buah berangan
Kali ni nak citer pasal buah berangan pulak yer korang. Hahahahha... Asyik citer pasal buah jer yek. Ari sabtu aritu kuar jalan2 ngan Mirko. Ari sabtu kalau bawak kete gi bandar Rome alamatnya mmg la sangkut kat jalan raya berjam2. So untuk elakkan jammed kitorang naik la Metro.
Elok jer kuar Metro bau buah berangan bakar semerbak dan sungguh menggoda. Kitorang pun mendekati la pakcik bangla yang jual buah berangan ni tapi mahal nak mampos. 5 euro ada tak smpi 10 biji pun. Last2 tak jadi la nak beli. Tp sepanjang2 jalan ramai penjual buah berangan ni. Bau yang semerbak ni sungguh menggoda. Last2 kitorang tak mampu nak tutup hidung, kitorang pun beli la jugak walaupun mahal. Oohh... sungguh sedap sekali. Pada sesiapa yang tak pernah makan sila la cuba makan buah berangan ni. Dijamin sedap... =)





















