bukan kene paksa

Masa kitorang pi beraya masa first day raya kat umah kawan mak aku dia bg kacang hazelnut ni sebagai buah tangan. Kat rumah dia banyak pokok hazelnut ni. Gambar pokok lupa lak nak amek. Satu plastik dia bagi kat kitorang kacang tu. Mirko kata kalau nak beli kancang ni satu beg plastik camni mau berpuluh puluh Euro.


Bila kat rumah apa lagi kitorang pun kupas la nak makan. Tp makan begitu saja cam kureng power skit arr... Kalau nak sedap mula2 kene bakar dulu. Baru la rangup skit. Disebabkan aku ni mmg 'rajin' aku pun malas nak makan da kacang tu. Then Mirko mula menawarkan diri untuk kupas semua kacang tu untuk dibakar. Aku tak paksa dia yek, dia yang sememangnya rajin.. =) (suami mithali. hahahah)

Nasib baik la ada alat khas untuk pecahkan kulit kacang tu. Mak aku dulu pakai lesung batu jer nak buang kulit. Abis pecah2 kacang tu kalau kita ketuk kuat sangat.

Rajin Mirko kan? Tak sia2 mak aku wat menantu. Hahahahahaha




Wah.. banyak tu kacang ni. Bila da siap buang kulit turn aku membakar kacang ni. Lebih kurang 15 min dalam oven tu.

Masa membakar ni ya ampun... bau nya sungguh harum. Macam bau kuih raya pun ada. Bila da siap aku apa lagi laju jer makan. Siap kene perli ngan Mirko lagi. Jenuh dia kupas kulit aku kejap jer abiskan kacang2 tu.

Tp banyak lagi kacang tu. Silap2 leh simpan nak wat kuih raya haji nnt. =)

posted under , | 9 Comments

panik di pagi hari

Pagi sabtu yang lalu lebih kurang jam 6 pagi aku dikejutkan dengan jeritan Mirko. Mula2 aku ingatkan dia terjaga dr nightmare. Rupa2ya sakit batu karang dia sedang menyerang. Aku pun panik tak tau nak wat apa. First time perkara ni berlaku sejak kitorang kawen. Tgk Mirko makin kuat mengerang kesakitan. Badan dia berpeluh dingin.

Actually 5 thn lepas pun dia da kene serangan sebegini. Tp lebih dasyat hingga terpaksa ditahan di ward selama 10 hari dan diberikan dua suntikan morfin. Dalam air kencing Mirko masa ni ada darah. Mirko hilang berat badan sebanyak 6 kilo dalam masa 10 hari. Ada seorang pompuan yang berada di ward atas sakit yang sama berkata sakit batu karang ni lebih sakit dr org nak beranak. Betul ker?


Sambung balik cerita aku ni, pas panik tak tau nak wat apa aku terus tepon parents in law aku. Sepantas kilat derang smpi depan rumah kitorang. Terus bawak Mirko ke hospital. Namun begitu dalam perjalanan nak ke hospital sakitnya semakin berkurangan dan Mirko tak mahu ke hospital. Then kitorang pun pulang jer ke rumah.


Sampai di rumah Mirko terus ke toilet then masa dia buang air kecil, seketul batu sebesar biji sawi ada dalam air kencingnya. Nasib baik batu tu keluar masa dia buang air kecil. Kalau tak keluar, maknanya bila2 masa saja dia akan sakit balik.


Lepas balik dr hospital, terus kitorang ke satu kawasan berbukit bukau dekat ngan rumah kitorang untuk tadah air mata air. Air dekat situ mmg terkenal dekat Italy ni. Air mata air yang paling selamat di minum dan banyak khasiatnya untuk tubuh badan. Tempat ni mmg dah dikomersialkan dan ramai org datang setiap hari.


Kitorang beli 4 botol besar untuk tadah air. Kalau bawak botol sendiri, hanya perlu bayar 13 sen untuk setiap liter air. Tp yang penting hanya botol kaca sahaja dibenarkan. Sesiapa yang bawa botol plastik tidak akan dibenarkan menadah air tersebut. Menurut org yang jaga tempat ni, ada yang sanggup dtg dr jauh semata2 hendak beli air mata air ni. Ada yang sekali datang beli sampai 600 liter. Siap datang ngan lori gitu.


Air semulajadi ni banyak khasiatnya. Banyak garam mineral yang diperlukan badan dan juga membuang toksin2 dalam badan. Org sakit batu karang mcm Mirko mmg dinasihatkan banyak minum air supaya batu2 kecil yang terkumpul keluar setiap kali buang air kecil dan batu2 kecil itu tidak terkumpul hingga menjadi besar


posted under | 12 Comments

petua orang italy

Kalau kat Msia dulu bila raya jer mesti aku demam sebab makan terlampau banyak. Mana taknya setiap rumah yang aku pi beraya, aku mesti makan rendang. Tak sah raya kalau tak makan rendang.

Kali ni walaupun tak beraya kat Msia, tanda2 nak demam tu ada kat aku ni. Rasa tak sedap badan, nak selsema kot. Ni bukan kes banyak makan tp pertukaran dr musim panas ke musim sejuk. Asyik bersin jer. Tekak pun terasa perit.


Untuk pengetahuan korang, amalan orang2 italy untuk mengurangkan sakit tekak derang akan minum air susu suam campur dengan sedikit madu. Amalkan minum hari2 sampai sampai sakit tekak akan berkurangan dan lama2 akan hilang. Mmg mujarab pun. Kekadang baru minum sekali jer tekak da rasa lega sikit.



posted under , | 12 Comments

adegan yang ingin dilihat

Suatu petang dalam perjalanan balik ke rumah kitorang dr jauh nampak satu lori yang penuh dengan buah anggur. Da la time tu bulan puasa... Rasa cam nak terjun jer kat dalam timbunan buah2 anggur tu. Hahahahahahh


Korang pulak??? Apakah 'adegan yang ingin korang buat' atau 'adegan yang ingin korang lihat' apabila nampak lori sebegini???

p/s: minggu lepas berlakunya kemalangan di lebuhraya dimana sebuah lori buah2an terbalik . Abis buah2an bergelimpangan atas jalan raya.

posted under | 9 Comments

cuti raya


Aku nak tanya satu soklan ni. Msia skang ni tgh cuti raya lagi ker? Ramai jer blogger yang senyap sunyi. Ni mesti raya sakan ni. Aku raya kat perantauan ni biasa la, meriah minggu pertama jer. Atau lebih tepat lagi meriah sampai hari kedua jer. Pastu semuanya kembali normal. Bukan cam kat Msia raya sebulan.

p/s: aku dalam proses menambahkan berat badan. Ramai da yang tegur aku kurus selepas sebulan berpuasa. Tp yang peliknya lemak2 yang berkumpul tang perut tu awat tak mau ilang yek. Tensen... tensen....

posted under | 9 Comments

rajin updating my blog


Ok... aku akan rajin update blog pasni bab aku tak perlu outstation. Hahahahahah. I'm so happy. Kalau ikutkan raya ketiga aritu aku da kene outstation. But last minit changes, aku tak payah pi. Seronok bukan main. Yela nak kene outstation hampir seminggu. First time lak tu nak berjauhan dengan Mirko. Masa derang bagi tau aku yang aku tak payah pi outstation derang ingat aku sedih, but i'm not sedih. I'm Happyyyyyyy......

posted under | 3 Comments

musim tulip kembali lagi

Musim bunga tulip sudah kembali. Td pi Leroy Merlin punya la banyak derang jual biji benih pokok bunga ni. Biji mata aku lak rambang nak pilih jenis mana satu. Macam2 kaler ada. Kalau korang ingt last year aku pernah tanam pokok bunga tulip ni. Bunga kaler ungu aku pilih tahun lepas. This year lak aku amek kaler lain. Kaler campur2 so nnt penuh la pokok bunga tulip aku. Berwarna warni gitu.





Dalam beg tu ada 30 biji benih. Harganya hanya 4 euro lebih sahaja. Meriah la pokok bunga tulip aku tahun ni. Tahun ni aku ingat nak letak baja supaya cepat skit dia akan berbunga. Tahun lepas aku tak letak baja, pastu agak lembab dia nak tumbuh bunga. Mula2 tu ingt mmg da tak mau berbunga da bab first time aku menanam pokok bunga ni. Moga2 tahun ni cuaca mengizinkan untuk pokok bunga aku tumbuh. Amin....

p/s: aku baru jer beli biji benih ni tadi. So aku belum tanam lagi. Maybe ujung minggu baru nak bercucuk tanam =)

raya kedua

Jemput makan... Raya kedua aku pi rumah Kapten. Kapten yang meggantikan bapak aku kerja kat embassy sini. Hari tu makan soto. 3 kali aku tambah. Giller. Mirko kata aku sorang yang tak berhenti2 makan lg. Lapor + lama tak makan soto + soto tu mmg sedap


- me and sofia (anak kapten) -
pandai masak dia ni. aritu siap wat murtabak lagi. malu aku, aku mana reti wat murtabak =)

- as usual i'm addicted to syasya -

- karaoke siot... masa ni aku da balik. so curik gambr ni dlm facebook bapak dia -

- bergambar ngan mak syasya -


- bergumbira di hari raya -

posted under | 8 Comments

beraya sakan

Tahun ni aku beraya ala kadar jer. Hahahaha... Kuih raya tak buat langsung. Harapkan kuih raya yang mak aku pos dr Msia. Sakan tak sakan aku beraya first raya tu tiga rumah gak la aku bertandang. Gi beraya di rumah org2 embassy. Mirko baru 2 rumah dah tak larat nak makan da. Aku kata kalau beraya kat Msia, bukan setakat 3 buah rumah, silap2 30 buah rumah kene bertandang.

Layan gambar jom. Mirko tak de baju raya la. Baju raya lambat smpai. =)

Rumah pertama

- with baby syasya. sangat bijak budak kecik ni -




- syasya ni anak kepada family sebelah kanan gambar tu, bab tu dia dok tgk bapak dia. anak bapak la katakan -


Rumah kedua

- Tak banyak gambar bab sibuk makan. Haahahahahaha




Rumah Ketiga

- Da tak de gambar bab da tak larat nak amek. =)
- Sambung untuk hari raya kedua pada entry seterusnya....

posted under | 9 Comments

hari raya 2009


Selamat Hari Raya Semua!!!!!!!!!!

Meriahnya semua blog cerita pasal nak raya ni. Aku gak yang maintain bab sibuk keje. Last day keje pun kene stayback. Huh.... Sorryla thn ni tak de kad raya dan duit raya dr Italy. Tunggu raya haji la kalau tak sibuk yek.

Pada semua blogger yang bg kad raya, terima kasih banyak2. Tak sempat nak gantung la. Nak balas pun cam da lambat jer. Da nak raya da kan. Anyway, terima kasih banyak2 kepada semua.


Lagi sekali selamat hari raya saya ucapkan pada semua... Maaf zahir batin.

p/s: Kitorang raya ari ahad sama cam Msia. Da ler start puasa awal sehari dr Msia, tp raya sama hari ngan Msia ari Ahad. Beria2 aku ingatkan sini raya hari Sabtu.

Kalau rajin aku update citer pasal raya. Minggu depan da nak outstation. So mesti sunyi sepi blog aku ni nanti. =)

posted under , | 4 Comments

tak raya la aku

Sume blog da tempek ekad raya. Ada pula yang dpt kad raya secara pos. Kuih raya berbalang2. Mana yang buat sendiri mana yang beli jer. Aku lak????

Aku rasa tahun ni aku tak raya la weh.... Mana taknya.. First time beraya jauh dr keluarga. Dapat keje lak time bulan puasa. Kuih raya ntah bila nak buat. Nak beli tang mana ada jual kuih raya wei... Da tu pulak hari raya aku kene outstation!!!! Hampir seminggu lak tu. Tinggalkan Mirko seorang diri. Dulu aku tak keje, dia outstation aku ikut, skang ni aku keje takkan dia nak ikut aku outstation kot kan? Dia pun ada keje dia jugak.


Org kat Msia skang ni sibuk pikir cuti, kitorang kat sini sibuk giller. Cuti kemana, raya kemana.... pasal apa aku kene outstation tu nanti2 la aku update. Mood nak beraya tetiba terbabas. Nak wat kuih raya pun tak de mood. Huhuuhuhuhuhuh....


....Selamat Hari Raya....
....Maaf Zahir & Batin....

posted under , | 19 Comments

apa halnya ni

Lama aku tak cek nuffnang aku. Maklumla aku ni tak famous sgt so nuffnang bayar gaji kat aku ciput jer. Semalam masa aku chek akaun nuffnang aku, aku terjumpa sesuatu yang amatla mengejutkan. Lawak pun ada. Konpius pun ada. Ada ke entry aku yang lucah cenggini???

Kalau korang klik kat bawah ni, keyword yang bawa masuk ke blog aku bertulis begini 'mak mah mengangkang'. Hahahahahah. Seingat aku tak pernah lak aku cerita lucah cenggini kat blog aku yang suci ni. Hahahaahahaa....

Dengan penuh tanda tanya dan perasaan yang sungguh ingin tahu, aku pun google la perkataan 'mak mah mengangkang' ni. Cari punya cari last2 mmg ada keluar pun nama blog aku. Hahahahahah. Tp entry aku tu tak de kene mengena pun pasal sesapa yang bernama mak mah yang sedang mengangkang. Rupa2nya entry pasal pokok cabai aku da....


p/s: bulan2 puasa ni pun ada gak yang yang berpikiran lucah yek. =)

cerita berbuka puasa

Bulan puasa tahun ni mmg aku tak cerita langsung pasal menu berbuka puasa. Bukan apa, aku start keje pun dalam bulan puasa ni. Bila sampai rumah masak yang simple2 jer. Mee goreng, nasi goreng, spaghetti goreng. Hahahahaha. Maklumla nak makan berdua jer kan. Then bila da siap masak waktu berbuka pun da hampir so malas la nak tangkap gambo. =)

Semalam ari sabtu kitorang gi berbuka puasa kat embassy. Masing2 kene bawak la pape yang patut. Aku pun amek kesempatan buat kuih serimuka ni. Lama sungguh aku tak buat kuih ni. Memandangkan aku puasa aku tak leh la nak rasa manis dan masin kuih ni bab dalam resepi gula dan garam secukup rasa. So aku pakai hentam jer sukatannya. Aku tawakal je la supaya rasa gula ngan garam ni cukup, jangan smpi mereka tersembur makan kuih aku ni da ler.


Pastu aku teringat lak arwah opah aku dulu dia meniaga masa bulan puasa. Kalau dia masak dia akan rasa masakan dia tu cukup masin ke tidak dengan hujung lidah pastu ludah. Aku masa tu kecik lagi. "Aku tanya opah tak puasa ker?" Dia kata dia puasa. Dia cuma rasa pakai ujung lidah tp tak telan. Aku pelik. Tp perbuatan ni sebenarnya makruhkan puasa.

Bila tiba kat embassy, bila tiba waktu berbuka aku terus suruh Mirko rasa cepat2 kuih aku tu. Dia kata lembut sume elok cuma kurang sikit je garam dan gula tu.... Nasib la.. Lebih baik kurang dr terlebih. Bila orang lain makan sume kata sedap. Lega rasanya. Sedar tak sedar licin kuih aku. =)

p/s: semalam makanan sume best2. Tak tangkap gambo pun bab bila makan mmg la lupa abis nak tangkap gambo kan.

menjeguk kebun tercinta

Ramai bloggers yang bercerita pasal tarikh hari ini yang cantik iaitu 09/09/09 kat blog diorang. Tp aku lak nak bercerita pasal kebun aku kat belakang rumah tu. Balik2 kerja arini jenguk kejap kat belakang rumah. Da beberapa hari tak jenguk kebun kat belakang tu. Hari ni aku sungguh teruja dengan perubahan kebun aku. =)

Kenapa aku teruja... Jom tgk gambar2 kat bawah ni.....



Sebenarnya ni adalah pokok cili. Beberapa minggu lepas aku campak biji2 cili kat dalam pasu ni. Mula2 tak berharap pun pokok cili ni akan tumbuh bab cili padi tu aku beli hampir 2 bulan lepas dan telah pun kering di dalam peti ais. Aku hanya mencuba nasib je mana tau menjadi plak aku bercucuk tanam tahun ni. Tak sangka main campak2 mendatangkan hasil yang memuaskan. Rezeki2...

Tgk hasil tanaman makin menjadi aku bertambah semangat lak nak menanam pokok. Haruskah aku menceburkan diri dalam bidang pertanian??? =)

anak2 pokok yang sedang membesar dengan sihat dan kuat

putik2 yang sedang bercambah naik

Memandangkan hasil campak2 aku menjadi, aku nak tanam pokok cili jenis lain plak. Pantang tgk tanah kosong skit aku mula la beroperasi. Gambar di bawah adalah kawasan tempat kejadian dimana ada sedikit je tempat kosong. Mana taknya kebun aku sekangkang kera tu da penuh ngan tanaman2 lain. Hari Sabtu aritu aku tanam pokok bawang. Lupa lak nak cerita pasal pokok bawang aku. Lain kali la tunjuk pokok bawang aku yek.

Apa lagi aku pun masuk rumah ambil beberapa biji cili padi yang ada dan taburkan di atas tanah.


So kita tunggu beberapa minggu plak lagi untuk tgk anak pokok ni menjadi ke tidak. Cuaca skang makin sejuk. Aku sungguh risau kalau2 sume pokok aku mati bab tak tahan sejuk (mcm tuan yang tanam pokok ni jugakla tak tahan sejuk... hahahahahah)

posted under , | 11 Comments
Newer Posts Older Posts Home
    Rome, Italy

Leave Your Link Here

Let's Shout

users online

Popular Posts

Four Seasons In Italy

Spring - 21 March
Summer - 21 June
Autumn - 21 September

Winter - 21 December


Izan's Details

♥ Full name Nor Sharizan
♥ I'm Aquarius
♥ 13 February 1982
♥ Born in Taiping, Perak
♥ Grew up in Sitiawan
♥ I'm married to an Italian
♥ Currently in Italy
♥ More pictures @
facebook

♥ 08 March 08 ♥

♥ 08 March 08 ♥




Blogger of The Month