idea??? Aku paling tak reti la kalau nk beli adiah kat org lelaki. Kalau pompuan senang je, banyak pilihan...

buah berangan

Korang kenal ke tak buah berangan. Dulu aku tak kenal pun buah berangan tu camana. Skang ni kat sini mula kenal buah berangan bab banyak di jual di tepi2 jalan. Buah berangan bakar. Sedap dimakan begitu saja. Memandangkan belakang rumah kitorang ada pokok buah berangan, kitorang kutip then kitorang buat sendiri la buah berangan bakar. Sedap weh, tak tau nak gambarkan camana rasa dia. Lebih kurang kacang yang direbus kemudian dibakar. Isi buah ni manis


p/s: mak aku siap beli bawak balik Msia buah berangan ni bab kat Msia mak aku kata buah berangan kecik2 tak mcm buah berangan kat sini. Gemuk2.

posted under , | 12 Comments

buah jalanan

Berdekatan ngan tempat keje aku, tepi2 jalan penuh ngan pokok buah limau. Buahnya mmg lebat sekali. Ari2 aku tengok cam tak de sapa pun yang nak kutip. Kalau kat Msia ni aku rasa mesti da lama kene kebas ngan org kan?


p/s: kat sitiawan depan rumah kawan aku ada pokok jambu air, buah jambu air dia selalu kene kebas ngan org. Hari ni tgk buah banyak atas pokok. Esok bangun pagi2 buah da tinggal sikit da atas pokok. Orang kebas!!!!

posted under , | 5 Comments

kesejukan

Sepanjang minggu ni sejuk yang teramatla sangat di italy. Buat pertama kalinya salji turun di rome setelah beberapa tahun tak turun salji. Hari ni sejuk yang amat sampai aku tak sanggup nak turun dr katil. Pas abis breakfast aku terus masuk balik bawah selimut. Sejuknyer.....



p/s: banyak citer nak citer tp sejuk sgt aku berasa agak malas nk mengadap komputer. Dalam umah ni sangatlah sejuk even heater pun tak mampu nak memanaskan rumah bab kat luar terlampau sejuk.

posted under , , | 10 Comments

bawah katil

Kat sebelah katil aku mesti ada air mineral bab aku malas nak ke dapur bila aku haus semasa berada di depan komputer atau pun waktu malam. Dua tiga hari ni aku selalu tak jumpa botol air mineral aku. Tiap2 ari aku amek air mineral baru dari dapur. Kadang2 tu tak ingt air mineral aku da abis ke blom. Tgk kat dalam tong smpi ada je dua botol yang da kosong. So mesti aku da abis minum la tu. Suami aku kata cepatnyer air habis minggu ni. Tu la aku kata, kita kuat minum kot dua tiga hari ni.

Rupa2nya sangkaan aku meleset. Tengok2 kat bawah katil apa yang aku jumpa. Hahahahahahahaahahahahahahah... Sini rupanya botol2 air mineral aku menghilang. Sampi 3 botol air mineral kat bawah katil. Suami aku geleng kepala jer bila aku suh tgk apa yang ada kat bawah katil.


posted under | 7 Comments

tahukah anda


Selama ni aku tak tau dan tak pernah nampak pun tempat parking kereta khas untuk wanita2 mengandung. Selalunya tempat parking kereta bewarna biru, manakala untuk orang2 cacat lak warna kuning. Harini buat kali pertamanya aku nampak parking warna merah jambu @ pink untuk wanita mengandung. =)


posted under , | 10 Comments

koma 17 tahun

Setelah bertahun2 lamanya seorang gadis yang berusia 22 tahun pada satu ketika dahulu tidak sedarkan diri dan berada di dalam keadaan koma selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1992. Pada hari ini usianya telah meningkat 39 tahun dan masih lagi dalam keadaan koma. Namun begitu setelah sekian lamanya keluarga kepada gadis ini mengambil keputusan untuk memadamkan alat bantuan pernafasan yang membantu anak mereka dari terus hidup. Ini adalah kerana mereka tidak lagi nampak harapan yang anak mereka akan sedar semula selepas 17 tahun terlantar koma di hospital.

Walaubagaimanpun keputusan keluarga gadis ini banyak mendapat halangan dari kerajaan dan juga pihak gereja kerana mereka membantah dan menekankan bahawa gadis ini berhak untuk hidup. Kalau da koma 17 tahun lamanya dan mmg tak nampak harapan yang cerah, mungkin hidup dari alat bantuan pernafasan sama je macam perumpamaan hidup segan mati tak mahu. Namun begitu pada hari ini alat bantuan pernafasan yang membantu gadis ini untuk bernafas telah dimatikan dan dengan itu gadis yang koma selama 17 tahun ini telah pun meninggal dunia pada waktu pagi waktu di Rome.
Namun begitu pihak gereja menentang habis2an keputusan keluarga gadis ini dan menyifatkan ini adalah dosa besar yang telah dilakukan oleh mereka kepada anak mereka. Pada pendapat aku mana kita tau sama ada gadis ini menderita atau tidak selama 17 tahun koma dan terlantar di hospital. Aku tertanya2 jugak apa pandangan agama kita terhadap kes seperti ini. Apa pendapat korang pasal ni???

posted under , | 9 Comments

got no mood


Yuhuu... minggu ni takdak mood la nak update blog. Mood tak berapa nak best. Ni kes bulan mengambang la ni. Tgk la bila rasa mood da ok aku berceloteh lg ok. Bubbye...

2009 Award

Rules:

1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di bawah untuk diletakkan di blog anda

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

- Award ni aku terima dr Rasp. Tima kasih bebanyak my dear. Sebenarnya da lama dpt award ni cuma lambat jer menempek kat blog. Jangan mare yer...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

- i love to eat. Believe it!! tp kalau nak masak agak malas ok...

- i love my husband. (heheheheheheh)

- aku suka sukan2 lasak dan jungle trekking. tp da lama meninggalkan aktiviti ni selepas abis belajar.

- masa kat skolah aku antara pelajar pompuan yang paling tinggi. selalu kene duduk kat belakang, kalau tidak org lain tak nmpk papan tulis kat depan. tensen tol la asyik kene dok blakang jer.

- suka sgt tgk citer yang romantik atau yang tangkap leleh punya.

- lately addicted with Smallville. Aku telah mempengaruhi suami aku untuk menonton Smallville skali ngan aku. Sebelum ni dok tgk sorang2 je. La ni da ada tukang teman tgk TV =)

- dolu2 seorang yang amat sensitip dan mudah terasa. Bila semakin dewasa ni kalau org nak kata apa kat kita lantak derang la kan. yang penting aku bahagia bersama suami tercinta

- aku takut ngan lipas. Oh tidak!!!! Gelinya. Nasib baik la kat italy tak dak lipas. Umah aku kat Sitiawan banyak giller lipas. Eeuuu...

- i love animal. Yela aku kan pencinta alam. Teringin nak bela harimau. Boleh ke ha???

- bad habit - suka tido...... zzzzzzzzzz


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

- 10 je ke penerima award?? Ishh.. taknak la, aku nak bg award ni kat sume bloggers yang menjegah blog ni. Sila amek award ni yer kengkawan sekalian. Jangan segan silu...

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan“anda telah di tag.

posted under , | 6 Comments

good morning everybody

posted under | 6 Comments

khasiat limau nipis

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau SAKIT KEPALA. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.

Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.

Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

Da hampir 2 minggu setiap pagi aku minum air perahan limau konon2 nak buang lemak di perut. Hehehehe.. Namun begitu proses pembuangan toksin yang sedang berlaku telah menyebabkan aku sakit kepala da hampir seminggu. oh tidak!!!!!

posted under | 4 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month