kejar artis

Alkisahnya 2 ari lepas kitorang ke bandar Rome. On the way tu kat traffic light tetiba ada org honk dr belakang. Rupa2nya kawan Mirko. Kawan dia ni paparazzi. Dia kata dia on the way nak ke Piazza Navona bab Julia Roberts tgh wat pengambaran kat situ.

Aku pun apa lagi ajak Mirko pi sibuk gak kat Piazza Navona tu. Tp memandangkan kitorang ada hal lain nak wat pada waktu tu terpaksa la tangguh nak pi sibuk kat Piazza Navona pada waktu petangnya.


Then petang tu sekitar jam 6 petang..... Nak cari parking punya la payah. Penuh ngan van2 artis dan juga van set pengambaran. Setibanya di Piazza Navona....









Pusing punya pusing, tak nampak Julia Roberts pun. Kat mana derang shooting ni. Ke da abis shooting. Yang ramai cuma tourist je la....

p/s: Piazza Navona merupakan salah satu tempat pelancongan yang wajib datang sekiranya anda datang ke Rome.

posted under , | 8 Comments

cara orang italy

Bolehkan anda semua bg jawapan apakah dia dalam gambar dibawah ini?

Ini adalah cili yang telah sedang dikeringkan untuk dijadikan cili kering. Ni la cara org italy keringkan cili. Actually ni cara my father in law. Dia tau menantu dia sorang ni suka makan pedas. Oleh yang demikian dia pun tanam la pokok cili ni khas untuk aku. Mmg pedas giller cili yang bapa mertua aku tanam ni.

My father in law tanam punya la banyak pokok. Tgk la banyak sungguh cilinya yang da merah2 sampai tak termakan aku ha... Pastu dia pun kutip cili2 yang merah ni cucuk ngan benang dan jadikan cam rantai gitu. Pastu jemur untuk jadikan cili kering.

Tak payah aku beli cili kering. Cili kering homemade gitu. Dasyat kan?


Kalau korang perasan rangkaian cili di sebelah kanan sekali tangkai2nya masih lagi hijau. Kene jemur lagi supaya cili ni akan tahan lebih lama. Cuaca skang yang begitu panas mengambil masa yang singkat untuk cili ni kering. =)

i'm nervous


Dua tiga arini aku tak senang duduk. Nervous la wei... Tggu dan lihat jer apa keputusannya nnt. Bila nak dapat keputusannya aku pun tak tau lagi. Harap2 secepat mungkin. Nak update blog pun rasa cam tak semangat jer. Nanti bila da dpt keputusan yang memuaskan barula aku bgtau korang sume.

Ha....pada sesiapa yang da mula pikir bukan2 tu sila hapuskan angan2 anda... Aku skang ni sedang mengibarkan bendera merah. So pada sapa yang berangan nak jd aunty tu harap2 bersabar la yer. Hahaahahahaha....


p/s: gambar tak de kene mengena ngan tajuk. saja letak gambar ni masa kitorang balik msia aritu. suka gambar ni bab nampak kawasan bukit bintang tu sungguh meriah ngan cahaya lampunya... photographer kesayanganku candid gambar ni. =)

posted under , | 15 Comments

buah apa ni

Buah apakah ini? Ni namanya buah tin. Pokok tin ni kat belakang rumah my parents in law. Skang ni mmg musim dia. So hari2 la dapat makan buah ni. Sebelum ni aku tak pernah pun makan buah ni. Mula2 kenal buah ni cam tak suka jer bab tak pernah makan so jakun la kejap. Lama2 cam suka la plak bab sedap. Rasanya manis2 buah gitu. Buah tin ni jugak sungguh banyak khasiatnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut khasiat buah ni sila baca kat sini



posted under | 20 Comments

pokok berduri

Salam Ramadan Semua....

Beberapa hari yang lepas kitorang gi ke kedai bunga nak beli beberapa pokok cactus. Ni adalah disebabkan pokok yang kitorang beli sebelum ni kat IKEA sudah mati kekeringan akibat panas yang melampau. Pokok dok dalam rumah pun tak dpt nak bertahan. Aku siram ari2 pun da tak leh nak wat apa lg da. Tu yang beli pokok cactus tu. At least pokok cactus tahan pada suhu yang tinggi.



Satu pokok besar dan enam pokok kecil. Harga semuanya Euro 11. Pastu aku harusla minta kurang. Mintak kurang kat tokeh dia bg Euro 10. Mirko ketawakan aku. Dia pelik setiap kali aku membeli mesti mintak tawar. Harus la aku kan expert bab tawar menawar ni. Org italy tak biasa bab tawar menawar ni.

Sebelum



Selepas


Di kawasan ruang tamu

Di dapur

kami puasa dulu


Kami di Italy mula berpuasa awal sehari dr korang kat Malaysia. Hari Jumaat 21 Ogos 2009 kitorang mula berpuasa.... Selamat berpuasa semua.

p/s: bukak puasa arini lebih kurang 8:02 malam =(

kreatifkan diri

Nak kata aku ni kreatif idak la jugak. Tp bila aura rajin dtg aku suka wat benda2 kreatif ni. Actually idea ni dtg sebab tempat letak subang yang kat bawah ni kecik sgt. Kekadang subang aku bertabur taburan kat atas meja (macam la subang aku banyak sangat pun. hahahah)

Ni lah hasilnya setelah aku mengkreatifkan diri aku. Aku buat 2 frame. Satu frame untuk sume subang2 yang jenis gantung. Satu frame lagi untuk subang biasa. Senang jer nak buat frame cenggini. Sila klik kat sini untuk penerangan lanjut.


Belum habis di situ. Selain dari tu, aku wat satu buku kecik untuk tulis semua birth date sedara mara dan juga kawan2 untuk diingati. ( ni kes terlebih rajin la ni )

posted under | 11 Comments

berbilang bangsa


Gambar ni diambil masa birthday kawan Mirko beberapa minggu yang lepas. Gambar kat atas ni org yang sambut birthday. Dia ni setiap kali tangkap gambar suka wat memek muka yang pelik2. Gambar kat bawah lak antara gurls yang ada setiap kali gather yang kawan2 Mirko. Berbilang bangsa gitu....



Dari kiri: Italian, Iranian, Venezuela, Malaysian.

Sebab apa mereka2 ni kat Italy?
Italian - nama pun org italy bb tu la dia kat italy
Iranian - study dlm bidang kesenian then couple ngan salah sorang kawan Mirko

Venezuela - wife kepada kawan Mirko yang sambut besday tu
Malaysian - aku la tu... sapa lagi

posted under | 12 Comments

so hot

Cuaca kat Rome semakin panas. Suhu hampir 40 degree. Tak lama lagi nak puasa. Tahun ni kene lak puasa musim panas. Waktu berbuka lebih kurang kul 8 malam. Aduh... Dugaan... Kalau puasa musim winter kul 4 da bukak puasa. Syioknya...

Musim panas cenggini mula la aku diserang migrain. Tempek kool fever pun da tak jadi pape dah. Nak kene cari ubat migrain jugak. Td pi farmacy cr ubat Cafergot. Payah betul nak cari ubat ni. Tak sume farmacy leh jumpa ubat ni. Kalau kat Msia tu senang je cari. Agaknya org Italy tak ramai yang migrain kot???

posted under , , | 13 Comments

tengah malam @ The Trevi Fountain

The Trevi Fountain atau lebih dikenali sebagai Fontana di Trevi di bumi Italy ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang mesti @ wajib datang sekiranya anda datang ke Rome. Fontana di Trevi ni mmg terkenal dengan legenda tersendiri yang mengatakan sesiapa yang dtg ke sini dan baling duit syiling ke dalam fountain ni dia akan datang semula ke Rome.

Tempat ni mmg tak pernah kering dr pelancong2 yang dtg dr seluruh dunia. Setiap hari setiap masa penuh dengan pelancong. Bukan setakat pelancong luar negara jer, dalam negara pun ada. Org tempatan pun tak ketinggalan melawat tempat bersejarah ini. Banyak la duit syiling yang derang baling kat dlm tu. Anggaran syiling yang dibaling setiap hari lebih kurang 3ribu Euro = RM 15ribu. Giller banyak.


Alkisahnya ari Sabtu aritu kitorang jalan2 makan angin di bandar Rome. Kuar pun pas makan malam. Ingat kot malam2 mesti tak ramai org leh la nak tangkap gambar. Jangan harap. Nak tangkap gambar pun payah. Walaupun masa ni da hampir tengah malam, org masih ramai lg. Ni mesti kes panas dok umah ni. Maklumla skang kan musim panas.



Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah Fontana di Trevi sila baca sendiri kat sini =)

posted under , | 15 Comments

jauh perjalanan luas pemandangan

Sejak dua menjak ni tak de idea la nak citer pasal apa. Idea da kering. =) Semalam korek gambar lama terjumpa lak gambar masa kitorang gi Rovereto bulan lepas. Rovereto terletak di Utara Italy. Hampir dengan sempadan negara Austria. Kawasannya bergunung-ganang dan sejuk sekali.

Gambar2 kat bawah ni adalah ladang bunga matahari. Cantik sgt. Dari jauh nampak kuning jer. Sayup mata memandang. Sepanjang2 perjalanan dari Rome kat highway penuh ngan ladang bunga matahari. Bunga matahari ni selalunya derang akan wat minyak masak. Kat sini minyak masak bukan dibuat dr kelapa sawit tp minyak masak dr bunga matahari, kacang soya, kacang tanah, atau jagung.



Selepas hampir 8 jam memandu smpi la kat Rovereto. Kawasan ni kawasan perkampungan. Pekan Rovereto kecil jer. Tak ramai penduduk. Walaupun kami pergi waktu ni merupakan musim panas tp tetap kene pakai baju sejuk. Bayangkan kalau musim sejuk mesti sejuk sangat2. Kawasan gunung akan dilitupi ngan salji. Area ni mmg famous dengan pengunjung yang datang pada musim sejuk untuk bermain salji atau ski.



Selain dari itu Rovereto penuh ngan ladang anggur. Kiri kanan jalan sume ladang anggur. Anggur lak derang gunakan untuk buat wine.



mari berkebun

Hai semua... Lama aku tak bercerita kat blog ni. Kali ni aku nak cerita pasal kebun aku kat belakang rumah tu. Selama seminggu ni senyap sepi bab bertungkus lumus mencerahkan kebun yang da penuh ngan lalang. Nampak sangat la aku ni 'rajin' menjaga kebun. =)

Sebenarnya aku minat bercucuk tanam ni, cumanya bila tiba musim sejuk tu yang tak tahan nak pegang cangkul segala. Sejuk.... Org cam aku yang dok diperantauan ni kene la rajin2kan diri bercucuk tanam. Kalau tak mana la nak cari serai, daun kesum dan lain2 daun untuk masakan melayu. Tp yang sedihnya pokok daun kesum aku da mampus akibat sejuk yang amat pada musim sejuk yang lepas. Ada sesapa ke yang baik hati nak pos pokok daun kesum kat aku.

Gambar di atas di ambil pada tahun lepas. Dari kiri: daun kesum, aloe vera (lidah buaya) dan pokok limau purut. Penting woo pokok limau purut tu. Nak masak tom yam. Mana nak dpt daun limau purut kat sini.

Kali ni aku nak tunjuk pokok lidah buaya aku yang semakin membiak dengan ganasnya.

Gambar terkini, dari kiri: pokok serai (aku pindahkan anak pokok ke tanah), lidah buaya, daun basil ( banyak digunakan dlm masakan italian)

Tak sabar nak tunggu aloe vera aku gemuk skit lagi. Pastu aku akan amalkan beauty tips yang aku pernah bgtau korang.

Pokok daun limau purut lak da semakin membesar bab aku da pindahkan ke atas tanah dan juga mula mengeluarkan buah limau purut.



Ni pokok serai aku. Dalam pasu da bertahun2. Bab tu aku pindah anak2 pokok serai ke tanah dengan harapan dia akan membiak dengan lebih banyak lg. Mudah-mudahan.

posted under , , | 8 Comments

penanda meja pengantin

Alkisah majlis perkahwinan sepupu Mirko awal bulan aritu. Masa jamuan makan kat restoran, atas meja setiap org diletakkan penanda tempat duduk. Meja untuk family kitorang meja nombor 5. Penanda tempat duduk untuk setiap pasangan adalah 2 pasu kecil di atas. Satu pasu bunga rose putih (bunga hidup yer, bukan bunga plastik), satu pasu lagi daun berbentuk hati. Daun tu pun daun betul. Kata mak Mirko daun hati tu akan tumbuh pokoknya kalau disiram hari2. Hari2 aku siram daun tu, so kita tunggu dan lihat jer la hasilnya.

here comes the bride

1 August - Wedding Ceremony (pengantin perempuan adalah sepupu Mirko)

here comes the bride...

upacara baling beras. nasib baik pengantin perempuan ada veil. boleh cover diri sendiri dan juga pengantin lelaki

ops!!! pengantin lama. time kitorang kawen abis rambut penuh ngan beras. aku tak de veil so tak leh nak cover. Kene hentam abis abisan. Diorang plak bukannya baling slow2. Baling beras cam nak balas dendam jer. Hahahahah

Balik kepada pengantin baru



Upacara baling bunga dr pengantin perempuan. Sume perempuan yang belum berkahwin sila berkumpul.

Jamuan makan malam di restoran untuk meraikan majlis perkahwinan ni

Bila tiba tengah malam. Percikan bunga api bagi meraikan pengantin. Time ni aku yang yang terlebih2 feeling. Touching siot. Sib baik bukan aku yang kawen. Kalau tak time tu gak aku teriak... =)

Pas tu tetiba muncul pasangan pengantin baru bersama kek dr bawah tanah bersama dengan buih2 sabun. Cantik sangat. Sukanya aku... Romantik gitu

Upacara potong kek.
Untuk pengetahuan korang aku tak sempat nak bergambar ngan pengantin. Ramai sgt org nak bergambar. Pas abis majlis jer pengantin berangkat ke Bandar Rome untuk bergambar di Coloseum. Kalau aku la da tak larat da nak bergambar malam2 buta cenggitu. Ari isnin diorang akan berlepas ke America dan Mexico untuk berbulan madu.

Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month