petanda

Banyak lagi gambar dapat dilihat disini

Hari Sabtu aritu tgh aku sibuk dok masak untuk lunch, Mirko terima panggilan dr mak dia kata sepupu dia da bersalin semalam harinya. So kelam kabut la aku masak bab nak pi melawat sepupu Mirko kat hospital bersalin pas lunch.
Sampai2 hospital da ramai sedara mara yang lain berkerumun nak tgk baby yang baru lahir. Aku pun ambil kesempatan tangkap gambo. Tp ramai sgt la berkerumun nak tgk org baru tu kan. Bukan family kami je yang ada kat situ, ada juga family2 lain yang ingin melihat ahli baru dalam keluarga mereka.
Baby ni baby girl, merupakan anak kedua kepada sepupu mirko. Anak derang yang pertama lelaki, nama Francesco. Umo 3 tahun lebih kot. Tak pasti la. Nama untuk baby girl ini telah dipilh oleh abangnya. Kiut tak?? Martina, itulah nama yang telah dipilih oleh abang untuk adik barunya.
Mengikut entry yang lepas, ari Sabtu aritu aku masak ikan bakor (tp panggang atas dapur je, should i called ikan panggang???) First time Mirko makan ikan bakor camtu. Last2 tersuka la plak dia. Licin ha dia makan. Sapa kata Mirko tak pandai makan makanan melayu. Cuma dia tak cicah air asam. Aku wat sos lain kat dia. Sos apa?? Aku rebus sedikit air masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat dan masukkan air perahan limau dan sedikit garam. Ha... pandai tak aku mereka sos tu. Aku main belasah jer. Aku rasa tak pernah dibuat dek orang. Hahahahaha. Tp Mirko kata sedap.Harus la dia punya isteri dia kan. Kalau tak sapa lg nak puji.
Oleh kerana da terjatuh hati ngan ikan panggang yang simple tp sedap ini, hari ni dia suh aku masak ikan tu lagi. Balik2 keje je tgk ikan sume da dikeluarkan dari peti ais. Tinggal nak masak jer. Ikan tu actually aku tak buh apa pun. Aku buh garam ngan kunyit jer. Sonang jo kan... Tp kali ni aku tak pakai pun aluminium. Aku ikut petua Hud, letak ikan atas kuali dengan api yang moderate. Yela kat sini mana aku nak cari daun pisang. Pokok pisang tak dak kat Italy ni. Kali ni sempat la aku snap beberapa keping gambo.


p/s: ikan diatas adalah ikan siakap. Yeke? Yela kot. Aku pun konpius la. Bab nama2 ikan ni aku tak berapa nak expert. Pandai makan jer. Dalam bahasa italy lak nama ikan ni ialah 'Spigola'. Nama ni aku konfirm la bab bila pi pasar siap ada tercatit nama ikan ni besar2. =) 

Da lama aku tak tengok cite jiwang hindustan sejak aku datang italy ni. Hujung minggu aktiviti kitorang akan gi tengok wayang. Hari sabtu aritu kitorang gi tengok citer Slumdog Millionaire. Da lama citer ni kuar sebenarnya. Mirko nak sangat2 tengok citer ni bab dia kata citer ni menang Oscar Award. Aku lak tak tau pun citer tu citer Hindustan.
Tak sangka2 citer Hindustan pun ada kat panggung wayang kat sini. Yela kat sini tak pernah jumpa pun CD atau DVD citer Hindustan. Kat TV pun derang tak pernah tayang filem Hindustan. Kalau kat London senang je nak jumpa citer Hindustan.
Berbalik pada citer Slumdog Millionaire ni. Kat Msia aku taktau la ada ke tak. Sila jawab je korang2 kat Msia. Filem ni ada kuar tak kat sana? Saja je nak tau. Maklumla aku tak update sangat. Best sangat citer ni. Penuh ngan adventure dan pada akhir filem aku rasa nak nangis pun ada. Maklumla aku ni kan sensitip skit kalau tiba bab jiwang2 hindustan ni. Jalan citer ni agak berlainan ngan filem2 hindustan yang aku pernah tgk sebelum ni. Mmg original. Tak de tiru dr mana2 filem lain. Korang da tengok ke? Kalau tak nnt aku citer. Kang kalau aku citer padahal korang da tgk wat penat aku citer je kan. So nak citer ke tak yah????
Kacang walnut merupakan salah satu hidangan yang selalu dihidangkan semasa perayaan krismas. Kalau kat Msia pula kacang walnut banyak digunakan dalam membuat biskut atau kuih raya.
Beberapa hari lepas tiba2 teringin plak nak makan kacang ni. Aku beli yang belum dikupas lagi. Yang da dikupas pun ada tp takut tak sedap lak kan. Masuk angin ke mana tau. So untuk pecahkan kacang ini hendaklah menggunakan pemecah kacang yang dikhaskan. Bila dipecahkan kulitnya nampak la kacang walnut yang seakan2 berbentuk otak. Hehehehehe 
Korang ingat lagi tak aku pernah citer pasal mesin basuh pinggan kat umah aku ni. Pagi2 tadi konon2 rajin la nak mencuci mesin basuh pinggan aku ni. Sebulan sekali atau dua bulan sekali hendaklah dicuci supaya tidak berbau. Kalau tak kang abis pinggan mangkuk yang dicuci berbau. Sebelum ni aku tak pernah cuci pun. Ni first time nak mencuci. Camana nak cuci? Kat supermarket ada jual kiub2 bikarbonat untuk cuci mesin basuh pinggan. Tp aku tak beli pun. Mahal nak mampos!!! Aku nak guna bikarbonat serbuk yang ada kat umah jer.
So pagi2 tadi aku pun mula la operasi basuh mesin ni. Yang penting mesin ni hendaklah kosong. Then masukkan 2 sudu serbuk bikarbonat. Selain daripada tu aku pun letak la sabun basuh pinggan skit. Konon2 nak bagi lagi bersih la kan. Tapi last2 tengokla apa yang telah terjadi. Huhuhuhuhuhuh. Ni kes terlebih bubuh sabun basuh pinggan la ni. Hahahahaahahha.






Cik Farah baru balik dari Labuan. Seperti yang dia telah dijanjikan, masa kat labuan dia ada amek gambar umah aku. Kat Labuan la aku kenal ngan Farah ni. Kitorang duduk setaman. Rumah selang dua je. Rumah aku no D6, umah farah lak no D3. Wah kuat sungguh ingatan aku yek. Heheheheheheh...
Kepada sesapa yang konpius mengenai entry ni, kenalah aku cerita dr mula kisah hidup aku. Aku berasal dari Sitiawan Perak. Bila umur aku 8 tahun, parents aku kene pindah ke Labuan. Biasalah keje bapak aku mmg selalu kene transfer sana sini. Tu la last2 aku ada kat Italy ni. =) Kitorang duduk Labuan selama 3 tahun. So dulu2 aku pandai cakap Sabah ba.. Muahahahaha. Skang ni da tak pandai da. Lupa habis sume loghat2 org Sabah. Farah, dulu kita cakap bahasa sabah kan kan kan?
Masa kat labuan aku ngan Farah ni berjiran dulu. Umah aku yang kaler putih belah kanan. Nampak umah tu cam da togel je. Dulu kat depan umah penuh ngan pokok bunga. Mak aku la tanam. Mak aku tu kaki bunga. Kat tepi rumah lak banyak pokok betik. Kat belakang ada pokok pisang. Wah... aku masih ingat la semuanya. Rindu lak pada zaman kanak2 bila tgk rumah ni. Huhuhuhuhuhu... ni nak nagis ni.
So pas 3 tahun di Labuan kitorang pun pindah balik ke Sitiawan Perak. Walaupun berjauhan kitorang selalu keep in touch. Siap hantar2 surat gitu. Maklum la dolu2 kan mana wujud internet lagi. So until now kitorang masih lagi keep in touch. Wa.. dasyat kan kitorang. Friendship Forever gitu. Tu la sapa yang baik ngan aku insyaallah aku pun baik la ngan korang. Tp sapa yang jenis kaki bodek tu mintak maaf la yek. Aku tak berkenan....
Last year masa aku balik Msia, aku dapat jumpa kejap ngan Farah and family. Kejap je pun. Kitorang jumpa pas hampir 15 tahun tak jumpa. Lama kan. Bila berjumpa masing2 da besar. Pas ni next time jumpa masing2 da beranak pinak. Hehehehehehe..
Cuaca di sini semakin sejuk. Berita semalam melaporkan di Venice suhu mencecah -25degree. Suhu ini telah mencatat sejarah kerana sebelum ni Italy tak pernah sesejuk ini.
Pagi2 tadi masa nak pergi keje, kuar2 rumah rumput semua putih beku jadi ais. Bukan salji tp embun pagi pada rumput yang membeku akibat suhu yang teramat sejuk. Pastu tengok2 kereta kitorang pun beku jugak. Sebelum bertolak kene la kikis lapisan ais tu. Patut la burung2 berhijrah bab derang sume tau suhu kat sini akan bertambah sejuk. Kalau tak burung2 tu pun akan beku jugak.
Aku seorang pencinta alam dan amat meminati burung. Dulu masa kat Msia aku selalu bela burung. Kekadang aku rasa lebih baik dikelilingi dengan haiwan2 berbanding dikelilingi oleh manusia kerana ada saje orang yang akan dengki ngan kita kan??? What ever...
Oklah berbalik pada kisah pasal burung. Sehari dua ni cuaca makin sejuk dan selalu mendung. Petang semalam ketika kitorang dalam perjalanan ke IKEA, kitorang nampak satu kumpulan besar burung sedang berterbangan. Semestinya burung2 ni hendak berhijrah ke tempat yang lebih selamat dan juga tempat yang cuacanya lebih baik. Sepanjang2 perjalanan ke IKEA kitorang jumpa lebih kurang 20 kumpulan burung2 yang berterbangan. Aku sempat rakam skit je video burung2 ni. Bukan apa aku rasa sungguh takjub melihat burung2 yang banyak ni. So tak sempat nak rakam lama2. Alangkah seronoknya burung2 ini beterbangan kan???